CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4582|Reply: 79

[Lain-Lain] 95th Academy Awards (Road to OSCAR 2023) - Oscar Nom. pg.1 (OFFICIAL: Michelle Yeoh MENANG Best Actress Oscar) )

[Copy link]
Post time 24-1-2023 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 13-3-2023 11:45 AM

Mungkinkah Michelle Yeoh, artis Malaysia pertama bakal tercalon dalam Oscar ?                                                      
                                                        
Tercalon dalam Oscar bukan sesuatu yang mudah , hatta untuk menang sekalipun. Beberapa kali pelakon Asia cuba menembusi pasaran Hollywood , tapi nasib selalunya tak menyebelahi mereka untuk menerima penghargaan daripada anugerah paling berprestij seluruh dunia, Academy Awards atau dikenali sebagai Oscar.

Pelakon yang bergelar gadis Bond ini, Michelle Yeoh telah lama berkecimpung dalam bidang lakonan bertitik tolak daripada karier sebagai bekas ratu cantik Malaysia. Destinasi pertama dipilihnya ialah Hong Kong di mana filem-filem aksi selalu dimainkan. Michelle Yeoh berusaha akan melakonkan sendiri aksi-aksi ‘stunt’ berkenaan bagi memenuhi kehendak selera pasaran Hong Kong pada masa itu.


Michelle Yeoh disamping Pierce Brosnan di dalam filem James Bond: Tomorrow Never Dies

Gandingannya semula dengan Jackie Chan dalam filem Police Story 3 : Super Cop telah menaikkan semula nama Michelle Yeoh di kalangan penonton China dan Hong Kong setelah beberapa tahun berehat. Michelle Yeoh mula direkruit oleh produksi Hollywood untuk membintangi filem James Bond : Tommorow Never Dies sekaligus memperkenalkan namanya di pasaran Hollywood. Bibit-bibit nama ‘Gadis Bond’ amat hebat kedengaran di atas transformasi lakonan yang sangat mengujakan lagi-lagi aksi seni pertahankan diri diolahkannya sendiri.

Michelle Yeoh tak terhenti di situ saja. Beliau terus mara dengan membintangi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon arahan pengarah Ang Lee sebagai wirawati Yu Shun Lien. Lakonan penuh berkarisma dan berketrampilan Michelle Yeoh bukan saja menambat hati rakyat Malaysia, malah penonton Barat sekalipun. Tapi, nasib tak berapa menyebelahinya apabila terkandas dalam pencalonan akhir untuk kategori Best Actress Oscar pada masa itu walaupun namanya disebut-sebut sebagai calon yang tak kurang hebatnya. Apatah lagi, beliau mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama tercalon Best Actress anugerah BAFTA, sesuatu yang amat dikagumi oleh rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan penangan filem Crazy Rich Asians pada tahun 2018 yang disebut-sebut sangat melayakkan Michelle Yeoh untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pencalonan dalam kategori Best Supporting Actress Oscar.


Michelle Yeoh memandang sinis atas ‘provokasi’ cuba ditunjukkan kekasih anaknya, Constance Wu di dalam satu majlis perkahwinan. Adegan ini dipetik daripada filem Crazy Rich Asians.


Dikala Constance Wu cuba memenangi hatinya, Michelle Yeoh rupanya sedang merancang sesuatu untuk memisahkan anaknya,, Henry Golding dengan kekasihnya. Adegan yang dipetik daripada filem Crazy Rich Asians.

Segelintir para pengkritik dan pemerhati filem pada ketika itu tanpa segan-silu menamakan beliau dalam senarai akhir pilihan mereka untuk merebut top 5 kategori Best Supporting Actress Oscar melalui lakonannya sebagai bakal mak mertua yang tampak tegas tapi begitu tegar dalam usaha untuk memisahkan anaknya dengan kekasihnya, dan kemudiannya  merestui pilihan anaknya setelah tak sanggup hubungan dia dengan anaknya berakhir. Filem Crazy Rich Asians bertemakan cinta dan kekayangan ini menampilkan sisi lakonan Michelle Yeoh yang agak ‘classy’ dan menawan.  

Kata Justin Chang, ahli majlis pengkritik Los Angeles di dalam ulasannya,
“You can’t help but hang on Eleanor’s (Michelle Yeoh’s) every word. In a crisp, authoritative, sometimes startlingly vulnerable performance that never lapses into dragon-lady stereotype, Yeoh brilliantly articulates the unique relationship between Asian parents and their children, the intricate chain of love, guilt, devotion and sacrifice that binds them for eternity” – Justin Chang


Para pengkritik mula meletakkan nama Michelle Yeoh dalam senarai akhir calon-calon yang akan merebut top 5 Best Supporting Actress pada tahun ini. Antaranya termasuklah Indiewire, Goldderby dan Award Circuit.


Filem Crazy Rich Asians bukan saja dikritik sebagai antara filem terbaik keluaran Hollywood lewat tahun 2018 ketika itu dengan kesemua pelakonnya berketurunan Asia, malah ia juga mencatat ‘box office’ dengan kutipan sebanyak 236.5 juta , lebih 7 kali ganda daripada bajet kos produksi yang asal. Kebanggaan ini bukan saja dirasai rakyat Amerika berketurunan Asia, tapi juga rakyat Malaysia dengan kehadiran dua orang pelakon mereka, Michelle Yeoh dan juga Henry Golding di dalam filem berkenaan.

Apapun, nasib tidak menyebelahi Michelle Yeoh sekali lagi apabila namanya tercicir di dalam senarai akhir anugerah-anugerah pra-Oscar seperti Golden Globes, Critic Choice Awards dan Screen Guild Awards menyebabkan peluang beliau berakhir di situ saja tanpa pencalonan rasmi.

Kini, setelah 22 tahun berlalu, peluang Michelle Yeoh agak tinggi untuk terselit dalam pencalonan Oscar buat pertama kali menerusi filem Everywhere Everything All At Once selaku lakonan sebagai pemilik kedai dobi yang dihimpit hutang-piutang dan mampu mengubah takdir hidupnya dengan bertukar-tukar posisi dirinya daripada pelbagai alam terbilang (‘multiverse’). Seperti kata pengkritik Marya daripada RobertEdger, “Yeoh merupakan pendukung filem ini dengan watak yang mampu menyerlahkan kepelbagaian bakatnya daripada kemahiran ilmu pertahankan dirinya hinggalah kepada lakonan lucunya dalam menonjolkan sifat emosi manusia yang tidak terhabis hanya daripada kerdipan atau reaksi saja.”

Sebilangan besar para pengkritik difahamkan bersetuju bahawa lakonan Michelle Yeoh antara yang terbaik di dalam kariernya dan juga dalam kalangan terbaik pada tahun 2022 lalu. Hasilnya, beliau tercalon menerusi kategori Best Actress di dalam  anugerah-anugerah berprestij pra-Oscar seperti Golden Globes, Critic Choice, Screen Guild Awards dan BAFTA kesemuanya tanpa tertinggal satupun. Michelle Yeoh kemudiannya merangkul anugerah Golden Globes, menjadikan kemenangan pertamanya selaku anak Malaysia.



Michelle Yeoh membawakan watak Evelyn Quan Wang, pemilik kedai dobi yang dihimpit kesusahan akibat hutang dan mahu bercerai dengan suaminya.

Mampukah Michelle Yeoh mencatat sejarah sebagai rakyat kelahiran Malaysia yang pertama tercalon dalam mana-mana kategori penting Oscar? Dapatkah Michelle Yeoh memenangi hati pengundi Oscar secara keseluruhannya? Apapun, kita nantikan pencalonan top 5 Oscar , anugerah Akademi ke-91 akan diumumkan menjelang 24 Januari 2023 malam ini. Penulis menjangkakan bahawa Oscar akan menamakan anak seni Malaysia ini buat pertama kali.

TRIVIA: Pelakon Asia yang pertama kali pernah memenangi Oscar ialah Miyoshi Umeki menerusi kategori Best Supporting Actress, yakni pada 65 tahun yang lepas. Kemudiannya, ia disusuli oleh Yeoh Yun Jung pada tahun 2021 menerusi kategori Best Supporting Actress juga.  Jarang sekali, pelakon beketurunan Oriental (Cina, Korea dan Jepun) dapat menembusi pencalonan malah memenangi anugerah lakonan itu sekalipun. Cubaan dilakukan oleh Zhang Ziyi, Maggie Cheung ,Jackie Chan, dan Chow Yun Fatt tapi tiada seorang pun berjaya berbuat demikian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2023 08:25 PM | Show all posts

95th Academy Awards (Road to OSCAR 2023) - Oscar Nom. pg.1 (RASMI: Michelle Yeoh tercalon Best Actress Oscar)

Edited by dauswq at 24-1-2023 09:52 PM

Pengumuman Oscar jam 930 malam, 24 Jan 2022.



Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahh..cate,brendan ...best actress, best actor respectively.locked!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 08:54 PM | Show all posts
alesandra replied at 24-1-2023 08:49 PM
Nahh..cate,brendan ...best actress, best actor respectively.locked!

brendan baru nak merasa nomination oscar, sama level dgn michelle yeoh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 09:01 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 24-1-2023 09:08 PM

Cate blancett mungkin akan menang sekali lagi rasanya. Bakal 3 kali menang oscar (2x best actress, 1x supporting actress) sama level dgn acik meryl streep/ Ingrid Bergman . Di belakang Frances Mcdomand dan Katherine Hepburn masing-masing lebih dr 3x Oscar Best Actress.

Acik Viola Davis mgkn tercalon gak, klu tak acik viola ganti dgn Danielle Deadwyler .

Yang lain2 mcm Ana De Armas, Margot Robbie & Michelle Williams juga berpotensi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 09:04 PM | Show all posts
Arap2 emma thompson pun terselit gak. Best filem lakonan dia tu wlpn filem tu sgt erotik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2023 09:42 PM | Show all posts
Hong Chau, Stephnie Shu, Ke Huy Quan ( budak kecik dlm Indiana Jones) antara wakil asian tercalon.

Akhirnya acik james lee curtis tercalon gak. Ala2 viola lak tercalon bw wtk dgn beberapa minit jek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 09:42 PM | Show all posts
yeah, lady gaga lagi tercalon best original songs.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2023 09:50 PM | Show all posts
james cameron kena snub utk directing sekali lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 09:51 PM | Show all posts
Michelle Yeoh tercalon akhirnya . 2 Black Actress kena snub, andrea bosse apetah tadi suprisingly tercalon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 09:56 PM | Show all posts
padan muka acik viola kena snub . wakil black hanya angella bassete rasanya, akhirnya acik ni dpt gak pencalonan kedua slps hampir 30 tahun kah?

oh lupa sorg lagi Brian Tyree Henry

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 09:59 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 24-1-2023 10:07 PM

OSCAR 2023 NOMINATIONS


Nominees for Best Picture
All Quiet on the Western Front
Avatar: The Way of Water
The Banshees of Inisherin
Elvis
Everything Everywhere All at Once
The Fabelmans
Tár
Top Gun: Maverick
Triangle of Sadness
Women Talking

Nominees for Best Director
The Banshees of Inisherin
Everything Everywhere All At Once
The Fabelmans
Tár
Triangle of Sadness

Nominees for Best Actress
Cate Blanchett, Tár
Ana de Armas, Blonde
Andrea Riseborough
Michelle Williams, The Fabelmans
Michelle Yeoh, Everything Everywhere All At Once

Nominees for Best Actor

Austin Butler, Elvis
Colin Farrell, The Banshees of Inisherin
Brendan Fraser, The Whale
Paul Mescal, Aftersun
Bill Nighy, Living

Nominees for Actress in a Supporting Role

Angela Bassett, Black Panther: Wakanda Forever
Hong Chau, The Whale
Kerry Condon, The Banshees of Inisherin
Jamie Lee Curtis, Everything Everywhere All at Once
Stephanie Hsu, Everything Everywhere All at Once


Nominees for Actor in a Supporting Role
Brendan Gleeson (Banshees of Inisherin)
Brian Tyree Henry (Causeway)
Judd Hirsch (The Fabelmans)
Barry Keoghan (The Banshees of Inisherin)
Ke Huy Quan (Everything Everywhere All At Once)


Nominees for Adapted Screenplay

All Quiet on the Western Front
Glass Onion: A Knives Out Mystery
Living
Top Gun: Maverick
Women Talking

Nominees for Original Screenplay
The Banshees of Inisherin
Everything Everywhere All at Once
The Fabelmans
Tár
Triangle of Sadness

Nominees for Original Song
Applause from Tell It Like a Woman
Hold My Hand from Top Gun: Maverick
Lift Me Up from Black Panther: Wakanda Forever
Naatu Naatu from RRR
This is a Life from Everything Everywhere All at Once

Nominees for Original Score
All Quiet on the Western Front
Babylon
The Banshees of Inisherin
Everything Everywhere All at Once
The Fabelmans

Nominees for International Feature Film
All Quiet on the Western Front
Argentina, 1985
Close
EO
The Quiet Girl

Nominees for Animated Film
Guillermo del Toro’s Pinocchio
Marcel the Shell with Shoes On
Puss in Boots: THe Last Wish
The Sea Best
Turning Red

Nominees for Cinematogrphy
All Quiet on the Western Front
Bardo, False Chronicles of a Handful of Truths
Elvis
Empire of Light
Tár















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 10:15 PM | Show all posts
baru ingat muka andrea risebourgh ni. rupanya dlm birdman watak dia yg berskandal dgn edward norton di belakang tadbir teater.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 10:17 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 24-1-2023 10:19 PM

Andrea riseborough ni satu2nya calon oscar yg tak pernah tercalon dlm mana2 award pre-oscar mcm golden globe, SAG, Critic Choice, BAFTA dan anugerah2 pengkritik setiap negeri.  

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 01:00 AM | Show all posts
Edited by Rhyno at 25-1-2023 01:01 AM

Excited nak tengok Michelle Yeoh, Angela Bassett, Ke Huy Quan  & Brendan Fraser menang Oscar for the first time.

Cate Blanchett tu dah menang 2x so bagi can orang lain plak le. dah la filem TAR tu very the boring.

kesian James Cameron snubbed for Best Director.

Naatu Naatu for Best Original Song.

kesian Danielle Deadwyler snubbed. better dia dari Ana De Armas tu.

Best Picture should be Everything Everywhere All at Once.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
finally ada gak benang ni, hahaha

nak Brendan & Michelle Yeoh menang!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2023 02:05 AM | Show all posts
cyclops_psycho replied at 25-1-2023 01:38 AM
finally ada gak benang ni, hahaha

nak Brendan & Michelle Yeoh menang!!

bukan andrea risoborough?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2023 02:09 AM | Show all posts
Rhyno replied at 25-1-2023 01:00 AM
Excited nak tengok Michelle Yeoh, Angela Bassett, Ke Huy Quan  & Brendan Fraser menang Oscar for the ...

Angela Bassete merasa gak dpt nomination sekali lg slps 30 thn. Pertama kali tercalon Oscar dh ade ura2 bakal dapat, tapi disailang oleh acik emma thompson dulu gamaknya.


Nasib Angela Bassete ni tak sama mcm Whoopi Goldberg yg juga disailang menang Best Actress, tapi kemudiannya terbayar dgn memenangi Best Supporting Actress just bbrp tahun slps tu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2023 02:12 AM | Show all posts
dauswq replied at 24-1-2023 10:15 PM
baru ingat muka andrea risebourgh ni. rupanya dlm birdman watak dia yg berskandal dgn edward norton  ...

baru check balik rupanya berlesbo dgn ahkak naomi watts rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 24-1-2023 08:54 PM
brendan baru nak merasa nomination oscar, sama level dgn michelle yeoh

Brendan dapat standing ovation kt venice rasanya kan.selalunya sapa dapat standing ovation mmg sapu bersih kt us.kecuali golden globe dia awal2 declare boikot walau dapat nomination.tercalon pun agaknya sbb nak kaver x nampak sgt balas dendam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.499433 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list