CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4560|Reply: 73

[Tempatan] 5 syarikat umrah didakwa untung besar jual semula tiket penerbangan

  [Copy link]
Post time 26-1-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode
5 syarikat umrah didakwa untung besar jual semula tiket penerbangan

https://www.bharian.com.my/berit ... a-tiket-penerbangan

Oleh Latifah Arifin dan Noor Atiqah Sulaiman - Januari 26, 2023 @ 9:51am
bhnews@bh.com.my


Mengikut harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800, tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sesetengah agensi umrah di negara ini didakwa membolot tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci, yang menjadi antara punca kenaikan mendadak kos mengerjakan umrah kebelakangan ini.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata mengikut harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800 tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000.

"Ini satu-satunya punca kenaikan pakej umrah yang boleh kita (Malaysia) kawal, tetapi belum ada tindakan sewajarnya diambil untuk menyekat monopoli empat hingga lima syarikat umrah tempatan yang membolot tiket penerbangan dan menjualnya semula dengan harga lebih tinggi.

"Mereka hanya membayar sekitar 10 peratus deposit untuk membeli keseluruhan tiket bagi satu penerbangan. Ini menyebabkan agensi umrah terutama yang kecil tak dapat beli terus tiket dengan syarikat penerbangan kerana semua tempat duduk sudah dibolot," katanya kepada BH, semalam.


Perbuatan sudah lama

Razali berkata, berdasarkan maklumat diterima pihaknya, perbuatan itu sudah lama berlarutan dengan sekurang-kurangnya 120,000 tiket penerbangan ke Tanah Suci dijual semula dalam tempoh setahun sebelum ini.

Katanya, monopoli tiket turut menyebabkan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa bertindak menaikkan harga tiket penerbangan masing-masing ke Tanah Suci berikutan permintaan yang tinggi.

"Situasi memang makin meruncing kerana apabila ada syarikat umrah ambil kesempatan menjual semula tiket penerbangan dengan harga tinggi, maka syarikat penerbangan antarabangsa lain akan turut ambil langkah sama.

"Disebabkan tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci habis cepat, permintaan diterima syarikat penerbangan antarabangsa juga meningkat, sekali gus turut menjual tiket pada harga lebih mahal, sekitar RM4,200 hingga 4,500 untuk seorang jemaah," katanya.


Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Sehubungan itu, Razali menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas menyiasat perbuatan monopoli tiket penerbangan umrah kerana khuatir ia akan menyebabkan kos mengerjakan ibadat itu terus meningkat jika tidak dibendung.

"Syarikat penerbangan antarabangsa yang naikkan harga tiket penerbangan dapat penuh keuntungan itu, tetapi syarikat penerbangan tempatan kita yang jual tiket antara RM2,700 hingga RM2,800 itu, untungnya begitu juga sebab untung daripada perbezaan harga hingga RM5,000 itu ialah agensi umrah.

"Sebab itu saya gesa syarikat penerbangan untuk kawal dan siasat perkara ini kerana ia menyebabkan agensi umrah yang kecil menerima kesan ketara, manakala jemaah pula perlu membayar lebih. Malah, ada yang terpaksa tangguh tunai umrah kerana kosnya naik terlalu mendadak," katanya.


Belum ada penyelesaian

Beliau mendakwa, PAPUH pernah mengemukakan masalah itu kepada kementerian berkaitan, namun kecewa tiada tindakan susulan, menyebabkan isu bolot tiket penerbangan umrah masih berterusan dan belum ada penyelesaian.

"Pengurusan syarikat penerbangan tempatan juga tahu mengenai isu ini, namun tiada juga penyelesaian," katanya.

Katanya, beberapa persatuan agensi pelancongan termasuk PAPUH, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) akan membincangkan isu kenaikan harga pakej umrah, hari ini.

Semalam, BH melaporkan ada bakal jemaah terpaksa mengatur semula perjalanan berikutan pembatalan pada saat akhir, selain terbeban apabila perlu membayar kos tambahan mencecah ribuan ringgit.

Berdepan kemungkinan kos meningkat sehingga 200 peratus, jemaah mengakui tiada pilihan kerana syarikat pengendali umrah lain turut mengambil langkah sama menaikkan harga pakej.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
semua nak jadi bakal ahli neraka la tu. dgn mutawwif kuangajo, travel agency scammer, elokla ramai2 kena bako dlm neraka nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahtu nak cover sponsor retis2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
It's all hukum supply and demand lah. Ereb Saidi dah lama tau korang ja yang lalai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 06:49 AM | Show all posts
Umrah 35k mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 27-1-2023 07:55 AM

Reveal ajer 5 syarikat umrah lahanat yang buat kerja keji lagi terkutuk ni supaya di boikot syarikat2 lahanat ni dan di ambil tindakan undang-undang
Tak mustahil kes terkandas Haji terjadi banyak kali dek perbuatan keji menipu bakal jemaah Haji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 07:55 AM | Show all posts
Edited by plywood at 27-1-2023 07:57 AM

dia tak puas hati sebab agensi kecil tak dapat buat mcm tu... ingatkan dia nak tolong orang, dia cuma komplen kerana agensi kecil tak boleh scam sama spt syarikat besar

boikot semua agensi ni besar ker kecil biar lingkup.. ini semua scammer.

bisnes menyusahkan orang padahal resell sahaja product. kalau nak buat service pun, harga tiket beli direct dari syarikat penerbangan yg lain tu barulah dia kenakan harga
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 27-1-2023 07:55 AM
dia tak puas hati sebab agensi kecil tak dapat buat mcm tu... ingatkan dia nak tolong orang, dia cum ...

Ya setuju
Dedahkan nama syarikat2 lahanat ni supaya melingkup coz menipu orang yang nak pi buat amal ibadah
Kesian depa2 yang kena tipu especially yang sanggup bertahun lamanya kumpul duit secara berdikit-dikit untuk pi menunaikan umrah dan haji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap TH travel tak terlibat walau pakej umrahnya mahal
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:15 AM | Show all posts
buat DIY je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Zmn skang ni bleh je buat umrah DIY sendiri
Book hotel dan flight sendiri
Pastu book raudhah pun kt apps jah
Takyah la mutawif apa lancau sume tu menipu jah.dah la pemalas nk manage jemaah
Baik gi sendiri and manage sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-1-2023 08:20 AM
Zmn skang ni bleh je buat umrah DIY sendiri
Book hotel dan flight sendiri
Pastu book raudhah pun kt  ...

Aritu ada baca kat tiktok gak, ada org ni reveal yg badal haji tu pun ada yg menipu jgk. Org yg sepatutnya buat tu, dia ambik duit, tp dia tido je tak buat apa² pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 27-1-2023 08:23 AM
Aritu ada baca kat tiktok gak, ada org ni reveal yg badal haji tu pun ada yg menipu jgk. Org yg se ...

Iya.sbb tu akak x percaya lgsg stok2 setaz setazah lobai lobainita mutawif badal haji sume tu
Kalo umrah, pi DIY sendiri
Kalo haji, pi je dgn TH
takyah la acah2 nk pi dgn private bagai..ujung2 sakit ati jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 27-1-2023 08:23 AM
Aritu ada baca kat tiktok gak, ada org ni reveal yg badal haji tu pun ada yg menipu jgk. Org yg se ...

Lepas tu bagi sijil kepada waris kononnya Badal haji dah di sempurnakan tapi hakikat sebenarnya adalah di sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-1-2023 08:25 AM
Iya.sbb tu akak x percaya lgsg stok2 setaz setazah lobai lobainita mutawif badal haji sume tu
Kalo ...

kak incase kalu mati mcm mane? sapa yg kita kena contact?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
lola0311 replied at 27-1-2023 09:22 AM
kak incase kalu mati mcm mane? sapa yg kita kena contact?

Kalo mati kt sana terus je kebumi kt sana
Apa susah2 nk kene bwk balik bagai
Sama je mcm pegi negara lain..kalo ada problem pi je la jmpe embassy msia kt sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-1-2023 09:26 AM
Kalo mati kt sana terus je kebumi kt sana
Apa susah2 nk kene bwk balik bagai
Sama je mcm pegi nega ...

maksudnya terus contact embassy lh kan. sebab pernah baca yang geng2TA mutawif ni mcm merungut umrah pergi sendiri pandai bila ada bab kematian ke sesat hilang mintak tolong depa .mcm ni yang menakut2kan org awam nak berdiy
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:33 AM | Show all posts
krustykrab replied at 27-1-2023 08:23 AM
Aritu ada baca kat tiktok gak, ada org ni reveal yg badal haji tu pun ada yg menipu jgk. Org yg se ...

Ni iols setuju sbb mmg ada rakan ngo iols pun pesan jgn salah pilih.
Mmg ada yg tak p buat pun.
Punyala cilaka manusia yg menggunakan agama untuk hidup senang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 27-1-2023 07:44 AM
Reveal ajer 5 syarikat umrah lahanat yang buat kerja keji lagi terkutuk ni supaya di boikot syarikat ...

Ada terbaca dkt twitter company besar nie biasanya buat kontrak setahun utk sewa khas kapal & mereka nie akan share² modal utk kontrak tue sbb tue dapat harga lebih murah.

Manakala yg company kecik² nie jenis booking last minit, tunggu cukup korum baru nak urus booking semua jadi memang la dpt harga mahal.

Company kecik nak dpt harga murah tp taknak dulu kan modal utk kos² yg perlu. Company yg besar yg dulu kan modal mesti nak untung jgk atas modal yg dah didulukan tue.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya yg masih nak gunakan TA semua sbb nak senang kot nak pergi tempat² ziarah. Kalau DIY mcm susah nak pergi tempat² ziarah tu & harga taxi bukan murah². Makcik i g haji last year 3 minggu dok je kat mekah nun takde ziarah ke mana² sbb katanya tak tahu cara nak ziarah. Sbb tu kalau umrah amik pakej senang tak perlu fikir apa² dah. Untung² makan 3 kali sehari lauk pauk malaysia lg tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066935 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list