View: 839|Reply: 3
|
[Tempatan]
Tiang utama retak, laluan LRT Ampang-Sri Petaling alami kelewatan
[Copy link]
|
|
Rapid KL menasihatkan pengguna laluan LRT Ampang-Sri Petaling untuk menggunakan pengangkutan alternatif lain berikutan kelewatan yang berlaku pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Laluan LRT Ampang/Sri Petaling mengalami kelewatan pagi ini disebabkan keretakan tiang utama berhampiran Stesen Bandaraya, menurut Rapid KL.
Pengendali perkhidmatan transit aliran ringan itu memaklumkan perkara itu menerusi catatan Facebook pada 6.39 pagi ini.Untuk memastikan keselamatan keselamatan pengguna, Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif.
Menurut Rapid KL, tren dari Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Plaza Rakyat, dengan kekerapan 18 minit di Bukan Daerah Pusat Perniagaan, dan 9 minit di Daerah Pusat Perniagaan.Sementara itu, tren perantara akan bergerak dari Stesen Plaza Rakyat ke Masjid Jamek, dengan kekerapan 6 minit, manakala tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, juga dengan kekerapan 6 minit.
Rapid KL turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan alternatif lain. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-1-2023 10:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
tak pasal2 aku punckad merah harini |
|
|
|
|
|
|
| |
|