CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Anak B40 Dalam Dilemma Bila Ibu Minta RM2,000 Duit Baitulmal Belajar, Bersangkak baik,mungkin adik beradik ramai.....

  [Copy link]
Post time 28-1-2023 07:44 AM | Show all posts
Bila sekali memberi akan selamanya kena bagi. Dia akan mintak mintak dan terus meminta sampai kita mampos. bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 07:50 AM | Show all posts
wahhh
banyak kot dapat rm4000
boleh apply ptptn lagi

moncah betul
duit zakat ke bantuan baitulmal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 27-1-2023 01:55 PM
Macik percayaaaa

Budak opis macik pulak

Dulu ada sorang ofismate baru kerja parents minta belikan rumah. Dia bukan melayu. Baru kerja gaji berapa sgt, dah kena byr loan umah. Kesian.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-1-2023 03:46 AM
Aku anak B40,abah aku tak penah tny psl ptptn aku dpt berapa,arwah jugak yg gigih simpan duit buat ...

well said. sama mcm arwah abah i dulu. ramai org tak faham maksud tanggungjawab dan tahu ilmu keibubapaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit tu nak beli laptop, nak makan utk 1 sem lbh kurang 4 bulan.. nak beli lg stationary, bhn2 nak kena buat asgnmt (jika ada).. mmg ngam2 je duit zakat tu..
Ramai pelajar depress bila dpt ptptn sara keluarga duit tu, pastu duit yuran pun tertunggak..hujung2 belajar pun x fokus.. ada juga pelajar yg x sedar diri beli phone/shopping mcm2 bila dpt duit ptptn.. pelajar la kena fikir dgn matang.. jgn salah guna tujuan duit pengajian yg disalurkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-1-2023 03:46 AM
Aku anak B40,abah aku tak penah tny psl ptptn aku dpt berapa,arwah jugak yg gigih simpan duit buat ...

Setuju.. didikan ibu bapa yg akan corakkan anak.. empati tu bukan boleh dibuat2.. anak2 pun tau hargai ibu bapa mcm mn ibu bapa hargai anak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 28-1-2023 02:37 AM
Kaka pun bercadang nak pow duit blajaq anak ka?

Utk budak ni, iols rasa baik dia benti blajaq jah ...

sis masih mampu tanggung sendiri tanpa loan...nanti dia dah keje sis pow lah...tarak hal punya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bantu jika betul2 memerlukan..kalau macam alasan yg diberikan tu bagi la dua ke tiga ratus  pun dah cukup. Gunakan duit tu dgn sebaiknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-1-2023 07:41 AM
Anak aku yang abis praktikal..dan kerja sekejap sebelum degree..gaji pertama dia , semua dia bg aku. ...

sama la sis...duit gaji pertama part time  dapat 100..ayah 100 adik 50...syahdunya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 28-1-2023 07:50 AM
wahhh
banyak kot dapat rm4000
boleh apply ptptn lagi

my fren anak g Jordan pun dapat byk ni skali..pastu apply yg lain...minta 100 jordan sama dgn 700 rm..pitam
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
iman_kasih replied at 28-1-2023 08:41 AM
Bantu jika betul2 memerlukan..kalau macam alasan yg diberikan tu bagi la dua ke tiga ratus  pun dah  ...

jgn berkira dgn mak...masih blh bwk bincang...naluri ibu ni lain...happy dia kalau dpt tu...nanti Allah permudahkan urusan kau blajar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 28-1-2023 08:48 AM
sama la sis...duit gaji pertama part time  dapat 100..ayah 100 adik 50...syahdunya...

Mmg sedih gila waktu dia bg tu....tapi noor pun x tolak sb noor nak ajar anak mengenang ibu bapa...noor cuma ucap terima sambil peluk dia..

Anak kedua yg kerja part time tunggu spm pun , noor x minta gaji dia ,tapi dia bagi...so kita ambil la sambil ckp moga hidup anak ibu sentiasa di rahmati Allah...

Sekarang dia mmg x nk ambil ptptn...so kitala yg tanggung..tapi cara dia minta duit tu sgt lawak...ibu..duit adik dah abis...boleh x ibu bg RM10..........haha..konon nk RM10...kita masukla RM700...hehe..bila  dpt dia ckp...thank you ibu...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 28-1-2023 08:56 AM
jgn berkira dgn mak...masih blh bwk bincang...naluri ibu ni lain...happy dia kalau dpt tu...nanti  ...

Iols setuju bab tak berkira dgn ibu ayah tu..tapi ibu ayah pun agak2 la jugak nak minta. At least kot 500 pun ok lagi. Jadi ibu..doalah yg baik2 utk anak2. Bahagia anak kan bahagia mak ayah jugak.

Tapi x kenan jugak bila anak duk cite kat socmed ni..circle sendiri je dah la. Rasa puas ke baca kutukan orang kat mak sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:27 AM | Show all posts
maknanya dia dah tak duduk dengan maknya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 09:54 AM | Show all posts
Duit tu dah jadi duit anak,kalau si anak nak bg terpulang la.
Tapi tak perlu la si mak letakkan berapa jumlah untuk si anak bagi pada dia.
Apa keadaan pun fahami lah hukum.
Duit anak tetap duit anak.Tak boleh guna sesuka hati.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 12:06 PM | Show all posts
monreyes replied at 28-1-2023 08:51 AM
my fren anak g Jordan pun dapat byk ni skali..pastu apply yg lain...minta 100 jordan sama dgn 700  ...


ini hanya untuk anak2 ASNAF ye ?
anak2 saudara belah suami susah juga .. tapi tak tahulah depa pernah mohon atau tak baitulmal ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-1-2023 03:34 AM
Meols rs camni. Permohonan ni die nak kene ada ic parents,surat beranak parents. Mungkin tu yg dim ...

Iols speku mak dia dok habaq, kalau tak dpt potostat dokumen2 iols, hangpa tak dpt duit tuh.. giteww..

Niat dia dari awal bknnya nak membantu tapi nak pow duit anak.. duit free, katanya..

Tetapi sbb orang melayu dah dimomokkan syurga di bawah tapak kaki ibu, deme redha duit kena pow.. pastu suffer nak hidup seharian.. giteww la ulang2 sampai ajm..

Iols bg pendapat mufti wp pun deme akan buat2 tak nampak.. deme tak nampak anak sbg tanggungjawab tetapi sbg lubuk rezeki/investment pada masa akan datang.. tapi org2 mcm ni la yg akan membiak dan membiak.. sehinggalah hamba wanita melahirkan tuannya.. pastu deme pelik, awat byk sgt penderhakaan berlaku?

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3746-irsyad-al-hadith-siri-ke-425-maksud-hadith-hamba-wanita-melahirkan-tuannya

Soalan:

Apakah maksud sebenar tanda kiamat yang disebut dalam hadith “wanita melahirkan tuannya?”. Lafaz asal hadith tersebut ialah ‘al-amah’, dan sefaham saya ia bermaksud orang gaji atau hamba wanita. Tapi biasanya saya ia difahami dengan maksud ‘ibu akan melahirkan anak yang derhaka kepadanya’. Mohon pencerahan.



Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat, para sahabat baginda, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Hadith yang dimaksudkan ialah hadith riwayat Umar bin al-Khattab R.A, iaitu hadith yang menyaksikan malaikat Jibril datang kepada Nabi SAW dan para sahabat untuk mengajarkan mereka tentang Islam, Iman dan Ihsan, dan antara lain terkandung juga soal jawab di bahawa:

قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا ‏.‏ قَالَ ‏"‏ أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا

Maksudnya: Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Nabi SAW menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya...

Sahih Muslim (8)

Dari sudut bahasa, al-amah bermaksud hamba wanita yang diperoleh melalui tawanan perang di medan pertempuran.

Imam al-Nawawi menyatakan kebanyakan ulama menyatakan bahawa ia bermaksud akan berleluasanya perhambaan dan anak-anak yang lahir daripada hamba wanita yang disetubuhi tuan mereka, dan anak-anak ini akan menjadi tuan kepada ibu mereka sendiri.(Rujuk Al-Minhaj Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 1/158)

Namun Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa maksud yang paling tepat bagi lafaz ‘hamba wanita melahirkan tuannya’ ialah akan terjadinya banyak penderhakaan terhadap ibu bapa, dimana anak-anak akan melayan ibu mereka sepertimana seorang tuan melayan hambanya, dengan kata-kata penghinaan, cacian, memukul dan memaksa mereka melakukan kerja-kerja. Pandangan ini juga bersesuaian dengan konteks hadith yang membicarakan salah satu soal tanda kiamat, iaitu golongan yang rendah menjadi tinggi, dan ibu bapa yang sepatutnya menjadi penguasa, dikuasai oleh anak-anak mereka sendiri.

Beliau tidak bersetuju dengan pandangan majoriti ulama yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi, kerana perhambaan sememangnya sudahpun berlaku, dan hamba-hamba wanita yang melahirkan anak kepada tuan mereka juga sememangnya telah wujud pada zaman Nabi SAW. (Rujuk Fath al-Bari 1/122-123)

Menurut Syeikh Mustofa Dib al-Bugha dan Syeikh Muhyiddin Mistu, lafaz ini merupakan bahasa kiasan (kinayah) akan berleluasanya perbuatan derhaka terhadap ibu bapa oleh anak-anak, hingga digambarkan seorang ibu atau bapa takut kepada anak-anak mereka sepertimana takutnya seorang hamba kepada tuannya, dan ini berlaku pada fasa kerosakan zaman (fasad al-zaman) dan tunggang-terbaliknya aturan kehidupan (inqilab al-ahwal). (Rujuk al-Wafi fi Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, hlm. 17-19)



Kesimpulan

Tuntasnya, secara literalnya lafaz hadith tersebut sememangnya menyatakan antara tanda kiamat ialah hamba wanita akan melahirkan tuannya sendiri, dan itulah yang dipegang oleh majoriti ulama.

Namun terdapat ulama seperti Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dan Syeikh Mustofa Dib al-Bugha yang memahaminya melalui konteks yang lebih luas, lalu sampai kepada kesimpulan bahawa ia merupakan kiasan akan berleluasanya perbuatan derhaka dan layanan kasar terhadap ibu bapa oleh anak-anak, sepertimana layanan kasar tuan terhadap hambanya.

Wallahu a’lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 28-1-2023 08:40 AM
sis masih mampu tanggung sendiri tanpa loan...nanti dia dah keje sis pow lah...tarak hal punya...

Hati2 agar besok lusa tak memakan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 02:28 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-1-2023 12:19 PM
Hati2 agar besok lusa tak memakan diri..

InsyaAllah savings + KWSP iolls n hasben as bankers cukup utk tampung diri...
koser la nak mintak duit bebudak ni...
jgn dorang yang pow aku sudah....
kalau dorang nak bagi Alhamdulillah..
singgit pun aku ambik..



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 02:35 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 28-1-2023 12:06 PM
ini hanya untuk anak2 ASNAF ye ?
anak2 saudara belah suami susah juga .. tapi tak tahulah depa pe ...

taklah..my fren T20...
dorang mmg bagi bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara...
dah bayar zakat byk, ambiklah kemudahan yang disediakan..
nanti iolls chk semula whether mmg itu tajaan tahunan, local ni lain la sikit...
sama mcm Yayasan Negeri mostly ada bantuan 1 off , pastu ambik lah PTPTN...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.151243 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list