CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 891|Reply: 9

[Dunia] Jam Kiamat bergerak lebih cepat

[Copy link]
Post time 26-1-2023 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Jam Kiamat bergerak lebih cepat

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... rgerak-lebih-cepat/

Oleh KOSMO!
26 Januari 2023, 7:00 am



CHICAGO – Jam Hari Kiamat yang merupakan simbolik kepada waktu kemusnahan sejagat diberikan penetapan baharu bagi mengisytiharkan bahawa umat manusia semakin hampir kepada malapetaka, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Alat simbolik itu menetapkan Hari Kiamat berada dalam tempoh 90 saat sehingga tengah malam sekali gus menandakan betapa hampirnya Bumi untuk mengalami kemusnahan kerana perbuatan manusia.

Menurut portal berita Bulletin of the Atomic Scientists, jam itu bergerak lebih dekat kerana sebahagian besarnya disebabkan perang di Ukraine.

Idea menghasilkan Jam Kiamat bermula pada tahun 1947 untuk memberi amaran kepada manusia tentang bahaya perang nuklear dan ia digerakkan menghampiri atau lebih jauh sikit dari tengah malam, berdasarkan pembacaan saintis tentang ancaman kewujudan pada masa tertentu.

Tengah malam menandakan titik teori pemusnahan sejagat, manakala pada 2022, ia menetapkan jangkaan pada 100 saat hingga tengah malam sebelum malapetaka besar akan berlaku.

Jam itu pernah menetapkan Bumi dijangka berada 17 minit sebelum ‘Hari Kaimat’ berlaku pada 1991 iaitu tahun ketika Perang Teluk berlaku antara 1990 hingga 1991 yang dicetuskan akibat tindakan Iraq menawan Kuwait.

Tindakan itu mendorong gabungan tentera 35 buah negara diketuai Amerika Syarikat (AS) bagi menangani penaklukan tersebut.

Sebelum penetapan semula itu dilakukan, terdapat amaran tentang penggunaan senjata nuklear dalam perang antara Russia dan Ukraine dan masalah biosekuriti.

Ahli panel buletin itu,Dr. Steve Fetter yang juga Dekan Sekolah Siswazah dan Profesor Dasar Awam, University of Maryland, berkata: “Risiko malapetaka nuklear lebih tinggi hari ini (semalam) berbanding tahun lepas.”

Jam itu kini terletak di pejabat buletin tersebut di lobi Pusat Keller, Universiti Chicago Harris, AS. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 08:42 AM | Show all posts
fuyooo pndai ek dia org bleh teka bila qiamat.. pes time dlm hidup baru tau ada jam kiamat! apoooo lahaiii.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 08:44 AM | Show all posts
org putih pun purcaya hari kiamat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:29 PM | Show all posts
lasagna replied at 26-1-2023 08:42 AM
fuyooo pndai ek dia org bleh teka bila qiamat.. pes time dlm hidup baru tau ada jam kiamat! apoooo l ...

dah nama simbolik. bukan hari kiamat sebenar. baca ke tak artikel?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:34 PM | Show all posts
skippy replied at 26-1-2023 02:29 PM
dah nama simbolik. bukan hari kiamat sebenar. baca ke tak artikel?

sbb kn simbolik lahh dia manusia boleh jadi percaya, jgn tak tau plak pemikiran dia org camne.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:42 PM | Show all posts
kamu percaya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:55 PM | Show all posts
Malas aku nak baca kalau dari tabloid Malaysia ni lepas tu dia translate dari English ke BM.  Nak mencarut je bila baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 02:58 PM | Show all posts
elok le cepat sikit. malas nak pikir dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I'm Gonna Live Forever



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.095027 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list