TINGGAL di kondominium mewah, tapi malang penghuninya mempunyai mentaliti kelas ketiga.
Jika sebelum ini golongan B40 sering dikaitkan dengan kawasan pangsapuri yang kotor dan sikap membuang sampah merata-rata, namun persepsi buruk itu tidak lagi relevan.
Ternyata sikap pengotor boleh terjadi dalam diri mana-mana individu tanpa mengira seseorang itu daripada golongan B40, M40 mahupun T20.
Bayangkan tuala wanita dibuang merata-rata, dengan kesan darah masih jelas kelihatan!
Kawasan sekitar kondominium dicemari tuala wanita terpakai.
Apa yang mengejutkan adalah ia dipercayai berlaku di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, penduduk sebuah kondominium mewah itu berasa terganggu dengan tuala wanita yang dicampak di kawasan kejiranan mereka.
Penduduk setempat jelas tidak tahan lagi dengan keadaan yang didakwa berlanjutan selama setahun.
Kondom terpakai terpakai turut ditemui.
"Penduduk di kondominium mewah di KL buntu dengan tuala wanita yang dicampak dari tingkap dan 'mendarat' berhampiran lantai rumah jiran.
"Isu ini berlaku selama setahun dan pihak pengurusan belum dapat menangkap pelakunya," menurut ciapan @KL_Reporter di laman Twitter.
Selain tuala wanita, turut ditemui adalah lampin bayi dan kondom terpakai yang dibuang merata-rata.
Namun, apa yang dikesalkan pelakunya masih belum dapat dikesan meskipun perbuatan menjijikkan ini berlaku sejak setahun lalu.
Di ruangan komen menerusi ciapan tersebut, rata-rata netizen tidak menyangka insiden tersebut berlaku di sebuah kondominium mewah dengan segelintir penghuninya bersikap pengotor.
Antara komen netizen.
Rasa jijik mula membelenggu fikiran tatkala membayangkan tuala wanita, lampin bayi dan kondom terpakai berselerakan di kawasan perumahan yang sepatutnya menjadi tempat tinggal yang selesa buat penghuni.
"Kenapa sangat menjijikkan ni? Memalukan kaum perempuan.
"Wang benar-benar tidak boleh beli adab dan kebersihan.
"High end kondo tapi yang duduk macam tak bertamadun.
"Hidup mewah dengan mentaliti low class (kelas rendah). Menjijikkan," antara komen netizen.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada semua pihak agar sentiasa bersikap bertimbang rasa dan menitikberatkan amalan kebersihan di kawasan kejiranan masing-masing.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
Loading Tweet...
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 26-1-2023 12:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 25-1-2023 08:27 PM
Terus teringat youtuber Joe SP yg suka citer kisah hantu...ada kisah hantu suka tula wanita yg x bas ...
Bagi link. Saya dah seminggu dengar cerita hantu setiap hari sampai tengah malam. Duk pulak di rumah sorang-sorang dengan semua lampu tutup kecuali lampu bilik study. Semua tingkap terbuka dan bila angin bertiup,curtain putih tu terselak......