CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2706|Reply: 56

[Tempatan] Nga Kor Ming: Bawa masuk pakar HDB bukan bermakna penjawat awam lemah

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Nga: Bawa masuk pakar HDB bukan bermakna penjawat awam lemah

https://www.malaysiakini.com/news/652926

Diterbitkan:  Jan 26, 2023 8:06 PM⋅
Dikemaskini: 8:18 PM



Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menafikan dakwaan bahawa langkah membawa masuk pakar dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam di Malaysia.

Nga sebelum ini mendapat kecaman daripada beberapa pihak yang mendakwa dia mempunyai agenda perkauman untuk menindas masyarakat Melayu-Islam menerusi tindakan membawa pakar tersebut untuk berkongsi kepakaran mengenai program perumahan di Malaysia.

"Tuduhan sesetengah pihak berkepentingan politik bahawa perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.

"Jelas sekali tuduhan ini adalah satu tindakan provokasi yang berbaur hasutan,” kata Nga dalam satu kenyataan hari ini.

Nga berkata penjawat awam di KPKT sentiasa memberikan khidmat terbaik dengan menghasilkan pelbagai dasar seperti Dasar Perumahan Negara, Dasar Rumah Mampu Milik dan Program-program perumahan holistik untuk rakyat di negara ini sejak merdeka.

"Sehubungan itu, niat untuk menjemput pakar-pakar dari negara luar termasuk Singapura dalam sesi seminar dan bengkel adalah bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam bidang perumahan agar Malaysia dapat bergerak ke hadapan dan relevan dengan perkembangan semasa," katanya.

Nga turut menjelaskan bahawa penglibatan Malaysia dengan HDB Singapura dimulakan sejak tahun 2015.



Tambahnya, Dasar Perumahan sedia ada yang dibangunkan pada masa ini merupakan hasil kerjasama Kementerian bersama pakar perumahan dalam negara seperti Khazanah Research Institute (KRI), Bank Negara Malaysia, CIDB, para akademik dan penganalisis hartanah.

"Tidak salah untuk kita menambah baik dasar sedia ada berdasarkan best practices supaya polisi yang dirangka lebih komprehensif dan praktikal dilaksanakan mengikut acuan Malaysia," katanya.

Pada 17 Jan lalu, Nga dalam temu bual dengan Astro Awani mengumumkan bahawa kerajaan Singapura telah bersetuju membenarkan kontraktor HDB untuk "memasuki’ Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan bulan depan bagi berkongsi kepakaran mereka.

Ini mendorong ahli majlis tertinggi Bersatu, Faiz Na'aman mendakwa tindakan Nga mengancam kedaulatan negara, manakala Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan pula memberi amaran bahawa nasib Bumiputera akan berisiko jika model HDB dilaksanakan.

Sementara itu, Nga menegaskan kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat kenyataan berbaur fitnah dan menghasut.



Malam tadi, penyiar percuma Awesome TV melalui program berita perdana Berita 757 melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah meluluskan rancangan untuk membawa masuk pakar HDB Singapura kerana Malaysia kekurangan pegawai kerajaan yang cekap.

Saluran berita itu berkata kelulusan itu dibuat susulan kenyataan Nga mengenai sesi perkongsian ilmu dengan pakar HDP Singapura.

“Kementerian telah mengarahkan agar saluran berita itu memohon maaf, membetulkan kenyataan mereka dan berpegang teguh kepada etika kewartawanan,” kata Nga.

Hari ini, Pengerusi PH Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, yang merupakan seorang arkitek bertauliah mempertahankan Nga.

Menurut, masyarakat Melayu akan mendapat manfaat paling banyak jika sistem perumahan HDB berjaya dilaksanakan pada kos yang lebih rendah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 08:52 AM | Show all posts
semoga ini yg terbaik utk semua rakyat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakar dari singapore tak cukup power lagi..apa kata nga ambik dari China terus..dah alang2 sedarah dan sebangsa,apa nak malu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:20 AM | Show all posts
Edited by asmurai at 27-1-2023 09:56 AM

Bukan masalah penjawat awam lemah ke atau siapa lemah ke tapi biasa lah kat Malaysia ni, selalu yang menjawat jawatan yang sepatutnya tu tak ada kompetensi, naik pangkat bukan sebab kompetensi atau sebab boleh buat kerja tapi sebab kabel sedara mara, kabel politik,kabel set set kito jange pecoh (SSKJP), kuat bodek dan mengampu, asyik mengekor boss ja 24 jam maka dapatlah naik pangkat padahal kerja suruh orang lain buat, dia tak tahu apa. Dapat je naik pangkat walaupun track record dia projek projek terbengkalai lama, banyak defect sana sini, projek banyak masalah. Banyak je orang sektor construction cerita kat aku orang atas atas, manager ke atas dalam sektor construction ni bukannya nak buat kerja, semua disuruh dan dibuli ke fresh graduates dan orang bawah.

Gaji punya besar tapi tak tahu apa. Semua humban ke orang bawah, humban ke orang lain. Diri sendiri tak mau upgrade kemahiran dan knowledge diri sendiri. Asyik nak mengelat je, kalau boleh nak ambil projek atau masalah yang senang senang aje, yang susah susah, yang pening kepala, suruh orang lain yang handle, dia nak copy atau follow je apa yang orang lain buat dan cari tu. Semua suruh orang lain. Bila suruh buat decision, tak mau buat decision.

Lagi satu, kat Malaysia ni dapat jawatan bukan sebab merit atau kompeten atau sebab boleh buat kerja yang berkaitan jawatan tapi sebab pandai bodek sana sini. Yang sepatutnya jawatan teknikal dipegang engineer tapi dipegang oleh bukan engineer / technical. Memang carca marba la jawabnya. Sepatutnya yang jadi projek manager atau yang memantau bagi projek pembinaan ialah engineer tapi hakikatnya, contoh kalau kat gomen, yang bukan skim engineer yang pegang jawatan tu, orang yang tak practice kerja kerja engineering yang pegang. Bila nak cerita pasal work program ke cerita pasal teknikal ke semua nganga, semua projek manager non engineer ni mencicit cicit cari engineer yang ada sorang je kat situ untuk solve the problem untuk diaorang semua. Kalau macam tu buat apa penat penat belajar engineering. Baik belajar law ke accountancy ke business study ke lepas tu jadi projek manager projek pembinaan, jadik bos kepada engineer, apa apa nak buat decision suh engineer bawah bagitahu diaorang apa yang nak diputuskan apa yang nak dbuat apa yang nak dibetulkan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2023 09:21 AM | Show all posts
Membongak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah negeri selatan awal² bila jd kerajaan rilek jer melawat HDB tue. Negeri J pun tengok model/konsep yg digunapakai HDB.

Kecoh jer PN nie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk kos rendah harga barang la turunkan tak perlu tanya pakar pun kalau gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:46 AM | Show all posts
Panggil la pakar dari planet Mars sekali pun, letak duduk manusia2 yg tak bertamadun tambah lagi kat Malaysia ni, enforcement lemah, maintenance lemah, jahanam jugek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 10:17 AM | Show all posts
pakar dari mana sklipun, kalau ada campur tgn politik dengan tgn2 ghaib malaysia ni..macam celaka jugak sistem....pui !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:36 AM | Show all posts
asmurai replied at 27-1-2023 09:20 AM
Bukan masalah penjawat awam lemah ke atau siapa lemah ke tapi biasa lah kat Malaysia ni, selalu yang ...

Kalau post tu khas utk org kije engineer, bila tukang ampu yg x de degree engineering nak dpt post tu.. mana2 tempat pun, gitu la... boss cuma bg arahan... dia x tau pape.. cuma sign je tau... hihihi


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:03 AM | Show all posts
Msia kena ikut model perumahan Afganistan atau Bangladesh baru lah lobai puas hati..

Lobai PN tau ke tak kat Singapo takde gelandangan sbb jasa HDB ni lah..busuk2 pun dorg ada rumah hdb, tak kena dok dlm rumah bangsal lembu mcm kat Kelantan..


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 27-1-2023 07:26 PM

Bila jadi gomen, terus auto bodoh bangang bahalol . Cai2 batak panatik reformasi self-claim educated terpaling genius acah2 liberal urban kepam berkerak ala2 kayo rayo pasti merasa sgt bangga .
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok flat hdb teratur. Takde parking merata tepi jalan. Bersih dan ada taman2 untuk riadah. Flat hdb untuk warga emas pun ada. Siap klinik, dan mesra oku. Kenapa ramai marah bila nga kor ming nak bawa masuk pengalaman dan ilmu ni? Pegawai2 kementerian perumahan di malaysia ni sangat lah tak guna. Projek sakit dan terbengkalai semua lepas tangan dan menangkan pemaju. Panggilan telepon pun tak angkat. Elokla nga kor ming ni bantai dan laserkan pekerja gomen pemalas ni. Aku dah kena pengalaman berurusan dengan pihak2 macam ni memang sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 27-1-2023 11:03 AM
Msia kena ikut model perumahan Afganistan atau Bangladesh baru lah lobai puas hati..

Lobai PN tau k ...

Yang ultra melayu meratap hiba ni singapura yang sebelah pun tak pernah jejak kot. Dengar je dap, pap terus takut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu benda yg aku puji psl singapore ni,penguatkuasaan diorg begitu ketat. Takde main budi bicara kesian-kesian. Tu smpi singapore kene ejek masuk sana jgn makan chewing gum nnt masuk penjara. Tp cer kt malaysia ni, dpt saman halaju pun wat bodo je. Siap dpt diskaun. Pekate kuatkuasakan  je cth 5kali langgar halaju terus masuk penjara seminggu ke.

Tapi aku paham gak knp malaysia penguatkuasaan diorg lemah. Sbb rakyat sendiri suka lawan kerajaan. Ape je gomen buat korg tak setuju pastu viral
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 27-1-2023 09:28 AM
Alah negeri selatan awal² bila jd kerajaan rilek jer melawat HDB tue. Negeri J pun tengok model/kon ...

Kaaaaan ....PN : Peghak Nau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 27-1-2023 07:37 PM
Yang ultra melayu meratap hiba ni singapura yang sebelah pun tak pernah jejak kot. Dengar je dap,  ...

kat SG x kira melayu cina,india semua mampu beli rumah..ni lah yg msia nak tiru..tapi dapat ke lebai penunggang habis kena fitnah jadi isu perkauman pulakk.buduss
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 27-1-2023 09:39 PM
kat SG x kira melayu cina,india semua mampu beli rumah..ni lah yg msia nak tiru..tapi dapat ke leb ...

Kat malaysia melayu, cina, india semua tak mampu beli rumah ke? Pe kata suh ngok tu force developer buat rumah harga mampu bukan juta2 je..or naikkan gaji semua org plg murah pun 3k sebulan, degree 10k min...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 27-1-2023 10:09 PM
tripleid replied at 27-1-2023 09:39 PM
kat SG x kira melayu cina,india semua mampu beli rumah..ni lah yg msia nak tiru..tapi dapat ke leb ...


Kat Malaysia pun melayu cina india serani semua pun boleh je beli rumah guna duit epf..you tak pernah withdraw ke for housing? Or buat monthly installment via epf account? Sama juga dgn singapore, kalau ada 50k dlm acct boleh keluar takat tu je la takan cpf or epf nak kasi full harga rumah bila duit pun tarak.
Kat singapore, org tua masih kena keja sebab tak cukup for retirement walaupun contribute to cpf.  Soon kat malaysia pun akan jadi sama.

Also kat spore, tak tau la sekarang still buat or not, you nak beli rumah u bujang tak kawin u x boleh beli certain type. You punya gaji banyak ni saja u hanya boleh beli flat type ni. So kisahnya ramai lah melayu yg income corot duduk setempat area ni je.  Then dulu sign s&p kena pakai laywer firm ni aja Lee & Lee, fiem lain x boleh.  You rasa siapa punya practice ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
testly replied at 27-1-2023 09:58 PM
Kat malaysia melayu, cina, india semua tak mampu beli rumah ke? Pe kata suh ngok tu force develope ...


Property is so expensive kat spore, rumah teres 2 tingkat pun dah $3 mil.  Org spore lari beli landed property ie rumah bungalow kat johor..sanggup ukang alik, worth it katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.327985 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list