CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hasrat PN goncang Pulau Pinang sekadar angan-angan - Guan Eng

[Copy link]
Post time 27-1-2023 06:18 AM | Show all posts |Read mode
Hasrat PN goncang Pulau Pinang sekadar angan-angan - Guan Eng


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



LIM Guan Eng. FOTO Mikail Ong.




Georgetown: Tindakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) dapat 'menggoncang' Pulau Pinang hanya disifatkan sebagai angan-angan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng secara berseloroh turut membayangkan kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu seumpama peribahasa 'biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya'.

"Biarkan si labu dengan... biarlah biar...kalau dia nak (goncang Pulau Pinang) biarlah dia dengan dia punya angan-angan dia," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini, malam ini.

Semalam, Shahidan menerusi hantaran berbentuk klip video di laman Facebook beliau berkata PN mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin dapat 'menggoncangkan' Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata DAP belum membuat sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau turut berpendapat, perkara itu tidak akan didedahkan pada buat masa ini meskipun perbincangan mengenainya dilakukan kelak.

"Kalau adapun perbincangan (pembahagian kerusi) kita tidak akan dedahkan. Saya rasa tunggulah kita akan umumkan," katanya ringkas.

Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu turut menjelaskan setakat ini belum ada perbincangan rasmi berhubung perkara tersebut sebagai persiapan PRN akan datang.




Disiarkan pada: Januari 27, 2023 @ 12:32am
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.633230 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list