CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2782|Reply: 29

Maaf, saya belum sedia nak jawab – Zainal Abidin

[Copy link]
Post time 25-1-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

ZAINAL Abidin terlalu sibuk menguruskan jadual pasukan Penang F.C buat masa ini dan belum bersedia mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dua isterinya bergaduh.


Maaf, saya belum sedia nak jawab – Zainal Abidin

PETALING JAYA – “Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku).”

Demikian kata bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berhubung pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Zainal, 62, yang merupakan bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang F.C. berkata, jadualnya sangat sibuk buat masa ini.

“Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Selepas memberikan jawapan tersebut, Zainal yang juga bekas pemain bola sepak terkenal era 1980-an dan 90-an itu terus menamatkan panggilan selain pesanan dalam aplikasi WhatsApp tidak berbalas.

Terdahulu, nama Zainal menjadi sebutan ramai apabila dia berkahwin kali kedua sedangkan masih bergelar suami kepada isteri pertama dengan wanita muda yang juga merupakan seorang penyanyi, Fyna Jebat.

Disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari, timbul cerita kurang enak didengar apabila difahamkan, kedua-dua isterinya berbalah di sebuah restoran mamak selepas Fyna selesai mengadakan persembahan dalam program realiti, Famili Duo.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 05:24 PM | Show all posts
Meols rasa puncanya bukan lah sebab soalan Jennah tu tapi more to 1st wife tunggu masa nak ganyang si Fyna
Maybe sheols tak tau nak cari Fyna kat mana
Cara paling senang tunggu smp Fyna habis program Family Duo, follow dia
Tetiba si Fyna lepak mamak dulu
So apa lagi.....pucuk di cita ulam mendatang lah..........serangggggggggggggg
BTW masa kena tarik rambut tu, si AJ ada sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 05:48 PM | Show all posts
ni ke yang kata bini pertama tak mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka pak cik
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan patut cari first wife tu dulu...baru terbongkar semua...hah mcm tu aku isi minyak kat wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk buat aper tu ....ok take your time draft statement. Camne nak jaga teambola camni...nak motivate team pun players boleh gelak dlm hati...pikir pikirkan lah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 25-1-2023 05:24 PM
Meols rasa puncanya bukan lah sebab soalan Jennah tu tapi more to 1st wife tunggu masa nak ganyang s ...

Spekuan iols pula, first wife tak tgk pun rancangan tu
Narsisis tahap tertinggi, kita marah betul dgn dia sbb sondol laki kita yg legam tu, alih2 kita jugak yg tercongok depan tibi tiap minggu tak miss, nak tgk dia terkinja melalak2 atas pentas, pastu kita bengang sendiri dengar dia kata apa kat rancangan tu. Mcm tak tercapai akal gitu. Kita kalu dah tak suka kat org, usahkan nak tgk muka, dengar nama pun dah rasa berapi2, ni kan pulak sengaja gi hadapppp tgk muka dia kat tibi. Tiada logika di situ.

Ellarasaaa citernya gini....tgh2 datin golek2 sendiri layan perasaan, laki pulak takde, tiba2 bertalu2 call/wasap mesej masuk menjoyah, ehhhh u tau datin, kurang hajar betul madu u tu, dah la ambik laki u, ada ke dia pegi citer live kat tv psl main bola lewat2 malam...apa bendaaaa ni? main bola laki pun nak citer kat org ke? dasar low class! kalau i jadi u, mmg i ajar dia cukup2
Haaaa gituh spekuan liar iols.
Ada tukang provoke. Hingga bini tua yg duk diam bulih meletup pkl 2 pagi gi ganyang org
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 25-1-2023 09:29 PM
Spekuan iols pula, first wife tak tgk pun rancangan tu
Narsisis tahap tertinggi, kita marah betul  ...

Anak dia la kot yg menyampaikan.
Mak dia mmg takkan layan rancangan tu tak koser nak tgk.
Kawan2 anak dia pun bleh je menyampai2kan.

Berani tul fyna kawen ngn rentua yg ada anak2 dah dewasa nih
Walau tak perlu cebok berak dorang tp bkn senang nk beli jiwa depa tu..
Mcm anak tiri sorang retis tersohor tu hingga kini pun tak prnah nampak togede2 ngn mak tirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka nak sangat pasang 2 hadap la ko..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 25-1-2023 09:43 PM
Anak dia la kot yg menyampaikan.
Mak dia mmg takkan layan rancangan tu tak koser nak tgk.
Kawan2 a ...

Dia tak tau ada anak tiri besar macam tu. Kalau dia tahu tak dihinginnya si apak, dia tackle anak la. Muda muda lagi semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 25-1-2023 09:29 PM
Spekuan iols pula, first wife tak tgk pun rancangan tu
Narsisis tahap tertinggi, kita marah betul  ...

Hahahahaha... Ada logiknya... Padan muka ayat paling layak.. Takde penyakit cari penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya atuk cakap kat cucu fina ni "Maaf saya belum sedia beristeri 2".
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 01:56 AM | Show all posts
Belum sedia nak jawab..habis tu kahwin tu tergesa gesa kena paksa ke..tak sempat fikir masak masak
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg fyna tu fikir nak kawin dgn kertu 62 tahun? Berapa lama nak jadi bini sblm jadi balu? Kalo ada anak camne, changes nak jadi anak yatim tu tinggi. Kaya sgt ke atok jenal tu? Baik sondol alip syukri ke, sol ke ( jadi no3).
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 08:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 08:59 AM | Show all posts
anilanil replied at 26-1-2023 02:05 AM
Apa yg fyna tu fikir nak kawin dgn kertu 62 tahun? Berapa lama nak jadi bini sblm jadi balu? Kalo ad ...

Cinta itu buta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 26-1-2023 02:05 AM
Apa yg fyna tu fikir nak kawin dgn kertu 62 tahun? Berapa lama nak jadi bini sblm jadi balu? Kalo ad ...

Atuk zainal ni pun sama la.. tak fikir ke apa anak2 fikir.. sama baya dgn anak2 dan menantu.. klo dah dpat menantu la. Kalau atuk zainal kawin dgn pompuan yg dh lewat 40an, ok lg la.. ni nmpk sgt bnafsu tggi kat anak dara putih gebu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 12:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya masa 1st wife ganyang fyna tu ,tendang sekali *#te si tua tu. Gatal sangat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 26-1-2023 12:27 PM
Harapnya masa 1st wife ganyang fyna tu ,tendang sekali *#te si tua tu. Gatal sangat kan.

Bila 2nd mengadu nak tahu juga cik abg defend yg mana. Kalau lepas tangan membisu elok yg kedua belah kan diri bagi yg pertama ambil masa pulih. You are not welcomed. Anak lelaki dah bersuara. That s a big deal.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.234400 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list