CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4164|Reply: 59

Betul ke ayah kahwin lain? – Anak Syamsul Yusof tanya Sarah

  [Copy link]
Post time 24-1-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Pelakon Puteri Sarah Liyana hilang kata-kata apabila anak sulungnya, Syaikhul Islam bertanya tentang kebenaran perkahwinan kedua bapanya, Syamsul Yusof.

Tanpa mendedahkan bagaimana anaknya mengetahui hal tersebut, Puteri Sarah, 38, berkata dia tidak sepatutnya menanggung beban untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Syamsul.

"Pulang daripada sesi fotografi, Syaikhul bertanya ‘betulkah ayah sudah berkahwin lain dan sebab itu lama tidak pulang ke rumah? Kenapa ayah ada orang lain?"

Bagaimana hendak menjawab dengan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun? Saya hilang kata-kata?” katanya dalam satu perkongsian InstaStory semalam.

Dalam coretan sama, Puteri Sarah menyelar alasan yang pernah disebut suaminya ketika membuat pengakuan sudah berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

“Kepada lelaki-lelaki penting diri di luar sana, isteri hendak jawab apa kepada kanak-kanak ini?

“Hendak jawab ‘ayah kahwin sebab nak elak maksiat dan ikut suruhan Allah SWT?’ sama seperti yang awak katakan dalam video?

“Adakah momen menjawab dengan anak selama satu hari berlaku pada awak? Tidak!” ujarnya.

Dia turut berpendapat tindakan Syamsul yang mendirikan rumah tangga secara rahsia di Thailand adalah mementingkan diri tanpa mempedulikan individu lain termasuk anak-anak.

Awak cuma fikir nafsu dan ikut kepala otak awak sahaja.

“Ada terfikir nak jawab apa pada anak mengenai kahwin di Thailand?

“Kaum lelaki di luar sana, sebelum hendak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar semula agama Islam dan dikir apakah akibatnya,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan Syamsul semakin memuncak apabila pengarah filem Mat Kilau itu mengakui secara terbuka sudah menikahi Ira di Thailand berwalikan bapa isteri keduanya iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.

Tidak sanggup membiarkan hati terus terluka dan ditipu, Puteri Sarah seterusnya nekad memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 16 Januari lalu.

Meskipun dihambat dengan jutaan kecaman, Ira sehingga hari ini mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan membela dirinya.

Dia sebelum ini juga dikenakan tindakan mahkamah iaitu perintah injuksi interim yang diperintah berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul, 6, dan Sumayyah kini berusia lima tahun.- KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgtahu je. Bdk skrg pndai je kan. Tapi bgtahu tanpa burukkan bapak diorang lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:22 PM | Show all posts
Mesti p sekolah kwn2 ada yg tanya .. budak2 lani cerdik tambah si syaikhul memg pandai alert semua benda
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg boleh bagitau.tapi suami2 pujaan ostad2 dan ostajah2 yg kata mampu nikah lagi tapi tak mampu menguruskan hal2 pentadbiran ni kira lepas tangan lah..again and again ..for the sake of their no telo.
Tapi isteri kena simpan aib rapat2. Mmg3habuan isteri kena tanggung semua ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian syaikul. harap x benci kat bapak lah.

Bapak Masih bagi duit nafkah belanja tiap2 bulan. Katanya itu pun dah jalankan tanggungjawab da.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar syaikul..mesti dia rasa babah dia tak sayang mama dia dah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 24-1-2023 03:53 PM
Bgtahu je. Bdk skrg pndai je kan. Tapi bgtahu tanpa burukkan bapak diorang lah.

Beritahu jek yg sebenar..mmg bapak buruk perangai..apsal pulak x leh nk burukkan bapaknya, sbb mmg bapaknya buruk perangai daaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 24-1-2023 04:03 PM
Beritahu jek yg sebenar..mmg bapak buruk perangai..apsal pulak x leh nk burukkan bapaknya, sbb mmg ...

Kalau dia tny betul ke pok kawen lain, sarah jwblah ya betul pok hg dah kawen makcik lain. Kalau soalan nya knapa pok kawen lain, jawapan nya, pok tak syg dah mak hang, dah cukup ok la gtu kan. Selebihnya biar syaikhul rumuskan sendiri. Smpailah syaikhul besar dan bole paham dunia ini bukan lah indah semata.

Kalau anak i pulak, bila test tanya mana atok dia (bpk i se geng dgn sol & tok jenal), dia bilang atok dlm syurga. I tanya napa dlm syurga pulak? Dia kata sbb atok dah mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 08:28 PM | Show all posts
mak tiri pon hau la
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah entah kawan syaikul kat sekolah Tanya dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ciksom replied at 24-1-2023 08:59 PM
Entah entah kawan syaikul kat sekolah Tanya dia.

Teacher die kot... Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga syaikhul tanya sol terus
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kl syaikhul Tanya makcik ira rempit, mau kena seligi dgn cili mulut syaikhul...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo aku , aku jwb jee hanya abah cow jer boleh jawabbb...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Xdpt nk byg apa jwpn yg kita akn bg..klu kita yg jd ps. Sedih nya ,.berat dugaan allh pd dia. Actually nmpk la sol tu sbnrnya pun rindu anak2 dia. Cuma plan dia tersasar, dia ingt dia leh jinakkan 2bini, jd 1big happy family.. silap org la cari pasal dgn ps. Lembut tp tegas.. sbaq sikit lg cahaya pasti muncul di hujung tunnel agituu iols berpesan... tp betapa dhsyat kesan buruk mslh depa ni smpai khutbah solat jumaat kwsn iols pun tajuk nafkah pada isteri.. so sad.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarah ni bercerita macam anak anak tu tak jumpa apaknya dari 4 tahun sudah. Padahal selalu je kan sol jumpa anak anak. Part ni memang rasa pelik la dengan Sarah ni. Dulu betul kesian dia now rasa mcm malas baca cerita dia.

Suruh je la anak tanya apaknya sendiri nanti bila jumpa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
menjad replied at 24-1-2023 02:58 PM
Sian syaikul. harap x benci kat bapak lah.

Bapak Masih bagi duit nafkah belanja tiap2 bulan. Katan ...

Kalau ikut pengalaman aku lah syaikul x benci bapak dia tapi dia hilang kan kasih syg kat bapak dia..ank laki ni dia lebih kpd mak dia akan fikir camni lpas dia tau .. ohhh no wonder lah mak selalu sedih ..selalu nangis selalu marah dia dgn adik dia kdg2 temper sbb bapak dia kwen lain..dia akan 100% salahkan IK sbb buat mak dgn bapak dia gaduh . Haahhaa sbb adik2 aku perangai cmni lah masa tau bapak aku kwen lagi ..depa tau pun sbb dgr makcik jiran aku membawang pasal bapak aku kwen lagi.berlari balik umah nangis2 tanya arwah mak aku. Lpas masa bapak aku balik rumah . adik2 aku ni sorok kasut bapak aku bagai sbb xnk kasi bapak aku balik umah mak tiri aku . X ckup tu dorang siap sorok kunci lereta bapak aku segala hahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
KucingBiru replied at 24-1-2023 10:35 PM
Sarah ni bercerita macam anak anak tu tak jumpa apaknya dari 4 tahun sudah. Padahal selalu je kan so ...

Maksudnya setakat jumpa 3 4 bulan sekali bgi bdk2 seusia dorang kecewa n sedih lah weh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bungalisa replied at 24-1-2023 09:21 PM
Teacher die kot... Hahahah

Ye kot. Teacher dia pun baca gossip.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nk over sgt PS oiii..didik je ank tu elok2...kan 2 x 5 dgn bapaknya...ko nk kata apa?
Jgn lah smua bnda nk brtau n expose kat medsoc..bkn apa ..aku takut mkn diri.

Aku teringat kes aktress Norkumalasari...dgn 1st husband bercerai sbb ada org ke3...tp dulu x dak medsoc2...dlm majalah URTV je beritanya..dia brtau frust dgn wanita yg kacau rmhtgga org....ujung2 dia pulak kawen laki org dan bercerai dgn isterinya kerana gilakan Noor sehingga ada camputangan Almarhum Sultan Selangor...

Jgn over2 sgt..kot berbalik kat kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.132311 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list