CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3408|Reply: 59

[Tempatan] Langkawi tidak semeriah dulu, pelancong kurang

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi tidak semeriah dulu, pelancong kurang

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... u-pelancong-kurang/

Oleh NUR AMALINA AZMAN
27 Januari 2023, 8:20 am


Kedatangan pelancong ke Langkawi dikatakan semakin berkurangan ketika musim cuti persekolahan berbanding tahun-tahun sebelum ini. – Gambar hiasan

LANGKAWI – Peniaga dan penggiat industri pelancongan mendakwa, pulau peranginan ini tidak lagi semeriah dahulu yang menerima kunjungan pelancong dalam jumlah banyak setiap kali musim cuti persekolahan atau cuti umum.

Mereka memberitahu, jumlah pelancong pada cuti sempena Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah pada hujung tahun lalu didapati berkurangan.

Rata-rata mereka menyalahkan trip feri yang kurang dan tidak menentu hingga menyebabkan pelancong tidak lagi berminat masuk ke Langkawi.

Menurut peniaga laksa ikan seekor di Pantai Kuala Muda, Sharuzainee Abdul Hamid, 46, dia pernah menjual sehingga 120 mangkuk laksa sehari ketika cuti sekolah pada tahun 2019

“Namun, sekarang walaupun cuti umum dan cuti sekolah, kami hanya dapat jual antara 50 hingga 60 mangkuk laksa sehari.

“Kalau hari biasa, jumlah jualan akan jadi lebih sedikit kerana tidak ramai orang masuk Langkawi untuk melancong. Macam mana nak masuk, jadual feri pun tidak menentu,” katanya di sini semalam.

Bagi peniaga restoran, Abdul Halim Husain, 45, hasil jualannya menurun sehingga 60 peratus pada cuti sekolah hujung tahun lalu dan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini berbanding tiga tahun lalu.

“Hasil jualan harian saya me­nurun antara 40 hingga 60 peratus pada cuti baru-baru ini dan menjadi lebih kurang pada hari biasa.

“Masalah jadual feri menyebabkan peratus kemasukan pelancong turun mendadak dan memberi kesan kepada peniaga,” katanya.

Sementara itu, seorang ejen pelancongan, Safwan Jamil, 32, berkata, status bebas cukai yang diberikan kepada pulau ini ibarat tidak bermakna kerana keba­nyakan barangan yang dibeli pelancong adalah mahal.

Katanya, ada juga barangan yang dikecualikan daripada status bebas cukai tersebut.

“Harga makanan yang dijual di tempat tumpuan pelancong se­perti di Pantai Chenang juga mahal dengan alasan kos bara­ngan di sini lebih mahal berbanding di tanah besar.

“Saya bukan mahu mereka jual terlampau murah, tetapi harga­nya biarlah bersesuaian,” ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 08:53 AM | Show all posts
over rated much.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:57 AM | Show all posts
mcm Labuan..apa yg menarik sana???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 27-1-2023 08:53 AM
over rated much.


can get you to thai remote islands #paradise  including the naked beach resort for very much lesser....takda jais or jakim to nab ko disana....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:14 AM | Show all posts
hotel mahal kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:59 AM | Show all posts
Simunggu replied at 27-1-2023 08:57 AM
mcm Labuan..apa yg menarik sana???

tak ada apa yg menarik pun. better g sabah lagi hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 10:18 AM | Show all posts
x best mana pun langkawi...simpan sikit bajet, cari timing tiket murah, baik g sabah..lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:03 PM | Show all posts
gi siam petrol mahal tapi makan hotel tiket2 semua murah... gi langkawi petrol je murah tp lain2 semua mahal... kena gi satu family seluar dalam pun koyak... wakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 12:57 PM | Show all posts
CASH CASH CASH CASH !!! atok tersenyum sinissssssss ... padan muka ummah langkawi... iols pun banned langkawi selamanya.. family iols planning nk vacay ke langkawi utk 12 org pun iols dengan keras hatinya berkata NO, kalo korg nk pegi, pegi lah... iols xkan pegi... akhirnya semua tukar plan pergi Kundasang... jangan mimpi ummah langkawi nk merasa duit iols gittuh !
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:00 PM | Show all posts
aku p bulan 10 tahun lps punya la ramai... tang mana kurang nya.. takkan nk sampai berjalan pun laga bahu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hotel rega melampau.. bila time cuti ja mula la rates yahudi.. org bukan nk duduk dlm bilik pun. RM500 ++ semalam..? Servis pulak cam taik!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:49 PM | Show all posts
ko tunggu LIMA bln 5 kang
meriahhhhhh... dengarnya byk penginapan dh fully booked, iols pacak khemah jela kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pulau negara jiran jauh lebih murah lg best servis lg bagus dan ada macam2 daripada kat sini takdak sapa nk mai dh haih. Deal with it. Bukan kt lgkw ja kt mesia keseluruhannya. Pelancong tak mai dh. Jauh ketinggalan daripada thailand, singapore, indon malah vietnam.

https://www.aljazeera.com/economy/2023/1/16/malaysia-tourism-recovery-lags-thailand-indonesia-vietnam

Plus, taliban pon banyak kt mesia. Real taliban dari timur tengah pon tak mau malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:09 PM | Show all posts
helloooo…  bukan masalah trip feri tak menentu je (plus mahal)…  tapi sana tu serbaserbi harga mahal mengarut kalah yahudi…  hotel, makanan, services, etc…  dah la mahal, hauk pulak tu…  expenses aku pegi krabi & boracay pun masih affordable n puas hati…  dah la air laut tak cantik mana pun…  keruh nau2…
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:15 PM | Show all posts
eyansss replied at 27-1-2023 02:09 PM
helloooo…  bukan masalah trip feri tak menentu je (plus mahal)…  tapi sana tu serbaserbi harga mah ...

boracay skrng dah boleh pegi eh?
cmno nk p sana eh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:21 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 27-1-2023 02:23 PM
lifeline replied at 27-1-2023 02:15 PM
boracay skrng dah boleh pegi eh?
cmno nk p sana eh

dulu airasia ada direct flight ke boracay cuma sampai boracay kena naik land transport nak ke jeti caticlan (dalam sejam setengah gak la)...  so sekarang kena ke manila, then naik domestic airline ke caticlan...

pastu sekarang ada limited number of tourist untuk masuk boracay...  kena apply dulu (tapi aku taktau proses dan nak apply kat mana)...  dah lulus baru boleh masuk pulau...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragedi seekor ikan siakap display, habis satu kedai kena "geledah". Padan muka. Dah la resit tulis tangan. Mana no. SST?


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 02:55 PM | Show all posts
Orang nak berbisnes ngkaw pon nak berbisnes, tapi courtesy ethics meniaga tak gherti. Hanat!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lajak gi krabi dr langkawi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik ke Phuket terus.. mkn pun sodap. Cokelat karat jew brapa byk ko nk telan dek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057859 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list