CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 15

Lelaki Lari Pecut Naik Motor Tinggalkan Tunang Sendiri Tepi Jalan Sebab Nak Elak Ditahan JPJ

[Copy link]
Post time 26-1-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Butterworth: Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh daripada motosikal ketika menghentikan jenteranya secara mengejut pada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau, malam tadi.


Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, pada kejadian jam 9.45 malam itu, lelaki yang menunggang Yamaha LC135 terbabit berkemungkinan takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau tiada cukai jalan.


"Lelaki itu mungkin terkejut dan ketika dia membrek, pemboncengnya yang juga wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.


"Ketika kami mengarahkannya membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu terus membuat pusingan U dan memecut dengan meninggalkan wanita itu.


"Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar," katanya.




Foto: Harian Metro




Dia ditemui media pada Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina malam tadi.


Adenan berkata, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.


Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan dia turut menangis serta merayu supaya motosikal Honda Vario miliknya tidak disita.


Katanya, remaja yang bekerja di sebuah premis peminjam wang berlesen itu baru membeli motosikal berkenaan dua bulan lalu dengan bayaran ansuran bulanan RM480.


"Remaja itu kemudiannya dibawa pulang oleh ahli keluarga," katanya.


Operasi yang turut membabitkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu turut menahan dua lelaki warga Indonesia dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain 10 lelaki berusia 20-an hingga 30-an yang didapati positif Methamphetamine serta ganja.


Terdahulu Adenan berkata, 2,043 motosikal diperiksa sepanjang empat hari operasi itu diadakan di lorong motosikal di dua lagi lokasi iaitu Plaza Tol Juru Arah Utara dan Plaza Tol Sungai Dua Selatan dengan 301 kenderaan diambil tindakan membabitkan 473 kesalahan.


"Kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan mengubah suai motosikal tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan JPJ.


"Kita mendapati, kesalahan tiada lesen memandu sangat tinggi mencecah 100 kes dan ini menunjukkan kesedaran penunggang motosikal berhubung perkara itu masih berada pada tahap rendah," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So da bole putus tunang la klu gini gaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 04:20 PM | Show all posts
Tengah membayangkan kalau dah menikah,
ada road block lari tinggal anak bini dalam keta.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 26-1-2023 04:20 PM
Tengah membayangkan kalau dah menikah,
ada road block lari tinggal anak bini dalam keta.

Hari tu ada kes suami isteri accident, tinggalkan mayat anak yang kena gilis sebab tercampak dari kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah gini gaya takutnya, mesti kalau buat urine test sangkut kan sister?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
yg umur 19 tahun tu… kenapa lah tak buat lesen. Bukannya susah sgt… beli motor boleh la pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak gundu pasti akan memaafin tunang beliau, walaupun terang terangan tunang beliau berperangai hanjing tak berakal bila tinggalkan dia bontang gitu je.
Yelah, akak gundu sgt mengamalkan konsep asal belaki, dan dia juga cenderung mengamalkan konsep kitar semula dlm hidup beliau.
Kitar je semula jantan hanjing yg perangai mcm babi tu, bila dia mintak maaf nnti yach?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik ko bagi penampar sedas kat muka dia n mintak putus terus...hanat sungguh perangai camne dia boleh terus tinggalkan ko camtu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 10:59 PM | Show all posts
Boleh faham kalau tunang dia maafkan. Silap2 dia yang suruh lari dulu. Lepas tu pandai2lah arrange pick up. Benda boleh diatur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:15 PM | Show all posts
dah smp masa ko pulak larikan diri dr tunang ko tu. sblm terlambat
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lagumana brek smpai jatuh la tunang tu
first time bc news org kerja dgn along berlesen hrp beli moto tu tak pinjam duit tmpt dia bekerja la. mahalnya ansuran rm480/sebulan. moto honda vario malas plak nak gugel
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:38 AM | Show all posts
putus tunang jela dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:54 AM | Show all posts
cabot je la dr tunang tu dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 12:06 PM | Show all posts
Adenan berkata, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.


dua2 ekor ni mesti sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 01:45 PM | Show all posts
setakat jpj xpe lagi, kalau ada burung merpati tu yang lari tak cukup tanah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg rohingya & indon tu klau x bayar saman gomen blh buat apa je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.241330 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list