CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Tempatan] Hamboi! Anak dapat bantuan baitulmal, ibu terus 'demand' minta upah 50 persen

[Copy link]
Post time 27-1-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 27-1-2023 03:40 PM

Keterujaan seorang anak muda untuk melanjutkan pelajaran terbantut apabila ibunya meminta separuh daripada bantuan baitulmal yang bakal diterima.

Menerusi khidmat direct message (DM) pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, pelajar tersebut berkongsi bahawa ibunya tumpang gembira apabila dia menerima tawaran sambung belajar.

Namun, tanpa bertimbang rasa, si ibu meminta pengadu untuk menyerahkan seperdua daripada bantuan baitulmal negeri yang dipohonnya iaitu sebanyak RM4000.

Hal ini kerana menurut si ibu, pengadu perlu membalas budi dan jasa baiknya yang sudah mengeluarkan modal dalam urusan salinan photostat.

Pengadu yang gusar itu bertindak menghantar DM kepada Fedtri yang mempunyai pengikut yang ramai dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

“Assalamualaikum saya nak luah yang saya dapat sambung belajar minggu hadapan. Dapat diploma. Mak saya paling semangat dan happy sebab nak mohon bantuan baitulmal negeri sebanyak RM4000.

“Tetapi mak saya suruh bagi dia sebanyak RM2000 atau RM2500 sebab dia yang penat susah ulang alik photostat barang dan habis duit photostat?,” luahnya.

Takut digelar anak derhaka, pengadu keliru samada dia wajib memenuhi permintaan ibunya itu kerana seumur hidupnya, pengadu ditanggung oleh saudara mara.

Bakal pelajar peringkat diploma itu turut mengajukan soalan mengenai pasaran komputer riba yang murah dan mampu milik bagi dibeli menggunakan baki bantuan yang diambil ibunya.

Selain berkongsi simpati dan memberi panduan pembelian komputer riba mampu milik, terdapat pengguna media sosial yang meninggalkan komen bernas bahawa anak itu adalah tanggungjawab dan bukanlan pelan kewangan kecemasan.

https://malaysiadateline.com/anak-mohon-bantuan-baitulmal-ibu-mahu-50-peratus/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.109835 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list