View: 590|Reply: 11
|
[Politik]
'Hasrat PN goncang Pulau Pinang sekadar angan-angan' - Guan Eng
[Copy link]
|
|
'Hasrat PN goncang Pulau Pinang sekadar angan-angan' - Guan Eng
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng
GEORGETOWN: Tindakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) dapat 'menggoncang' Pulau Pinang hanya disifatkan sebagai angan-angan.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng secara berseloroh turut membayangkan kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu umpama peribahasa 'biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya'.
"Biarkan si labu dengan... biarlah biar...kalau dia nak (goncang Pulau Pinang) biarlah dia dengan dia punya anggan-angan dia," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini, malam ini.
Semalam, Shahidan menerusi hantaran berbentuk klip video di laman Facebook beliau berkata PN mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin dapat 'menggoncangkan' Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP belum membuat sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau turut berpendapat, perkara itu tidak akan didedahkan buat masa ini meskipun perbincangan mengenainya dilakukan kelak.
"Kalau adapun perbincangan (pembahagian kerusi) kita tidak akan dedahkan. Saya rasa tunggulah kita akan umumkan," katanya ringkas.
Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan BN.
Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu turut menjelaskan setakat ini belum ada perbincangan rasmi berhubung perkara itu sebagai persiapan PRN akan datang.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ngan-angan-guan-eng
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tu ... angan2 kan free ...
Apa2 pun semua perkara bermula dgn fikiran. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah gone end pun dulu berangan2 nk tawan Penang akhirnya jd kenyataan. Apa salahnya org lain nk berangan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi je la dia berangan2..misi depa asalkan dapat tawan.
Lepas tu perancangan tak ada habis2 depa tolak je semua salah kerajaan persekutuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan pun air putih takde lagi kau sembang apa PoeN! |
|
|
|
|
|
|
|
seat putih dap mmg la kau yakin.tapi seat marginal,malay... pkr,amanah suffered. |
|
|
|
|
|
|
|
Dap beban wak jahit
Wak jahit beban dap
Rakyat marhaen pikir lah betul2 oii |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu & lihat je lah.
Data & dapatan PRU15 belum siap sepenuhnya untuk semua gabunngan.
Kalau ikutkan yg dah siap ni, ada yang menang Parlimen tapi ikut kiraan undi DUN parti lawan yg menang 2/3 DUN dalam Parlimen tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org penang undi PN maknanya mcm masuk time machine pergi zaman 80an..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Harap PAS amik alih Penang. Mak trringin nk tengok versi Penang yang jumud |
|
|
|
|
|
|
| |
|