CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 3

[Tempatan] Trafik lebuh raya utama dijangka sesak mulai tengah hari

[Copy link]
Post time 24-1-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Trafik lebuh raya utama dijangka sesak mulai tengah hari


GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka meningkat dan sesak mulai tengah hari ini ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas cuti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berakhir hari ini.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) kesesakan dijangka dari Gopeng ke Tapah, Sungkai ke Slim River serta Pedas Linggi ke Port Dickson.

Trafik juga dijangka sesak dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi mengelakkan kesesakan ketika membuat pembayaran di plaza tol," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, LLM memaklumkan berlaku kesesakan sepanjang empat kilometer di KM263.4 Lebuhraya Plus arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara, susulan sebuah kereta rosak yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, baru-baru ini, dilaporkan berkata, sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti Tahun Baharu Cina kali ini.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-mulai-tengah-hari

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 11:03 AM | Show all posts
semalam lagi dah sesak nak mamp sebelum terowong.  dengan pokok tumbang, kemalangan beberapa tempat sepanjang plus ke lpt.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 11:30 AM | Show all posts
Semalam lagi dah sesak menggila, merangkak atas highway.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahla semua..iols dh rasa tahun lepas ..tahun ni lek2 je kat rumah. Anak iols balik asrama pun ku naikkan bas shj.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063723 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list