CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM pulang ke Cheruk Tok Kun

[Copy link]
Post time 23-1-2023 09:38 PM | Show all posts |Read mode
PM pulang ke Cheruk Tok Kun

23 Januari 2023 08:26pm






Anwar bersalam dengan para pengunjung yang hadir pada Program Minum Petang Bersama Rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Cheruk Tok Kun di sini buat pertama kali selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kepulangan beliau yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah penduduk setempat di pekarangan Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah.

Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Dua masjid berkenaan Mohd Anor Abd Aziz.

Perdana Menteri dijadual menghadiri Kenduri Rakyat yang diadakan di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun malam ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lepas. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048499 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list