Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bertanya mengenai jenis motosikal yang ditunggang olehnya dan isteri itu.
“Macam best je moto ini.
“Moto apa ni?
“Motor spider kan ni?” komen netizen.
Malah, ada juga segelintir yang menyoal kapsyen yang ditulis olehnya dan turut mengatakan bahawa mereka nampak ‘baby bump’.
“Nampak baby bump lah.
“Apakah itu boy?
“Baby boy gayanya.
“Hehehe. Dapat adik lagi, Alhamdulillah.
“Aku rasa baby boy ni sebab main moto hahaha rasalah,” komen netizen.
Sebelum ini, isteri Fizo pernah meraih tumpuan apabila videonya sedang menjalani penggambaran di studio bersama bayi mereka, Wan Khaleeda tular di media sosial.
Sekadar info, Fizo Omar dan Fazeera Nazri mendirikan rumah tangga pada bulan Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda pada Jun 2022.
Sumber:
https://www.xtra.com.my/trending ... n-baby-boy-gayanya/