CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2659|Reply: 49

[Tempatan] Obesiti dalam kalangan anggota polis jadi perbahasan warga net

  [Copy link]
Post time 24-1-2023 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pengguna Twitter mempersenda fizikal seorang anggota polis berperut boroi yang kelihatan sukar untuk keluar dari sebuah kereta peronda dalam satu klip video tular.

PETALING JAYA: Keadaan fizikal seorang anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan menjadi perbahasan umum, susulan satu klip video tular di Twitter yang menunjukkan kepayahan anggota berkenaan untuk keluar dari kenderaan kerana berperut boroi.

Beberapa pengguna Twitter turut menjadikannya bahan jenaka manakala beberapa yang lain mempersoalkan sama ada anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan mampu untuk menangkap penjenayah.Kiosked
Beberapa pengguna Twitter memperkatakan mengenai kesukaran anggota polis terbabit untuk keluar dari kereta, malah ada yang berkata dengan keadaan sedemikian, penjenayah mungkin akan dapat melarikan diri sebelum sempat anggota berkenaan keluar daripada kenderaan.

Seorang pengguna Twitter “floralia” berkata anggota polis perlu kekal cergas sehingga mereka bersara, dan harus menjadi contoh kepada belia.

Seorang lagi pengguna “Pooh Bear” berkata terdapat keperluan untuk anggota polis mengawal berat badan mereka, sambil menambah bahawa syarikatnya akan memeriksa indeks jisim badan (BMI) pekerja mereka setiap tiga bulan.

“Patut kawall berat badan. Berat badan berlebihan akan menjejaskan KPI,” ciapnya, merujuk kepada indeks prestasi utama.Pengguna Twitter Afiq Azni pula mempersoal Kementerian Dalam Negeri dan menterinya Saifuddin Nasution Ismail adakah sesuatu sedang dilakukan bagi memulihkan standard minimum bagi keadaan fizikal perkhidmatan beruniform.

Bagaimanapun seorang lagi pengguna Twitter, Keshvin Sidhu, menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memberi garis panduan kepada pasukan polis tentang cara mengekalkan cergas seperti dirinya.Beliau berkata Anwar kelihatan muda dan cergas, berbanding usia sebenar beliau.

Seorang lagi pengguna “Endless” berkata tindakan perlu diambil terhadap anggota polis yang gemuk manakala seorang lagi mencadangkan anggota polis perlu menjalani ujian fizikal setiap tahun.Patutnya polis ni kena ada ujian fizikal tiap tahun, tak pun sekali dalam 2 tahun kena pastikan tiada polis yang obes macam ni. Ini kalau dah macam tu, macam mana nak tangkap penjenayah. Penjenayah tengok pun boleh gelak dulu aku rasa baru lari,” kata pengguna “MaT”.

Pada 2016, Ketua Polis Negara, kemudian Khalid Abu Bakar, berkata anggota polis yang tidak memenuhi syarat BMI tidak akan disahkan jawatan, atau dinaikkan pangkat.

Beliau juga mengumumkan bahawa polis akan mengembangkan program Trim & Fit bagi memastikan pasukan berada dalam keadaan fizikal yang optimum.

FMT telah menghubungi Bukit Aman bagi mendapatkan maklum balas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kata tak gagah?

Tengok bila makan....

Iteww bukan gagah...iteww gelojoh bodoh....

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kejar pencopek pun semput.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakitangan tk cukup tu..biasa yg bsr keje ofis je sblum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku cemburu tengok badan polis kat siam dgn indonesia. Macam badan askar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I teringat dulu gomen pernah bagi peruntukan juta jutaan untuk bina gymnasium untuk polis. Dalam 5 6 tahun lepas. Apa dah jadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak ambil anggota baru bukan main strict tak tentu pasal.yang kacau bini orang pun dia ambil.tgk polis yang inteviu tinggi pun tak cukup.tak payah la masuk polis
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nikola.tesla replied at 24-1-2023 09:35 AM
Nak ambil anggota baru bukan main strict tak tentu pasal.yang kacau bini orang pun dia ambil.tgk pol ...

Polis ni kalau msok level spm tp nk naik pngkat cepat gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah iols sampai umo 50an still boleh pakai baju tshirt masuk dalam okeh...geng2 dia pung fit semua..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 24-1-2023 08:46 AM
I teringat dulu gomen pernah bagi peruntukan juta jutaan untuk bina gymnasium untuk polis. Dalam 5 6 ...

Yang terjadi adalah polis semakin gundu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 11:19 AM | Show all posts
kat taman akak polis hensem2. ada lagi ke polis boroi2 rasanya sekrg ni mmg majoriti fit je kut.

kat siam indon tu mmgla fit2, tp akak lg rela deal dgn polis malaysia. koser nok polis2 siam mmg kuangajo.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis je ke....Cuba buat poll di kalangan forumer juga...brp bnyk bilangan yg kurus dan gemok


Hamponnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 12:45 PM | Show all posts
tea tarik memanjang hahhahhaha
aduhaiii
tapi abg polis yg jumpa ok jer bab kerja walau chubby sikit
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah..apa la dorang makan...tu???????
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 24-1-2023 08:46 AM
I teringat dulu gomen pernah bagi peruntukan juta jutaan untuk bina gymnasium untuk polis. Dalam 5 6 ...

Sebab gomen bodoh tak bagi solution applicable. Jadikan berat  meet bmi sihat atau certain kriteria, diaorg dapat elaun lebih, kasi byk sikit. baru benda jalan, nak duit lebih kena usaha lebih
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:55 PM | Show all posts
Aku percaya polis pun sedar masalah ni and hopefully they're working on it, hard. Jadikan KPI boss.

Harap PMX campur tangan. Tiber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-1-2023 02:55 PM
Aku percaya polis pun sedar masalah ni and hopefully they're working on it, hard. Jadikan KPI boss.
...

Penat jadi PMX... semua benda dia nak kena masuk menjoyah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 03:19 PM | Show all posts
green~tea replied at 24-1-2023 03:02 PM
Penat jadi PMX... semua benda dia nak kena masuk menjoyah

Ha ha ha... baru senang nak cari kegagalan PMX

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg sulong aku polis. Obes jugak. Tahun lepas dia dapat ketua balai baru perempuan yg tegas. Setiap hari mmg kena senam dan setiap minggu kena check bmi. Sbb dia malas senam, terus dia ambil pencen awal. Dah selamat membiawak di rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 24-1-2023 03:38 PM
Abg sulong aku polis. Obes jugak. Tahun lepas dia dapat ketua balai baru perempuan yg tegas. Setiap  ...

Mohtip pencen awal sbb malas senam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.074582 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list