CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Pulau Pinang] Permatang Pauh tetap kubu gerakan reformasi

[Copy link]
Post time 23-1-2023 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Permatang Pauh tetap kubu gerakan reformasi

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN23 Januari 2023 07:31pm






Anwar bersalaman dengan orang ramai pada majlis minum petang bersama rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda, pada Isnin.




BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kawasan Permatang Pauh akan tetap menjadi kubu gerakan reformasi negara walaupun kerusi Parlimen itu kini bukan lagi dikuasai oleh parti kerajaan.

Menurutnya, apa yang berlaku di Permatang Pauh antara liku-liku perjuangan yang perlu ditempuh namun beliau tetap mengakui jasa besar rakyat di kawasan itu yang menjadi asas kekuatan kepadanya.
"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula kawasan Permatang Pauh. Alhamdulillah... walaupun terpaksa berdepan pelbagai karenah dan ujian akhirnya kita dapat jawatan untuk menjaga negara.

"Walaupun saya berpindah ke Port Dickson dan Tambun namun saya tidak akan lupakan Permatang Pauh kerana di sinilah asas kekuatan kita," katanya ketika berucap pada majlis minum petang bersama rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda, di sini pada Isnin.

Hadir sama, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan beberapa pimpinan kerajaan negeri lain.

Kerusi Permatang Pauh sebelum ini pernah menjadi kubu kuat PKR apabila ia dikuasai oleh parti itu sejak 1998.

Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Anwar atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Perikatan Nasional yang diwakili Mohamad Fawwaz Mat Jan berjaya merampas kerusi berkenaan apabila menewaskan penyandangnya serta dua calon lain.




Sementara itu, Anwar berkata, beliau gembira dapat kembali ke Permatang Pauh kerana banyak pengalaman jatuh bangun dalam politiknya di sini.

Beliau memberi keyakinan kerusi Permatang Pauh akan dapat dirampas semula pada PRU akan datang.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054785 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list