CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Pulau Pinang] Minta 'angpau' dengan menyamar pekerja pembersihan MBPP

[Copy link]
Post time 25-1-2023 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Minta 'angpau' dengan menyamar pekerja pembersihan MBPP

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN25 Januari 2023 06:34pm






Seorang lelaki warga emas dikesan menyamar sebagai pekerja pembersihan MBPP di Bukit Lancang baru-baru ini.




GEORGETOWN - Seorang lelaki warga emas dikesan menyamar sebagai pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai untuk mengutip 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang baru-baru ini.


MBPP dalam satu kenyataan mengesahkan lelaki tersebut bukan kakitangannya dan berniat jahat dengan menyamar sebagai petugas pembersihan MBPP.


Menurut kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian terbabit dan MBPP memandang serius serta tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyamar sebagai kakitangan MBPP dalam apa jua keadaan.


"Pemberian 'angpau' kepada para petugas pembersihan adalah tidak dibenarkan.


"Sesiapa yang mendekati dan meminta 'angpau' atau dalam apa jua keadaan sama ada kakitangan MBPP atau seseorang yang menyamar sebagai kakitangan, sila jangan beri kepada mereka dan laporkan kejadian tersebut dengan segera kepada MBPP," katanya.


Mengulas kejadian tersebut, helah penyamaran oleh lelaki terbabit berjaya dikesan oleh seorang kakitangan MBPP dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di kawasan Batu Lancang baru-baru ini.


Ketika ditahan, lelaki tersebut dilihat sedang mengambil bungkusan yang diberikan oleh salah seorang penduduk di kawasan itu, namun selepas ditanya mengenai butiran diri dan tindakan mengambil bungkusan tersebut, lelaki terbabit meminta maaf dan mengaku bahawa dia bukanlah pekerja MBPP.


"Laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang menyamar sebagai pegawai atau kakitangan MBPP," katanya.


Sehubungan itu, MBPP meminta kerjasama daripada orang ramai untuk tidak memberi sebarang bentuk sumbangan terhadap mana-mana pihak.


Jelasnya, sekiranya mana-mana pihak mendapati terdapat insiden sedemikian, mereka boleh menghubungi pihak MBPP di talian Hotline MBPP 24 jam 04-2637637 (pejabat) dan 016-2004082 (Whatsapp Aduan MBPP).

Dalam pada itu, MBPP memaklumkan menjadi tanggungjawab pihaknya bagi memastikan seluruh kawasan yang ditadbir di Pulau Pinang sentiasa bersih dan segar.

Tegasnya, semua petugas-petugas pembersihan MBPP telah dipertanggungjawabkan untuk melaksana tugas-tugas tersebut dengan cekap dan amanah.

sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061704 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list