CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 8

[Tempatan] Banjir: Konvoi motosikal berkuasa tinggi Singapura hanyut redah bah

[Copy link]
Post time 26-1-2023 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: Konvoi motosikal berkuasa tinggi Singapura hanyut redah bah

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... a-hanyut-redah-bah/

Oleh MASTURAH SURADI
25 Januari 2023, 9:40 pm


Keadaan motosikal berkuasa tinggi dihanyutkan air di Mersing hari ini.

MERSING – Sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air bah di Jalan Nitar, Mersing hari ini.

Difahamkan motosikal yang mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi itu mengalami kerosakan ketika meredah banjir di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ketika dihubungi kejadian dipercayai berlaku pada tengahari tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu. Berdasarkan maklumat kejadian pada tengahari tadi.

“Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang dinaiki antara mereka rosak.

“Kumpulan Konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan konvoi terbabit kemudian meneruskan perjalanan dengan bantuan tow truck.

Tular sebuah video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air bah.-KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 08:46 AM | Show all posts
hahaha...bodoh piang
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 08:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Husnuzon mungkin nk merasa kot redah banjir sana x ada..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:50 AM | Show all posts
Semoga selamat semuanya, jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian juga
Hanyut kot..
Tp tu lah..jalan tu mmg.dah dibagitau banjir kan..takmdigalakkan guna..
Sepupu iols bgtau dia pung pusijg ke.jalan.lain..felda ape.tah dia lalu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2023 10:01 AM | Show all posts
Moga di permudahkan.
Tapi tak salah kot dia nak mencuba nasib.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:03 AM | Show all posts
Cashh lah..banjir2 pun gigih nak berkonvo bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau area tu banjir..kenapa nak redah juga.
Spesis degil. Tak pasal2 moto hanyut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.451186 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list