CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Kedah] 11 lelaki, 3 wanita ditahan terbabit jenayah samun

[Copy link]
Post time 26-1-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
11 lelaki, 3 wanita ditahan terbabit jenayah samun


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Antara barangan yang dirampas hasil tangkapan 14 individu yang terbabit samun berkumpulan di lokasi berasingan di negeri ini. FOTO IHSAN PDRM




Alor Setar: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah menahan 11 lelaki dan tiga wanita tempatan pada operasi khas yang dijalankan sejak tiga bulan lalu untuk mengesan kumpulan jenayah terancang yang aktif dalam jenayah samun serta kekerasan di negeri ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, suspek ditahan di beberapa lokasi di negeri ini pada jam 6 petang, 13 Januari lalu.

"Hasil siasatan awal, kami berjaya menyelesaikan 21 kes samun di sekitar negeri ini dan negeri bersempadan yang membabitkan kerugian hampir RM700,000.

"Turut dirampas, barangan milik mangsa iaitu pelbagai jenis telefon bimbit, barang kemas, wang, barangan berjenama, pelbagai jenis senjata tajam dan tujuh kenderaan yang digunakan untuk melakukan jenayah.

"Barangan rampasan dianggarkan bernilai RM200,000," katanya pada kenyataan hari ini.

Wan Hassan berkata, hasil semakan, ada dalam kalangan suspek adalah individu yang dikehendaki membabitkan kes samun dan dadah.

Beliau berkata, pasukan JSJ turut menyerbu kedai pajak gadai dan merampas barang kemas milik mangsa.

"Kami tidak akan berkompromi dengan peniaga yang menjual atau membeli emas hanya untuk mengaut keuntungan malah membantu pihak tertentu yang diketahuinya memperoleh hasil daripada kegiatan jenayah.

"Taktik suspek adalah mensasarkan rumah yang terasing, bersenjatakan parang serta bergerak menaiki kenderaan untuk melakukan jenayah di awal pagi.

"Mereka turut mengugut untuk membunuh mangsa," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebatan, jika sabit kesalahan.




Disiarkan pada: Januari 26, 2023 @ 3:04pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.309784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list