View: 3582|Reply: 29
|
Terhibur Tengok Anak Betty Rahmad Minta Maaf Kepada Habib Ali Sebab Gigit Jari Masa Tahnik
[Copy link]
|
|
Gelagat anak kepada pelakon Betty Rahmad iaitu Ardy Wira yang memohon maaf kepada pendakwah Habib Ali mencuit hati netizen.
Betty atau Nursha Rahmad, 41, berkata, Wira meminta maaf kepada Habib kerana kanak-kanak itu pernah secara tidak sengaja mengigit jari pendakwah berkenaan ketika melakukan proses tahnik.
Kesempatan bertemu Habib di sebuah majlis agama Khamis lalu memberi peluang kepada anaknya meminta maaf.
IG Betty
"Sebelum ini kami pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari Habib.
"Kebetulan masa kita pergi Tawfiq Khamis lepas, Habib ada dan Wira cakap nak jumpa Habib minta maaf," katanya.
Betty berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Betty memberitahu Wira bersungguh-sungguh mahu bertemu Habib sehingga sanggup menunggu untuk berjumpa dengan pendakwah itu.
"Sampai habis majlis dia tetap tunggu tak nak balik selagi tak jumpa Habib. Dia ingat senang kot nak jumpa.
"Kami pun layankan dan Daddy bawa dia tunggu. Alhamdulillah rezeki Wira Allah izinkan dia jumpa Habib. Bila jumpa terus 'jem' nak cakap Melayu," ujarnya.
Sementara itu, menerusi video berkenaan, Wira dilihat begitu teruja berjumpa dengan Habib sehinggakan dia kelu untuk berkata-kata.
Anak kecil itu menyapa dengan memberi salam dan seterusnya meminta maaf serta menerangkan bahawa dia pernah menggigit jari pendakwah itu ketika masih bayi.
"Excuse me ustaz, maaf ustaz. Sekarang saya lupa apa yang perlu saya cakap. Kalau saya cakap bahasa Inggeris ustaz boleh faham tak?
"Maaf ustaz, masa saya bayi saya tak sengaja menggigit jari ustaz," katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap yang dimiliki anak berusia empat tahun itu dan mendoakan agar Wira terus menjadi anak yang soleh.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
cute la bdk ni
acik sukeee |
|
|
|
|
|
|
|
cantek anak nye…moga jdi org yg baik baik… |
|
|
|
|
|
|
|
I suka habib ali ni soft spoken je |
|
|
|
|
|
|
|
Parent didik anak dgn baik maka anak pun baik la kejadiannya. Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
So cute the incident. And now the moment |
|
|
|
|
|
|
|
Cerdiknya wira ni...pandai mak ayah die didik |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk wira. Mmg cerdik sgt budaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Ardy Wira n8 so cute, cakap pun terang no pelat pelat cam anak mamu tu. Lepas tu Wira sangat polite…cara dia bercakap buat orang suka nak dengar….. |
|
|
|
|
|
|
|
Cutenya kamu Wira...
Semoga membesar menjadi anak yg soleh ya |
|
|
|
|
|
|
|
Wira ni bijak sgt. Semoga membesar jd anak soleh ya |
|
|
|
|
|
|
|
Bijaknyaaaa.. dia tnya dulu... understand english or not.. pandai budaknya.... ikut baka pak ke mak?
Pak dia sape?
Or apa amalan mak dia masa mengandung kan dia... bijak sungguh.. mengaji pun pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Replay byk2 kali.. dia tnya pak dia...
"I say excuse me first right?"
"I forgot already what i want to say"
SUPERRRRRRR CUTEEEEEEEEEEE |
|
|
|
|
|
|
|
Dari umur setahun lebih lg da perati wira ni cerdik btul. Slalu tgk betty buat live time wira mkn, teratur je mkn dia. Tak memilih plak tu. Dr kecik nmpk dia petah brcakap. Happy baby je. Ni mkin sopan, soft spoken tp ada cheeky dia. Mmg mnjadi la cara didikan mak pak dia. Versi lelaki suka tgk wira ni, versi pompuan plak fatima aisya. |
|
|
|
|
|
|
|
Betty ni ada belakon dlm drama Ratu Jamu dulu2
Jadi adik Tam anak Jalil Hamid & Azean |
|
|
|
|
|
|
|
Haha shomellll
Moga jdi anak yg baik ya dekkiuttt |
|
|
|
|
|
|
|
Kan, aku pun suka. Tutur kata, penggunaan ayat, sopan, tertib je. Pendek kata sedap telinga mendengar
Berbeza dengan uai.... jijik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|