CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2676|Reply: 47

[Dunia] Kedatangan pelancong, Malaysia paling tercorot di Asia Tenggara

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-1-2023 12:48 AM

Kuala Lumpur, Malaysia – Bagi Arthur Wilkinson, seorang usahawan kelahiran Pulau Pinang yang membuka pusat terapi terapung yang pertama di Malaysia hampir dua tahun tanpa pelancong telah sampai ke penghujungnya.

Float For Health, yang terletak di Tanjung Tokong sebuah lokasi pantai di sebelah timur laut Pulau Pinang menutup kedai buat selama-lamanya pada Januari 2021 apabila sekatan sempadan diperkenalkan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 kerana kekurangan pelanggan.

"Lapan puluh peratus pelanggan saya adalah pelancong dan pada masa itu sesiapa yang bekerja dalam industri ini menderita," kata Wilkinson, yang juga mengendalikan restoran Heap Seng di 29 di George Town memberitahu Al Jazeera.

Malaysia membuka semula sempadannya kepada pelancong pada April, sebelum menarik semua keperluan vaksinasi dan ujian PCR pada bulan Ogos.

Selepas setahun menyambut kedatangan pelawat antarabangsa, sektor pelancongan Malaysia bukan sahaja bergelut tetapi jauh ketinggalan berbading negara jiran tetangga Asia Tenggara yang lain.

Malaysia mengalu-alukan kira-kira 3 juta pelawat pada 2022, meningkat daripada 134,728 pelawat pada tahun sebelumnya, menurut Tourism Malaysia tetapi kenaikan hanya kira-kira 12 peratus sajaha daripada jumlah yang tiba pada 2019.

Thailand, Singapura dan Indonesia yang masing-masing mengalu-alukan 10 juta, 4.6 juta dan 4.58 juta pelawat, telah menunjukkan kenaikan satu perempat berbanding paras pra-pandemik.

3.6 juta pelawat asing ke Vietnam, walaupun kurang daripada sasaran oleh kerajaan adalah kira-kira satu perlima berbanding pada tahun 2019.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md telah menjelaskan bahawa penjualan arak di Langkawi adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, bukan kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengganggu status bebas cukai pulau pelancong itu.

Malaysia sudah pun mengenakan cukai alkohol antara yang tertinggi di dunia dan mengenakan hukuman berat bagi kesalahan dadah, termasuk hukuman mati untuk pengedar.

Sementara itu, negara jiran Thailand telah membina reputasi tersendiri kerana lebih bersikap toleransi terhadap maksiat serta membenarkan pengunaan ganja pada Jun 2022.

“Dari pertengahan Disember hingga pertengahan Mac, saya mempunyai 80-90 peratus pelanggan dari Eropah tetapi kini saya hanya mempunyai kira-kira 60 peratus,” Anthony Wong, pemilik Frangipani Langkawi Resort & Spa, salah satu resort eko tertua di pulau memberitahu Al Jazeera.

“Penerbangan ke Malaysia dari Eropah kurang [kerap] dan lebih mahal dan Langkawi tidak semurah negara jirannya terutama tempat penginapan. Eropah juga mengalami kemelesetan dengan inflasi meningkat dan isu berkaitan perang yang sedang berlaku di Ukraine menjadikannya lebih mencabar untuk mereka membelanjakan wang untuk melancong,” kata Wong.

Wilkinson, yang memindahkan perniagaan terapi ke Bali, Indonesia bagi mengambil kesempatan daripada jumlah kedatangan pelancong yang lebih tinggi dan apa yang dikatakannya sebagai tenaga kerja mudah berkata, Malaysia tidak boleh leka untuk menarik kedatangan pelacong asing.

“Kita perlu merangsang sektor pelancongan sebelum terlambat kerana Malaysia kalah besar kepada Thailand dan Indonesia,” katanya.

“Walaupun Malaysia mempunyai kepelbagaian masakan yang lebih luas tetapi kualiti tidak setanding dengan negara jiran yang juga mempunyai cukai alkohol yang lebih rendah dan lebih terbuka kepada idea baharu dalam sektor pelancongan.”

Fabio Delisi, pengurus pengendali pelancongan Lotus Asia Tours yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata, beliau percaya potensi Malaysia dihalang oleh promosi yang hambar dan kesinambungan yang agak lemah berbanding negara lain di rantau ini.

Malaysia tidak kekurangan tarikan terutamanya alam semula jadi. Pembangunan pelancongan terkesan akibat dasar dan aktiviti promosi yang tidak konsisten sejak beberapa dekad yang lalu,” Delisi, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pelancongan di seluruh wilayah memberitahu Al Jazeera.

"Pelancongan adalah perhubungan awam jangka panjang."

Delisi yang syarikatnya juga beroperasi di Indonesia dan Singapura berkata, situasi Malaysia jauh berbeza dengan Indonesia.

Kami mencapai hasil yang sama seperti 2019 tahun lepas walaupun ia beroperasi selama lapan bulan,” Jessica Yew, pengarah syarikat pelancongan butik Sticky Rice Travel, yang mempunyai ibu pejabatnya di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah memberitahu Al Jazeera.

“Kebanyakannya kerana segmen pasaran kami. [Kami memenuhi] pasaran mewah AS  dan wabak tidak memberi kesan kepada kewangan mereka dan mereka hanya menunggu sempadan dibuka semula tetapi diakui sukar untuk menjual."

Bagi mereka yang kurang berbelanja, kos perjalanan dan penginapan di Borneo telah meningkat beberapa tahun ini.

"Kebanyakan rumah persinggahan dan penyedia pengangkutan menunjukkan kenaikan sehingga 20 peratus, manakala agensi kerajaan seperti Taman Sabah menggandakan harga untuk permit dan pintu masuk," kata Yew.

Harga yang lebih tinggi termasuk permit untuk mendaki Gunung Kinabalu puncak tertinggi Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter (13,435 kaki) telah meningkat dua kali ganda daripada 200 ringgit kepada 400 ringgit ($46 hingga $92).

Apabila ditambah dengan kos perjalanan, makanan dan penginapan pakej termurah untuk sampai kemuncak kira-kira $550 seorang.

Saya memberitahu orang ramai supaya pergi ke Sumatera [di Indonesia] untuk melihat orang utan, kerana kos hanya satu pertiga hingga satu perlima daripada harga Borneo Malaysia,” kata Yew.

Bagi kebanyakan pengendali pelancongan lain, ketibaan pelawat China dan Korea Selatan kumpulan pelawat terbesar ke Sabah sebelum wabak akan jadi ukuran penting pada tahun yang akan datang.

Namun, sesetengah orang dalam sektor ini ragu-ragu terhadap sebarang bentuk penyelesaian pantas untuk kesinambungan dalam sektor ini.

"Kami berhadapan situasi yang sukar ini sudah lebih daripada dua puluh tahun sebarang tanpa fokus dan kesinambungan," kata Delisi dari Lotus Asia Tours.

https://www.aljazeera.com/economy/2023/1/16/malaysia-tourism-recovery-lags-thailand-indonesia-vietnam






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 11:41 AM | Show all posts
as expected sbb dah lebih dua tahun  motac tak buat promosi besar-besaran melawat Malysia..harap menteri motac yang baru buatlah sesuatu utk tarik semula kedatangan pelancong..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Muntri pelancongan pun tak berkaliber, yg baru ni cuma berkakilebar…hopeless
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:57 AM | Show all posts
Buat promosi lepas tu kaw guna imej Jawa jadi imej Malaysia sebab main bubuh jer tak research bagai. Lepastu Indhon mengamok baling taik. Hapless memang takde masa depan agaknya Malaysia neh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka tgk video tourist cari makanan kat Malaysia...kekadang kita yg local ni pun tatau ada tempat makanan mcm tu..diaorang mmg suka street food..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:30 PM | Show all posts
malaysia ni , tempat pelancong dtg dgn family members, wife, anak2


kalo nak berjimba diorang pergi, thailand, indonesia,

nak main kasino pn, singapore dah ada...

aku dgr sihanouk ville pn ada kasino, apa nama negara tu, cambodia ek?


advantage pada thailand

Sementara itu, negara jiran Thailand telah membina reputasi tersendiri kerana lebih bersikap toleransi terhadap maksiat serta membenarkan pengunaan ganja pada Jun 2022
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni berangan ja lebih. Ramai melayu sangat tak suka visitors judgemental nak rival Thailand atau indon lambat lagi lah. System lembab queue panjang dia salah kan visitor siapa suruh datang ramai2 katanya. Kasi reput ja lah tourism infra semua tu.


High end business travellers ofkos Singapore dah lama conquer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah PRC berbondong2 masuk nanti meningkatlah tu bilangan pelancong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la kurang yg dtg. Msia ni kecik aje banding thailand and indonesia. Dgn pelancung tempatan pun dah berhimpit2 sbb smua org pun pusing2 tempat sama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suru say YESS! to pelancong China laa tuu..
SOP biasa akak gomen run the polisi..
Boleh baca akai maa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:23 PM | Show all posts
Byk sgt moral police di Malaysia ni. Pelancong tempatan pun naik rimas, lg la pelancong luar
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Serba serbi mahal oi. Spa mahal, alcohol mahal.. makan kt hotel 40 ringgit sekepala.. bilik tak x yak sembang lah! Yg byk dtg Bangla nk cari kerja haram.

Dislikes.. dislikes!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:00 PM | Show all posts
Nak suruh Msia bertoleransi dengan maksiat macam Thailand agar ramai pelancong berbondong-bondong datang? Lama-lama bala yang dtg.

Mai lah dtg melancong ke Malaysia tp ikut peraturan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dengilo replied at 27-1-2023 01:23 PM
Byk sgt moral police di Malaysia ni. Pelancong tempatan pun naik rimas, lg la pelancong luar

Yang ni aku setuju. Banyak sgt pantang larang n rakyat yg closed minded. Benda kecik pun boleh jadi isu besar.sangat tak membantu sektor tourism
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payahlah nak open minded sgt gara² nak kejar pelancong supaya dtg kat negara kita sampai dorang buat onar pun Kita tutup Mata je!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:49 PM | Show all posts
juboqhang replied at 27-1-2023 01:43 PM
Serba serbi mahal oi. Spa mahal, alcohol mahal.. makan kt hotel 40 ringgit sekepala.. bilik tak x ya ...

40 hengget sekepala kat hotel tu mahal ka murah nyah? Simpan duit tu beli telur ja lah yach!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 03:55 PM | Show all posts
jiwasemangat replied at 27-1-2023 01:05 PM
Nak suru say YESS! to pelancong China laa tuu..
SOP biasa akak gomen run the polisi..
Boleh baca ak ...

Nak buat macam mana dorang saja yang hadap nak datang sis sebab ramai leluhur boleh speaking mandarin senang nak makan babi di jalan Alor.

Nak harap ummah kokesen adalah 2-3 kerat backpacker sengkek minta derma untuk tiket balik plus youtuber menipu seronok makan sambal demi konten. Sedih ka tidak sister?


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 27-1-2023 04:03 PM

apa yg menariknya Msia ini???. Msk hotel...jumpa bangla,nepal,indon..msk kedai mamak..jumpa bangla,msk kedai melayu jumpa indon,msk kedai cina jumpa myanmar,msk mall bangla ada,nepal ada,indon ada,myanmar ada,pilak ada...'apa pung ada....'apa punya Msia camni'???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang seronok nak melancong di malaysia ni? Takat pulau je la. Pulau di thai dan indon lagi cantik dah murah. Dah la peniaga kita jenis nak cepat pergi haji. Harga siakap caprut pun ribu riban. Walaupun pelancong tu matawang dia lagi besar, sape je sanggup kena tipu? Orang akan datang sekali je, takde dah kali kedua. Peniaga semua tamak. Yang sektor perkhidmatan pun banyak kedekut senyuman. Pandang orang macam kita hutang dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tercorot tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.063632 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list