CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Perlis] Ramai tak ambil berat kesalahan tiada lesen

[Copy link]
Post time 26-1-2023 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Ramai tak ambil berat kesalahan tiada lesen


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



JPJ melakukan Ops Tahun Baharu Cina di sekatan jalan raya Jalan Tuanku Syed Sirajuddin, Arau. FOTO Aizat Sharif.




Arau: Kegagalan mematuhi perkara asas dalam undang-undang jalan raya seperti tidak memiliki lesen memandu dilihat menjadi punca berlakunya peningkatan dalam penyitaan kenderaan terutama motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri Perlis.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, walaupun pelbagai program pendidikan dan advokasi dilakukan namun masih ramai yang tidak mengambil berat terhadap kesalahan berkenaan.

"Sebagai langkah pencegahan yang drastik, kita menyita mana-mana kenderaan yang didapati pemandu atau penunggangnya tidak mempunyai lesen memandu atau lesen kenderaan motor (LKM) dan ini mampu menjadi satu pengajaran kepada mereka.

"Tahun lalu, kita hanya mempunyai lapan kes sahaja yang membabitkan kenderaan yang disita namun belum sampai setengah tahun, 63 kes kenderaan sudah disita kerana gagal mematuhi peraturan undang-undang ini seperti memiliki lesen memandu.

"Kita tidak akan berkompromi atas kesalahan ini kerana ia membabitkan nyawa dan keselamatan.

"Kalau kita lepaskan mereka ia tidak akan mengajar mereka mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Setia JPJ Perlis di Dewan Besar, JPJ Perlis, Jejawi, di sini hari ini.

Katanya, statistik terkini Ops Tahun Baharu Cina (TBC) JPJ Negeri Perlis yang bermula 18 hingga semalam mencatatkan pemeriksaan sebanyak 4,742 kenderaan.

"Daripada jumlah itu, kenderaan yang diambil tindakan dengan jumlah kesalahan adalah sebanyak 424 manakala 503 notis saman dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan.

"Antaranya 12 kes membabitkan tujuh kesalahan utama seperti tiada lesen memandu (73 kes), lesen memandu tamat tempoh (sembilan kes), tiada lesen kenderaan motor (LKM) sebanyak dua kes, LKM tamat tempoh (96 kes), tiada perlindungan insurans (84 kes), pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan (satu kes), kesalahan teknikal (91 kes), langgar syarat permit edaran antarabangsa (ICP) sebanyak satu kes dan kesalahan lain sebanyak 55 kes.






Disiarkan pada: Januari 26, 2023 @ 10:22pm


















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.122102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list