View: 2549|Reply: 27
|
'TV Hiburan Malaysia Buat Lagi!' - Pengarah Muzik Seberang Tak Berkenan Cara Mas Idayu
[Copy link]
|
|
Pengarah muzik dan penerbit, Aubrey Suwito berpendapat ada cara lain untuk menegur artis yang menyertai program televisyen berbentuk pertandingan.
Jelas Aubrey, budaya memarahi artis secara langsung akan menjatuhkan air muka dan perlu dihentikan segera.
"Secara peribadi, saya rasa ‘on-air humiliation’ perlu dihentikan. Nak marah, pergi ke bilik persalinan dia selepas habis persembahan.
"Kepada semua artis yang pernah dikritik di kaca TV, tabahlah! Terus menjadi diri sendiri. Berusaha perbaiki diri tetapi kekal dengan kekuatan dan gaya muzik anda," ciapnya di Twitter.
Tambah Aubrey lagi, penyanyi tidak seharusnya ditekan untuk menjadi versatil namun sepatutnya diberikan ruang untuk membina identiti diri dan bakat sendiri.
"Genre muzik berbeza. Ia memerlukan kekuatan, gaya dan bakat yang berbeza. Adakah anda menjangkakan seorang pemain bola sepak juga akan menjadi pemain tenis dan hoki yang hebat?
"Tetapi di sini, setiap minggu stesen televisyen mengharapkan artis untuk menjadi versatil, dan mencabar mereka menyanyi setiap genre yang wujud dan mengharapkan persembahan terbaik. Kalau Blackpink di sini, kita mungkin akan menjangkakan mereka menyanyi lagu asli satu hari nanti," tulisnya.
Justeru, nasihat Aubrey lagi masyarakat harus menukar fokus kepada kekuatan dan keunikan artis dan bukannya mahu mengaibkan mereka.
Kecoh baru-baru ini apabila penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 25-1-2023 01:15 PM
Seriouslyyyyy I is cannot tengok Mas Idayu terpekik2 nak tunjuk garang tak bertempat macam Aku nak rejammmmmmmm aje selipar jambannnn ke mulut Bibir dia yg cebikkkkjk tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah dgr sissy nyanyi. Mmg hauk. Tone suara tak kene dgn keroncong. Tapi nek kebayan tu over nawww terpekik2. Ko suruh dia sendiri nyanyi keroncong kite dgr ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Memang xsedap pun dia nyanyi. Tu yg juri meroyan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila masa Aubrey org seberang? |
|
|
|
|
|
|
|
aubrey suwito orang melaka hawauuuu. editor cari level apa laaa ni |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni punya ignorant pun jadi reporter bod gosip cari ke? sbb nama aja terus anggap org seberang? aubrey suwito bukan level biasa-biasa. takkan tak kenal? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by che-cikL at 24-1-2023 07:20 PM
Budak2 penCarisampah ni bodoh2 belaka, belum kira admins dgn moderators lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah muzik seberang kepala lutut kau CARI-MAL. |
|
|
|
|
|
|
|
Editor cari yg dlm kelas tersendiri
Kelas budak paling belakang
|
|
|
|
|
|
|
|
entah2 bukan dalam kelas pun... rupanya dalam kandang perangai macam mintak perhilitan kutip jah... entah2 selama ni berox yang buka thread bukannya manusia
|
|
|
|
|
|
|
|
phalanx replied at 24-1-2023 07:07 PM
aubrey suwito orang melaka hawauuuu. editor cari level apa laaa ni
Hahaha saja jer buat headline camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Bila lah si Aubrey ni orang seberang.. Adoi |
|
|
|
|
|
|
|
tp lagi malu kna komen kt GV sbb semua penyanyi professional yg dh lama dlm bidang hiburan.. rasa bodo sgt kna kritik ngn bunda bundi tu.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ni iols setuju.. bertahun tahun kau nyanyi camtu. Tiba tiba di hujung karier, orang suruh kau tukar cara nyanyian. Memang tak make sense. Lepas GV mesti nyanyi balik yang depa selalu nyanyi
|
|
|
|
|
|
|
|
aubrey sowito lahir kat Melaka dik non, apak dia yg chinese indonesian.. so Aubrey anak Msia yaa.. dah kenapa kata org seberang ni? akk konpius dik non. |
|
|
|
|
|
|
|
dahla rengsek tengoh hos, tambah rengsek tengok mummy monster tu
lagi baik tengok all together now |
|
|
|
|
|
|
|
ramai ckp sheols nyanyi x best tp bg meols, prinsip dia senang. "matlamat tak halalkan cara". tho dia nyanyi teruk sekalipun, tak perlu sampai aibkan dia on national tv. mujur meols mmg x suka tgk rancangan tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|