CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guna telefon semasa memandu kesalahan tertinggi di P. Pinang

[Copy link]
Post time 22-1-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 18 notis saman menggunakan telefon bimbit dikeluarkan JPJ Pulau Pinang sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina 2023.


SEBERANG PERAI – Penggunaan telefon bimbit ketika memandu antara kesalahan utama yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sepanjang Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 yang bermula Rabu lalu.

Menurut JPJ negeri dalam satu kenyataan, sehingga semalam, sebanyak 18 notis saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut yang juga tertinggi setakat ini.

“Kesalahan lain adalah gagal mematuhi lampu isyarat merah iaitu sebanyak 15 notis saman, potong barisan dan potong Q dengan 13 notis saman yang dikeluarkan.

“Turut dikesan adalah kesalahan tidak memakai topi keledar dan memandu di lorong kecemasan iaitu masing-masing dengan tiga notis saman selain memotong di garisan berkembar dengan satu notis saman,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPJ negeri turut menasihatkan para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang semasa pemanduan.

Ini bertujuan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini serta kemalangan disebabkan kecuaian dan ketidakpatuhan undang-undang jalan raya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... tinggi-di-p-pinang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.067380 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list