CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 12

[Tempatan] Fikir cara turunkan harga, bukan hukum peniaga - Ismail Sabri

[Copy link]
Post time 22-1-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Fikir cara turunkan harga, bukan hukum peniaga - Ismail Sabri


Ismail Sabri ketika ditemui petugas media selepas sambutan Rumah Terbuka MCA pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mencari jalan untuk mengurangkan harga bahan mentah bagi memastikan rakyat mampu membeli makanan dengan harga murah, bukannya melepaskan tangan mahupun menghukum peniaga restoran, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas Perdana Menteri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Sabtu, bahawa pengguna perlu lebih proaktif dalam tindak balas mereka terhadap perubahan harga barangan dengan mengelak restoran dan kedai makanan lain yang menawarkan makanan dan minuman pada harga yang tidak munasabah.

Ujar Naib Presiden UMNO itu, kenyataan seperti itu tidak membantu rakyat sebaliknya makin menyusahkan peniaga-peniaga di restoran dan gerai makan.

"Kalau harga bahan mentah meningkat, sayur mahal, ikan mahal, pastinya peniaga-peniaga menaikkan harga.

"Sepatutnya kalau harga bahan mentah mahal, pihak kerajaan mesti pastikan harga bahan mentah dapat diturunkan untuk membantu peniaga menjual dengan murah dan rakyat akan dapat harga makanan yang murah.

"Kerajaan sepatutnya memikirkan soal ini, bukannya dengan kenyataan-kenyataan yang dengan begitu mudah melepaskan tangan dan hukum peniaga-peniaga restoran," katanya kepada petugas media selepas sambutan Rumah Terbuka MCA pada Ahad.

Sebelum ini pada 23 Disember lalu, Rafizi menyarankan supaya pengguna menjauhi peniaga yang dirasakan mengenakan harga yang terlalu tinggi berbanding harga purata peniaga-peniaga lain.

Ujar beliau, kesedaran tersebut dipercayai akan menekan peniaga terbabit untuk menurunkan harga.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ismail Sabri berkata, ramai yang bising mengenai isu pengeluaran tersebut ketika zaman pemerintahannya.

“Dulu semasa saya (berkhidmat), ramai yang bising semasa kami membuat kajian sama ada KWSP perlu dikeluarkan atau tidak dan akhirnya kita keluarkan.

"Ramai yang bising dulu. Saya harap rakyat bersuara kali ini minta untuk dikeluarkan KWSP. Mana-mana yang bersuara kuat semasa saya jadi Perdana Menteri dulu, silakan bersuara lagi," katanya.


Sumber:https://www.sinarharian.com.my/a ... iaga---ismail-sabri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam keluarga malaysia


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 06:01 PM | Show all posts
kenyataan yang penuh dendam kesumat......sadap yu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:17 PM | Show all posts
pak mail patut inform wakil2 umno dalam kerajaan bang non supaya jangan jadi pak pacak dalam kabinet je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesama keluarga pun saling kritik tp
Yelaaa tak semua org leh berbaik2
Walau satu keluarga lelagi kalau yg kawen paksa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia jadi pm lah harga start naik kaw2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak Zahid dijemput tak kt majlis mca ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:34 PM | Show all posts
Bila anjing mula bercerita....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 22-1-2023 07:30 PM
Masa dia jadi pm lah harga start naik kaw2..

Kannnnn..buat buat lupa ke hahhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh trun harga sbb ni bukan negara kominis... Pemborong pun peniagalah... Penternak pun peniaga.. pengeksport ayam dan telur pun peniaga
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
KO diam lah Mail
KO pun sama 2X5 ajerrr masa memerintah dulu
Rayuan dan rintihan rakyat KO pandang sepi dan humban ke tong sampah bila mana ada perwakilan yang mewakili rakyat nak buat appointment untuk bertemu dengan KO tapi sampai kesudah KO dah bungkus dari jadi
peeyeem KO tak layan
Sekarang KO nak menyalak tunjuk macam bagus2 ajer yerrr
Tolong cermin sikit diri tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 22-1-2023 07:33 PM
Wak Zahid dijemput tak kt majlis mca ni?

Ada di jemput siap melambung-lambung Yee Sang lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa takde kuasa masing-masing cakap tak nak kalah. Dah dapat kuasa tiba-tiba jadi lembek.. jilake betol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.067981 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list