CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Pulau Pinang] 21 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF

[Copy link]
Post time 24-1-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode
21 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI24 Januari 2023 11:12am






Penyakit ASF telah merebak lebih meluas di Pulau Pinang dengan penambahan tiga lagi ladang babi menjadikan 21 ladang di tiga daerah disahkan positif. - Foto Bernama (Gambar kecil: Kon Yeow)




GEORGETOWN - Tiga lagi ladang babi di Pulau Pinang disahkan dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) menjadikan jumlah keseluruhan ladang yang terlibat adalah 21 buah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua ladang tersebut terletak di tiga daerah iaitu Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Bagaimanapun menurut Kon Yeow, jumlah babi yang dimusnahkan masih berjumlah 4,204 ekor seperti yang dilaporkan pada 19 Januari lalu.

"Setakat Isnin, saya belum dapat sebarang maklumat terkini mengenai jumlah ladang yang positif ASF. Sehingga Ahad, sebanyak 21 ladang disahkan dijangkiti virus tersebut.

"Jumlah babi yang dilupuskan masih sama iaitu empat ribu lebih. Virus ini senang merebak seperti yang diumumkan sebelum ini, sebab itu, semakin banyak ladang yang dijangkiti," katanya pada Isnin.

Kon Yeow menambah, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang giat membuat persiapan untuk meneruskan proses pelupusan babi yang disahkan positif ASF.

"Pemilik ladang perlu memaklumkan kepada JPV bilangan babi yang mereka ada, dan JPV akan memeriksa jumlah babi bagi memastikan ia dijangkiti atau tidak.

"Mengenai pampasan, ia akan diuruskan oleh JPV, oleh itu, pemilik ladang perlu tampil bersama JPV untuk mengira jumlah babi dalam ladang. Selepas JPV mengesahkan jumlah babi yang dijangkiti, proses pelupusan akan dijalankan.




"Selepas itu, baru pemilik ladang boleh kemukakan tuntutan mereka, mengikut jumlah babi yang dilupuskan. Disebabkan itu, pemilik ladang perlu memaklumkan kepada JPV bagi membolehkan mereka melakukan tuntutan," katanya.

Khamis lalu, dilaporkan penyakit ASF telah merebak lebih meluas di Pulau Pinang dengan penambahan tujuh lagi ladang ternakan babi menjadikan 18 ladang di tiga daerah di negeri ini disahkan positif.

Lapan belas ladang babi komersial tersebut membabitkan 48,194 ekor babi iaitu 14 ladang di SPS dan masing-masing dua di SPT dan SPU.

Susulan daripada itu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk penyediaan tanah yang sesuai bagi kerja penanaman bangkai haiwan itu.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053880 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list