CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10370|Reply: 82

“ Biar Saya Yang Lepaskan Hubungn, Biarlah Dia Kembali Pada Isteri & Anaknya...” - Ira Kazar

  [Copy link]
Post time 25-1-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode
“ Biar Saya Yang Lepaskan Hubungn, Biarlah Dia Kembali Pada Isteri & Anaknya...”- Baru Saja 1 Bulan Kahwin, Akhirnya Ini Keputusan Ira Kazar

“Saya Mahu Lepaskn Hubungn, Biarlh Dia Kembali Pada Isteri & Anaknya..”- Baru Saja 2 Hari Kahwin, Akhirnya Ini Keputusan Ira Kazar




KUALA LUMPUR: “Mahu melepaskan hubungan itu dan biarlah dia kembali kepada isteri, anak-anak dan keluarga,”

Itu antara pengakuan yang pernah dibuat oleh Ira Kazar kepada kenalannya, penerbit, Datuk Ayu Puteh mengenai status hubungannya dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof sebelum ini.

Menurut Ayu, sebagai kenalan, dia mengakui, tahu mengenai hubungan cinta antara Ira dan Syamsul ketika isu tersebut menjadi bahan gosip ramai selain pernah menasihatkan wanita berusia 25 tahun itu untuk tidak meneruskannya.

“Secara peribadi, memang saya mengenali Ira, sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia berkawan dengan anak-anak saya malah dulu sering datang ke rumah dan beraktiviti bersama-sama. Bila kontroversi membabitkanya dan Syamsul timbul, saya juga ada menasihatkan dia sebelum ini.

“Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.

“Ira ada minta agar Syam­sul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak dan isteri. Tetapi Syamsul pada waktu itu, tak komen apa-apa,”katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.

Selain itu, jelas Ayu, Ira baginya merupakan seorang yang baik namun dalam isu berkawan dengan suami orang ketika itu, dia tidak dapat mengulas lanjut.

Tambah penerbit Pencil Pictures And Pictures ini, Ira juga pernah memaklumkan padanya alasan terpaksa mengunci mulut tentang kontroversi yang melanda.

“Ira beritahu, dia tutup mulut bukan sebab takut atau mengalah. Tetapi logiknya kerana dia pun ‘duduk’ di tempat itu. Walau macam mana jujur pun dia tetap akan kena. Manalah ada orang suka wanita yang dilabel penyondol suami orang.

“Tapi kena ingat, bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi… Keluarga dia pun dah nasihatkan, tetapi macam saya katakan tadi, kalau sudah jodoh, elak macam mana pun, itu takdir dia,”katanya.

Bagaimanapun, kata Ayu, pendedahan yang dibuat mengenai Ira bukan bermaksud dia menyokong tindakan wanita tersebut apatah lagi banyak pihak yang hatinya harus dijaga terutama Datuk Yusof Haslam yang cukup dihormatinya.

“Saya tak boleh komen banyak sebab mungkin ada perkara yang kita semua tak tahu. Saya menghormati keluarga Datuk Yusof, malah begitu juga Puteri Sarah. Sebagai wanita, saya faham kekecewaan yang dirasakannya.

“Tetapi apa pun, keputusan di tangan lelaki, yang nak akadnya, lelaki. Saya percaya Syamsul tahu apa yang dia buat. Dia tentunya masih sayangkan isterinya. Ira juga tahu Syamsul sayangkan Sarah.

“Namun, perkara dah terjadi, kerosakan dah berlaku, aib pun sudah terbuka. Pun begitu, tentu ada hikmah di sebalik semua ini. Mesti ada sebab mengapa Syamsul pilih Ira dan masing-masing kena bertanggungjawab,”

Sumber : https://turboupnewss.blogspot.co ... oxwZAXlLcbzlfVVb7zA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 11:33 AM | Show all posts
pundek... ni cerita lama lah... dah ada kot thread
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:34 AM | Show all posts
Jurucakap Ira ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:35 AM | Show all posts
ni guna kawan kawan nak buat cite simpati ke cemana ni ..yelah sebab IK satu keluarga takboleh keluar statement kan..

dari cite ni nak sebut, IK and si Sol tu sesama suka la, bukan sebab IK sorang je yg dok sondol..

pelik budak zaman sekarang, dah tau muda ,bujang , yg ko pegi jugak proceed dgn laki org dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke kau dh xtahan dgn sol yg x layan sgt kau seperti mana layanan masa jd scandal.. sebab yg haram tu best thrill dr yg halal
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciss cita lama rupanya. Ingat betol2 ira nak minta cerai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa makcik dpt bayaran untuk berkata ??? Sibuk je dr haritu, makcik pun elok PS buat saman sebab berkata bagi pihak depa … susahkan sekarang xboleh keluar dr mana2 platform. Itulah buat lagi orang, orang buat dia tak boleh ?? Yg direbut PS tu suami dia yang sah tak kisahlah cerita silam PS sebelum berkahwin spt apa pun.. yg diminta SUAMI sendiri ayah kepada anak2 PS and SOL… yg si IK ni dah sah la merebut cinta sumai orang, mengambil Ayah kepada anak2 itu … kau dh kenapa makcik ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:45 AM | Show all posts
sudahla kau, apa aku dengar dari kawan PS yang sikit tu pun aku dah rasa teruk.

ko minta maaf dekat sumayyah sampai hak dia untuk menyusu dinafikan sebab mak dia makan hati sampai jadi mayat bergerak.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
B...A...B...I
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
KeTAHIan apakah ini??? Tiber ada plot twist nak lepaskan sol after 2 hari nikoh..... Celah mana???
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dibuat...
Nk nampak.suci murni...
Ko time ajk kapel tu lg patut ko tolak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:58 AM | Show all posts
syaitoonnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:58 AM | Show all posts
cerita lama sebelum kahwin di up.. jilakeee
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:58 AM | Show all posts
Ni statement sblm menikah kt siam ken?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Elehhh.. nk nmpk baik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:16 PM | Show all posts
nk sucikan diri sendiri kah ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ni memang hamak bukak topik sama je ke? @admin6 dengan mod x reti nak amek tindakan ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahi kucing la tulis cerita lama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
TT nih aku perasan, kalau org lain bukak thread lewat yg lebih kurang macam thread dia, dia akan meroyan. Padahal, dia selalu jer bukak thread lewat yg sama. Memang jilaker TT punyer pangai . Bodow .
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembangggg je lebih  IK ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076915 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list