CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Kedah] Ibu maut, anak parah dirempuh kereta dipandu pelancong asing

[Copy link]
Post time 26-1-2023 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Ibu maut, anak parah dirempuh kereta dipandu pelancong asing

26 Januari 2023 09:00pm






Keadaan motosikal dinaiki dua beranak selepas terlibat kemalangan di di Jalan Bukit Malut, Langkawi pada Khamis.




LANGKAWI - Seorang wanita yang juga peniaga kedai makan maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Bukit Malut di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, Fodilah Kadir, 57, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, manakala, anaknya Mohamad Zaki Ahmad Nizat, 25, parah dan patah kaki kanan.

“Siasatan awal dapati motosikal dinaiki kedua-dua mangsa datang dari arah Kuah ke Bukit Malut manakala kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah Temonyong ke arah Kuah dan sebaik tiba di Jalan Bukit Malut.

"Pemandu kereta itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal yang dinaiki dua beranak terbabit.

“Akibat rempuhan kuat, penunggang dan pembonceng motosikal terbabit tercampak ke hutan semak di sebelah kiri jalan.

“Pembonceng disahkan maut ditempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Menurut Shariman, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) dan mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, hasil ujian nafas ke atas pemandu lelaki berusia 38 tahun warganegara India, bekerja sebagai jurutera IT di Singapura, didapati negatif alkohol.




"Pemandu kereta itu telah direman selama dua hari bermula hari ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - Awani






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051585 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list