CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 8

'Ibnor Riza perlu kuat semangat, Insya Allah cepat sembuh'

[Copy link]
Post time 26-1-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode
'Ibnor Riza perlu kuat semangat, Insya Allah cepat sembuh'


Dari kiri Ann Ways, Razis dan Dj Dave sedang berbual dengan Ibnor (dua kanan)


Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) meneruskan misi bantuan kepada penggiat seni yang bernasib malang apabila mengunjungi penyanyi Ibnor Riza yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, petang semalam.

Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave berkata, mereka sudah dimaklumkan perkara terbabit oleh Datuk Nash baru-baru ini tetapi belum berkesempatan untuk melawatnya ketika itu.

"Jadi, kami salurkan terus sumbangan RM2,000 ke akaun Ibnor pada 5 Januari yang lalu. Semalam barulah kami berpeluang melawat dia.

"Kedatangan kami disambut dengan senyuman oleh Ibnor di samping isteri dan anaknya.

"Banyak juga saya nasihatkan dia untuk sentiasa jaga makan dan positif dengan apa yang berlaku, kena kuat semangat, Insya Allah akan cepat sembuh," katanya kepada Harian Metro.

Ibnor, 62, yang popular pada era 1980-an, dimasukkan ke wad di HKL pada 15 Januari lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dan Mimpi Yang Tak Sudah itu disahkan menghidap "Vocal Cord Palsy" yang membuatkannya sukar bercakap selain mengalami bengkak di bahagian leher.

DJ Dave berkata, Ibnor dijaga rapi oleh pihak hospital dan sentiasa ditemani isterinya, Sarimah, 51, bersama anak-anak.

"Sarimah beritahu dia berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur sejak 19 Januari lagi sehingga ke hari ini. Ada masa dia akan tinggal di hotel bajet berdekatan agar dapat sentiasa melawat suaminya.

"Ibnor boleh berbual tapi suaranya agak perlahan. Dia gembira dengan kunjungan rakan-rakan artis yang datang melawat dan beri kata-kata semangat.

"Selain saya, Ann Ways dan Razif Ismail juga datang melawat. Ibnor berharap agar kesihatannya segera pulih," kata DJ Dave.

Sejak mengalami masalah kesihatan, Ibnor yang bergantung sepenuhnya kepada nyanyian, kehilangan sumber pendapatan kerana terpaksa menolak tawaran yang datang.

Untuk itu, YKAT menyalurkan lagi sumbangan berjumlah RM500 kepadanya bagi meringankan beban perbelanjaan dan perubatan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -allah-cepat-sembuh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga beroleh kesembuhan. Ibnor ni antara penyanyi lelaki famous sejak zaman aku sekolah rendah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 07:41 PM | Show all posts
Anak dia kat Brunei tu turun tak tengok ayah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
muda bini dia….
moga cepat sembuh….
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 02:46 PM | Show all posts

Semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
62 tahun sama umur zainal abidin hassan… tiber..


Yg melawat dia dato dato belaka. Terigt mamat dah jadi datok jugak
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:09 PM | Show all posts
suka benor aku dgn dia dulu. semoga cepat sembuh ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kagum i sampai sekarang menyanyi tu masih full time job dia. byk corporate show agaknya kot ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068299 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list