CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 13

[Tempatan] SPRM buka kertas siasatan 'sedekah' PRU15

[Copy link]
Post time 24-1-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
SPRM buka kertas siasatan 'sedekah' PRU15

https://www.bharian.com.my/berit ... satan-sedekah-pru15

Januari 24, 2023 @ 11:00am


Tan Sri Azam Baki. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat berkaitan pembelian undi.

Beliau berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

"Tidak mengapa jika mereka menggunakan istilah seperti sedekah. Ia tetap rasuah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kami sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya dan kami akan menyiasat setiap kes yang dirujuk kepada kami," katanya kepada New Straits Times.

Berdasarkan akta itu, rasuah disifatkan berlaku apabila calon atau mana-mana individu membeli undi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan atau pinjaman ketika atau selepas pilihan raya.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda antara RM1,000 dan RM5,000, serta penjara sehingga setahun.

Calon juga boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan juga kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun jika mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

PAS mendapat kecaman selepas satu klip video menunjukkan segelintir individu menghulurkan wang tunai kepada pengundi, menjadi viral.

Bagaimanapun, Sabtu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 itu adalah sedekah.

Beliau dilaporkan berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

"Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia," katanya.

Abdul Hadi mendakwa wujud usaha sesetengah pihak khususnya UMNO Terengganu mencabar kemenangan parti itu di Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
habisla hj hadi and the gang, nasib malang bile jd pembangkang, dulu suruh join kjaan unity xnak, tgkla umno yg pnuh rasuah dah suci murni bile same2 jd kjaan dgn anwar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan patutnya haramkan menamakan parti dgn nama agama..tgk la ni..bila lobai merasuah..habis semua ingat agama islam menghalalkan rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalil baru lebai songsang
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai Pas bodo. Definisi rasuah tu dah jelas nyata dlm.akta Sprm. Bukan ikut takrif lobai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 24-1-2023 02:04 PM
habisla hj hadi and the gang, nasib malang bile jd pembangkang, dulu suruh join kjaan unity xnak, tg ...

Klau Pas join PH aritu, lobai hadi dh jd TPM, xde sapa nk korek citer rasuah undi & bicara kes wak jahit pun dipercepatksn gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:37 PM | Show all posts
hahaha... Dap dan UMNO tak pi siasat??? ke dengarnya lagi banyak demo beri sedekah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_acura replied at 28-1-2023 04:37 PM
hahaha... Dap dan UMNO tak pi siasat??? ke dengarnya lagi banyak demo beri sedekah

Tunggu diorg jd pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
PAS - Parti Ajaran Sesat
Bukan kita yg cakap ye
Acik bawah ni yg cakap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Habislah penerima duit minyak.


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
niat tu dh baguih. tp kenapa x siasat elephant in the room yg duk bertenggek tepi pm nun. rasanya hat parti nun kena la siasat skali.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 28-1-2023 11:10 AM
Kerajaan patutnya haramkan menamakan parti dgn nama agama..tgk la ni..bila lobai merasuah..habis sem ...

Yep.. betul tuu.. patut buat parti bulan ke.. parti angkssa los kee..ni iske sana sini sinun..ujung ujung prangain tak serupa ajaran isle.. contohilaa dapka mic ka mca kaa.. lgsg tak sebut buddha kaa.. demi mariammah kaa.. depa cuma ckp utk bangsa depa saje.. ini demi bangsa aganaku.. tp sedihhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 07:09 AM | Show all posts
bila guna agama, pertubuhan apa pun, senang senang jer nak konar untuk songlap duit.

duit derma tin milo mana ada audit, yang kutip tu masuk poket sendiri entah berapa banyak
sama la macam derma untuk palestin lah, syria la..

nak buat umrah/haji pun kena scam.

pusat tahfiz pun.... dah tak ada modal yang cukup, pastu buat , mintak derma untuk completekan...  bila dapat fulus, boleh tulus ker...

ustaz ustaz cari makan buat tazkirah dan kelas agama pun berebut job dan pot yang baik. kalau dapat sampul nipis, tak mau nya dia...

macam mana kita nak husnozon....

so guna agama untuk parti, senang kutip duit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.078962 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list