CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5494|Reply: 66

[Tempatan] KWSP kongsi tips kewangan tapi lain pula jadinya...

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada semalam berkongsikan beberapa tips berguna kepada orang ramai untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Antaranya meliputi nasihat supaya orang ramai mula mengamalkan catat perbelanjaan, disiplin dalam merancang perbelanjaan, minumkan hutang, lindungi diri dari scammers dan berhemah ketika berbelanja.

Perkongsian itu dibuat ditengah-tengah gesaan orang ramai yang masih mengharapkan kelulusan pengeluaran KWSP bersasar, biarpun Perdana Menteri memberi bayangan tidak akan membenarkan pengeluaran buat kali ketiga.

Perkongsian agensi itu di Facebook rasminya sekali gus telah menarik perhatian netizen apabila ramai menghujani ruangan komen dengan mengharapkan adanya pengeluaran KWSP dalam keadaan kos sara hidup semakin menekan.

Kebanyakan mereka juga masih menggunakan tanda pagar #kwspbersasar merujuk kepada harapan besar orang ramai yang mahukan pengeluaran duit persaraan mereka.

“Covid-19, PKP banyak bulan sampai tutup kedai, lepas tu barang naik harga niaga perlahan, semua yang dirancang tu hayut.

“Kehidupan kami terdesak belum pulih sepenuh, harap-harap sangat dipermudahkan pengeluaran #kwspbersasar dengan segera untuk bantu kami rakyat yang memerlukan menampung kehidupan sekarang,” kata Haslinda.

“5 perkara ini dah penat Kita orang hadap. kwspbersasar kasi on,” tulis Bob Azha.

“5 kaedah ni dah lama da kami buat. tapi kos sara hidup makin hari makin meningkat. luluskan lah #kwspbersasar,” kata Syuhaila Mustapha.

https://malaysiadateline.com/kwsp-kongsi-tips-kewangan-netizen-minta-luluskan-segera-kwsp-bersasar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 12:12 PM | Show all posts
bubar jelah kwsp tu..baru ummah tolol ni puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpan pun tak berapa ringgit sibuk nak keluar...dasar caprut
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:20 PM | Show all posts
banyak sangat ke duit diaorang ni? kata ada berapa juta orang dah yg balance tinggal less 1k.. nak kuarkan jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:25 PM | Show all posts
Baca komen2 kat sana aku memang syak item 1,2,3,5 ramai tak buat. Rata2 sibuk suruh bg approval utk duit keluar..

Kalau aku jadi KWSP nak kasi keluar boleh, tapi aku akan mintak expenses record utk 3 tahun kebelakang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 27-1-2023 12:14 PM
Simpan pun tak berapa ringgit sibuk nak keluar...dasar caprut

Yang paling kuat menyalak tu la yang paling takde apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 12:27 PM | Show all posts
maybe yg nak keluarkan duit tu ade lebih 100k dlm simpanan in total.. bagi je la bersasar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dee4ellese replied at 27-1-2023 12:20 PM
banyak sangat ke duit diaorang ni? kata ada berapa juta orang dah yg balance tinggal less 1k.. nak k ...

Menyalak duit diaorang sendiri
Padahal akaun 2 dah licin
Tu ha baru betul duit kau sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 12:31 PM | Show all posts
tungkai replied at 27-1-2023 12:25 PM
Baca komen2 kat sana aku memang syak item 1,2,3,5 ramai tak buat. Rata2 sibuk suruh bg approval utk  ...

sekali tgk, banyak transfer duit ke ah leong hardware shop...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:38 PM | Show all posts
bagus apa saranan kwsp tu...dorg yg kritik ni dah penah cuba ke saranan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:38 PM | Show all posts
tungkai replied at 27-1-2023 12:25 PM
Baca komen2 kat sana aku memang syak item 1,2,3,5 ramai tak buat. Rata2 sibuk suruh bg approval utk  ...

no. 1 confirm tak buat
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:44 PM | Show all posts
Dah nak keluar sangat dan bising tu duit sendiri aku cadangkan bagi lah keluar portion employee. Portion employer bole keluar lepas 55.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza kwsp Msia dgn singapo..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:52 PM | Show all posts
damsel_fiji replied at 27-1-2023 12:12 PM
bubar jelah kwsp tu..baru ummah tolol ni puas hati

hahaha..takkan dibubarnya...celah mana gomen nak 'cekau' duit...nak mengharap tax..berapa sangat jer....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib masa zaman abah midin tiap hari ratib pengeluaran kwsp.
Zaman pmx ni sunyi pulak dia walau rakyat tgh bising kwspbersasar. U are all on your own,citizens.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:10 PM | Show all posts
no 5 tu lah yang paling ketara sngat masa pengeluaran 1-4...i-lestari, i-sinar, i-citra dan khas..

sopink mall penuh macam semut, kedai aksesori kereta beratur sampai block parking orang, kedai emas belum buka pintu, dah macam ular melingkar, hotel fully booked! apa lagi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 01:19 PM | Show all posts
penat jadi admin soc med kwsp ni.. hari2 kena kecam.. bagi tips kewangan, terus berbakul masuk komen.. hahahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:19 PM | Show all posts
Sebagai seorang yang masih boleh hidup selesa (mashaallah...tabarakallah...alhamdulillah), saya setuju dgn saranan kwsp.  Dan itulah yang saya lakukan.  Namun saya jugak faham dan merasai keadaan sesiapa yang hidup dihimpit kesempitan, buntu dan terdesak gara2 covid melanda.  My thoughts and prayers are with you!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 27-1-2023 12:52 PM
hahaha..takkan dibubarnya...celah mana gomen nak 'cekau' duit...nak mengharap tax..berapa sangat j ...

Apa maksud "cekau" duit?

I pernah sembang2 dgn achik office umur dah lebih 60 tahun yg masih gigih kerja.. Staff contract la... Masa cukup umur dia buat pengeluaran kwsp lebih 600k takde masalah pun... Janji 2 minggu tapi tak sampai seminggu duit dah masuk dia kata...
Sembang dgn akak abang office yg ada anak belajar ipts/ipta tak amik loan, depa buat pengeluaran duit akaun 2 utk yuran anak berbelas ribu pun sama jugak, cepat je duit masuk akaun depa...

So apa maksud "cekau" ko tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 05:18 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 27-1-2023 08:48 AM
Apa maksud "cekau" duit?

I pernah sembang2 dgn achik office umur dah lebih 60 tahun yg masih gigi ...

kalau kasi lulus kali ni KWSP mmg hilang lagi berjuta atau berbilion ringgit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.934225 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list