CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiket jual mercun, dadah di Batu Maung tumpas

[Copy link]
Post time 23-1-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Shuhaily (dua dari kiri) menunjukkan mercun yang dirampas dalam serbuan di Batu Maung, Pulau Pinang, baru-baru ini.


GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dan penjualan mercun serta dadah bernilai kira-kira RM408,943 dalam dua serbuan di Batu Maung di sini, Khamis lalu.

Dalam serbuan bermula pukul 11 malam itu, polis turut menahan tiga lelaki iaitu masing-masing dua warga tempatan dan seorang warga asing berusia antara 26 hingga 45 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti haram tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan dalam serbuan pertama bersama satu paket dadah jenis ketamin seberat 6.40 gram bernilai RM960 dan 18 biji Eramin 5 bernilai RM2,700 yang dijumpai di dalam sebuah kenderaan di tepi jalan di Batu Maung.

“Di sini, polis juga menemui 81 kotak serta 527 pek pelbagai jenis mercun dipercayai untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina.

“Susulan tangkapan suspek-suspek ini, polis kemudian membuat serbuan kedua di sebuah premis di kawasan Batu Maung dan merampas 44 guni dan 333 kotak pelbagai jenis mercun,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan dadah dan mercun adalah berjumlah RM408,943.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. Siasatan lanjut, ketiga-tiga suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan dadah,

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 20 Januari hingga 24 Januari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 bagi kesalahan mercun.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Shuhaily berkata, berdasarkan rekod menerusi Ops Selamat setakat 19 Januari lalu, sebanyak 1.5 juta kenderaan telah memasuki Pulau Pinang.

“Daripada 19 Januari hingga 22 Januari (semalam), jumlah kemalangan yang dicatatkan adalah 717 kes, peningkatan 16 peratus kes berbanding tahun lalu.

“Kes kemalangan maut juga dilaporkan menurun iaitu lima kematian pada tahun ini berbanding sembilan kes tahun lalu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -batu-maung-tumpas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.163137 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list