CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43

  [Copy link]
Post time 18-3-2023 07:35 AM | Show all posts
ipes2 replied at 18-3-2023 12:20 AM
dah tak ada dah snow

sebenarnya, banyak kali juga snow adalah suatu masalah

Oloh...no more snow...
Sini memang berbahang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 07:37 AM | Show all posts
ipes2 replied at 18-3-2023 12:20 AM
kan?
alhamdulillah lah
terasa mcm baru boleh bernafas

Kolig kakak kena Covid, jangkit dari suami...org media...
So kuarantin sekarang...masih ada di sekitar kita kan...huhu...



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:59 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 03:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 06:50 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 21 Mac 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi Ke 11 Tahun 2023 (12 – 18 Mac 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 21, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT COVID-19 DI MALAYSIA BAGI MINGGU EPIDEMIOLOGI KE – 11 / 2023
(12 MAC 2023 – 18 MAC 2023)
1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Berikut adalah perbandingan status penggunaan fasiliti kesihatan mengikut minggu epidemiologi (Rajah 1):
1.1 Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 7.1 peratus pada ME 11/2023 berbanding ME 10/2023;
1.2   Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 11/2023 berbanding ME 10/2023 adalah seperti berikut;
  • Pesakit kategori 1 dan 2, meningkatsebanyak 20.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkatsebanyak 20.0 peratus.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 11/2023 berbanding ME 10/2023 adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal, meningkat sebanyak 2.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat sebanyak 1.0 peratus;dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus.

2.0   STATUS TERKINI KES COVID-19
2.1   Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 18 Mac 2023 (ME 11/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,047,040;
  • Kumulatif kes sembuh: 5,000,457 kes;
  • Purata kes aktif : 9,481 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,972 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,173 kluster (kluster aktif: 2 kluster).
2.2   Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 10/2023 dan ME 11/2023 (Rajah 2):
  • Bilangan kes baharu meningkatsebanyak 18.0 peratus (1,566 kes kepada 1,848 kes);
  • Bilangan kes sembuh menurun sebanyak13.7 peratus (1,423 kes kepada 1,228 kes); dan
  • Bilangan kes kematian meningkatsebanyak 150.0 peratus (2 kes kepada 5 kes).

3.0   SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
  • KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 11/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 22 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 3.68 peratus pada ME 11/2023 (Rajah 3); dan
  • Sebanyak 3.13 peratus sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 11/2023 (Rajah 4).


4.0   SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
Bulan Ramadan bakal tiba dan umat Islam akan menjalani ibadah puasa dalam masa terdekat ini. Hampir setahun Malaysia berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik setelah empat tahun bergelut dengan COVID-19 di mana pembukaan sektor ekonomi dan kelonggaran aktiviti-aktiviti sosial termasuk pembukaan sempadan antarabangsa negara telah dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti kebiasaan umat Islam dalam bulan Ramadan seperti solat tarawikh di masjid, perhimpunan majlis ilmu, dan majlis berbuka puasa telah dibolehkan sebagaimana sebelum pandemik. Begitu juga dengan aktiviti jual beli di bazar Ramadan akan berlaku seperti biasa. Walaupun begitu, kita perlu terus beringat bahawa virus SARS-CoV-2 dan virus lain seperti Influenza masih berada di sekitar kita. Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga, dan masyarakat.
Antara langkah-langkah kesihatan awam yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:
  • Pemakaian pelitup muka digalakkan sekiranya bergejala terutama di kawasan ramai orang dan sesak. Golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas, ibu mengandung, mempunyai komorbid, rendah imuniti badan, dan kanak-kanak digalakkan memakai pelitup muka;
  • Sentiasa berwaspada dan elakkan berada di kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat;
  • Kerap mencuci tangan terutamanya selepas bersalaman atau membawa sanitasi tangan;
  • Amalkan etika batuk dan bersin dengan betul;
  • Digalakkan membawa sejadah sendiri dan pakaian solat bagi jemaah wanita untuk ke masjid;
  • Individu yang bergejala, digalakkan mengamalkan penilaian risiko kendiri (TRIIS) dan elakkan berada di kawasan beribadat awam, tempat awam lain seperti bazar Ramadhan atau majlis perhimpunan; dan
  • Individu positif COVID-19 adalah dilarang menghadiri aktiviti sosial dan segera dapatkan rawatan jika gejala bertambah teruk.
Amalan pemakanan sihat yang pelbagai dan seimbang di bulan Ramadan juga adalah amat penting dalam membantu memastikan kesihatan yang optima selain meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit terutamanya jangkitan COVID-19. Pengambilan kalori secara berlebihan dan tidak aktif boleh meningkatkan risiko obesiti dan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser, dan penyakit jantung.
Antara amalan – amalan pemakanan secara sihat yang boleh diambil adalah seperti berikut:
  • Bersederhana dan elakkan makan secara berlebihan mengikut nafsu. Amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’ serta pastikan sayur dan buah turut ada dalam setiap hidangan bagi membekalkan vitamin dan mineral yang dapat membantu menyokong sistem imuniti badan;
  • Utamakan makanan yang disediakan di rumah kerana penggunaan minyak, gula, dan garam dapat dikawal semasa memasak. Pelbagaikan kaedah masakan yang lebih sihat seperti bakar, panggang, kukus, dan rebus;
  • Pastikan minum air kosong secukupnya iaitu lapan (8) gelas atau dua (2) liter sehari dari waktu berbuka hingga waktu sahur di samping mengurangkan pengambilan minuman manis yang lain;
  • Sentiasa peka terhadap pemilihan makanan yang sihat dan selamat dari kejadian keracunan makanan; dan
  • Jadilah individu yang bijak dan mengutamakan kesihatan, kebersihan, keselamatan, dan kualiti makanan sebelum menikmati juadah berbuka puasa.
Justeru, setiap individu harus memainkan peranan penting dalam memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti. KKM ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444 H dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadan kali ini dapat dijalani dengan penuh bimbingan taufik, kesungguhan, kesabaran, keikhlasan dalam beramal, dan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.
Lindung diri. Lindung keluarga. Lindung masyarakat.
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan.
5.0   NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
  • Amalkan 3W;
  • Elakkan 3S;
  • Digalakkan memakai pelitup muka sekiranya bergejala terutama di kawasan ramai orang dan sesak. Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan semasa di fasiliti kesihatan dan semasa menaiki kenderaan awam (kecuali dalam kapalterbang);
  • Kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, dan ibu mengandung juga digalakkan memakai pelitup muka;
  • Terus amalkan TRIIS (TEST, REPORT, INFORM, ISOLATE & SEEK). Lakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya bergejala, laporkan keputusan ujian dan lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera serta dapatkan rawatan awal di CAC atau Klinik Kesihatan berhampiran sekiranya daripada golongan berisiko tinggi atau gejala bertambah teruk;
  • Sekiranya berlaku kecemasan, individu positif COVID-19 dinasihatkan untuk ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut;
  • Kumpulan berisiko tinggi yang mempunyai imuniti rendah disarankan untuk mendapat rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19 dan bergejala untuk mengelakkan daripada komplikasi penyakit yang serius; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftarkan diri dan mendapatkan vaksin untuk mengekalkan status imuniti dan mencegah daripada jangkitan COVID-19 termasuk varian baharu.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Mac 2023 @ 12.00 tengah hari







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 06:19 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]DRUG SAFETYKenyataan Media KPK 22 Mac 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 22, 2023
MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN
MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1.       Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1.FLASHHSKINZZ MOIST SUNSCREENMerkuri
2.SERENE TREATMENT CREAMMerkuri
3.TEMPIAS HAWA MASTER RECOVERY SKIN RSKINMerkuri
4.KARISMA PREVENTING DAY CREAMMerkuri
5.SL TWO KUNYITMerkuri dan Betamethasone 17-Valerate
6.SL TWO SARANG BURUNGHydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
2.       Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3.       Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
4.       Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Tretinoin boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
  • Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
5.       Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
6.       Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
7.       Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
8.       Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 Mac 2023

LAMPIRAN













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 06:27 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 12:51 AM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]FOODKenyataan Media KPK 22 Mac 2023 – Nasihat Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 22, 2023
NASIHAT KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA
BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
Bersempena dengan bulan Ramadan, penjualan juadah makanan di bazar ramadan dan pelbagai premis makanan sememangnya menjadi aktiviti yang sangat dinanti-nanti oleh semua peringkat masyarakat di negara ini. Ramai yang akan berkunjung ke bazar ramadan dan premis-premis makanan di seluruh negara untuk membeli pelbagai jenis juadah makanan.
Bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual sepanjang bulan Ramadan adalah selaras dengan keperluan di dalam Akta Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan sebelum dan juga semasa bulan Ramadan. Sebelum bermulanya bulan Ramadan lagi aktiviti pemeriksaan telah giat dijalankan di peringkat sumber meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga-peniaga yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sebagai persiapan menjelang bulan Ramadan juga, aktiviti pemeriksaan telah dijalankan di premis-premis tumpuan seperti di hotel-hotel yang menyediakan buffet ramadan, di premis pembekal bahan mentah dan juga premis-premis penyediaan ais. Kerjasama dengan PBT turut diadakan dengan mengadakan taklimat-taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar-bazar ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan. Selain itu, kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamatan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media elektronik dan media sosial.
Pada bulan Ramadan kali ini, KKM akan meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara di semua premis-premis makanan termasuk bazar ramadan yang beroperasi di seluruh negara dengan berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Ramadan 2023. Aktiviti operasi ini melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan. Matlamatnya adalah untuk memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan juga peraturan-peraturan di bawahnya. Pemeriksaan ini juga akan dijalankan dengan kerjasama pihak PBT masing-masing.

Sepanjang Ramadan ini, KKM ingin menasihatkan masyarakat agar mengamalkan konsep “Sama-sama: Perhati dan Pilih Juadah di Bazar Ramadan”. Pastikan anda memilih gerai yang bersih dan mengamalkan pengendalian makanan yang baik. Para peniaga juga dinasihatkan supaya membasuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi untuk basi secara terlalu awal daripada waktu untuk dijual (contohnya makanan berasaskan santan dan sebagainya).
Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan kuasa membeli yang ada pada mereka dengan membeli makanan di premis yang bersih. KKM  sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my jika terdapat sebarang aduan berkaitan keselamatan makanan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 Mac 2023







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
A NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH
SEARCH FOR...
Search...

DRUG SAFETY
Kenyataan Media KPK 23 Mac 2023 – Pembatalan Pendaftaran Dan Panggil Balik Bagi Semua Produk Yang Mengandungi Pholcodine Berikutan Risiko Keselamatan Dikesan
BY DG OF HEALTH ON MARCH 23, 2023
PEMBATALAN PENDAFTARAN DAN PANGGIL BALIK BAGI SEMUA PRODUK YANG MENGANDUNGI PHOLCODINE BERIKUTAN RISIKO KESELAMATAN DIKESAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM pada 20 Mac 2023 telah bersetuju untuk membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine.

Ini berikutan terdapatnya risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutamanya kepada mereka yang pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.

Dengan erti kata lain, mereka yang mengambil ubat yang mengandungi pholcodine (kebiasaannya ubat batuk) dalam tempoh 12 bulan lalu berhadapan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami anafilaksis sekiranya diberi ubat pengendur otot atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan penuh (general anaesthesia), misalnya semasa menjalani pembedahan.

Pholcodine adalah sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering (nonproductive/dry, irritating) di dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Di Malaysia, pholcodine diklasifikasikan sebagai ubat terkawal Kumpulan C dan boleh diperolehi tanpa preskripsi. Terdapat sejumlah 14 produk mengandungi pholcodine yang berdaftar dengan PBKD dalam bentuk tunggal dan kombinasi dengan ubat lain seperti dalam Lampiran 1.

Setakat ini, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 12 laporan dengan 17 kesan advers susulan penggunaan pholcodine. Namun begitu, daripada laporan tersebut, tiada laporan anaphylaxis yang diterima.

Walaupun tiada laporan kesan advers diterima oleh NPRA setakat ini,  keputusan PBKD ini diambil berdasarkan bukti-bukti daripada kajian “Allergy to Neuromuscular Blocking Agents and Pholcodine Exposure” (ALPHO), data keselamatan pasca pemasaran dan maklumat yang diperoleh daripada pengamal perubatan, agensi negara-negara lain  seperti United Kingdom (UK), Australia, beberapa negara European Union (EU) seperti Perancis dan Norway di mana mereka telah mengambil tindakan regulatori bagi pembatalan dan panggil balik produk yang mengandungi pholcodine berdasarkan maklumat keselamatan ini.

Selain itu, World Health Organization (WHO) juga turut melaporkan sejumlah 852 laporan kesan advers yang melibatkan penggunaan pholcodine. Daripada jumlah tersebut, terdapat 42 laporan anaphylactic reaction dan 20 laporan anaphylactic shock yang dilaporkan. Daripada kes tersebut, terdapat 9 kes yang melibatkan penggunaan bersama NMBA (suxamethonium).

Dengan itu, berdasarkan penilaian risiko yang teliti didapati tiada langkah pengurangan risiko yang dapat diambil bagi meminimumkan risiko ini buat pengguna. Justeru, didapati risiko pengambilan ubat pholcodine didapati telah melebihi manfaatnya. Sehubungan itu, PBKD telah bersetuju untuk membatalkan pendaftaran semua produk yang mengandungi pholcodine dan menjalankan prosedur panggil balik.

Sebagai makluman, terdapat ubatan alternatif yang boleh digunakan bagi indikasi batuk jenis kering (nonproductive/dry, irritating)sepertiproduk yang mengandungi dextromethorphan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 40 produk mengandungi dextromethorphan dalam bentuk tunggal dan kombinasi dengan ubat lain yang berdaftar dengan PBKD.

Susulan pembatalan pendaftaran produk mengandungi pholcodine, semua syarikat Pemegang Pendaftaran Produk bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada farmasi komuniti dan klinik-klinik yang telah dibekalkan dengan produk tersebut untuk berhenti menjual dan memastikan produk dikuarantin sebelum dipulangkan semula kepada pembekal.

Anggota kesihatan juga diingatkan untuk berhenti memperskripsi, mendispens, menjual atau mengedar semua produk mengandungi pholcodine dengan serta-merta. Pesakit yang mengalami batuk jenis nonproductive hendaklah diberikan ubat alternatif. Semua baki stok produk yang mengandungi pholcodine perlu dikuarantin dan dipulangkan semula kepada pembekal.

NPRA juga telah mengeluarkan pemakluman Safety Alert bertajuk Pholcodine: Risk of Anaphylaxis to Neuromuscular Blocking Agents (NMBAs) bertarikh 9 Mac 2023 (kemaskini pada 23 Mac 2023) melalui laman sesawang rasmi NPRA bagi memastikan isu keselamatan dengan penggunaan pholcodine dapat diberi perhatian sewajarnya.

Orang awam yang sedang mengambil ubat batuk dan selsema diingatkan untuk menyemak label atau sisip bungkusan produk, sama ada terdapat bahan aktif pholcodine. Jika didapati ubatan tersebut mengandungi bahan aktif pholcodine, hentikan pengambilan dan rujuk kepada anggota kesihatan bagi mendapatkan rawatan alternatif. Bagi mereka yang perlu menjalani pembedahan dan memerlukan bius sepenuhnya, maklumkan kepada anggota kesihatan sekiranya anda pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine terutamanya dalam tempoh 12 bulan lalu.

Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan dan memerlukan maklumat lanjut boleh merujuk kepada anggota kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi. KKM menggalakkan orang awam untuk melaporkan sebarang kesan advers yang disyaki kepada pihak NPRA. Pelaporan kesan advers boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang pelaporan untuk pengguna, iaitu Consumer Side Effect Reporting Form (ConSERF) yang boleh diakses di laman sesawang NPRA www.npra.gov.my .

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

23 MAC 2023

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 07:18 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 09:32 PM | Show all posts
seribulan replied at 18-3-2023 07:35 AM
Oloh...no more snow...
Sini memang berbahang

sini mmg sejuk.. lbih kurang 4 - 7
mujurlah alhamdulillah
cuma, dari hari ini, bukak puasa akan bertambah lambat selama 1 jam dari semalam ie jika semalam bukak posa kol 1836, hari ni 1938
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 09:35 PM | Show all posts
seribulan replied at 18-3-2023 07:37 AM
Kolig kakak kena Covid, jangkit dari suami...org media...
So kuarantin sekarang...masih ada di sek ...

ya maish ada,
ni pesakit2 ni masih ada covidnya
dan darinya ada yg kena blood clots la etc
jaga2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 26-3-2023 08:32 PM
sini mmg sejuk.. lbih kurang 4 - 7
mujurlah alhamdulillah
cuma, dari hari ini, bukak puasa akan be ...

Dehidrat pula...kena sahur banyak minum air...subuh tadi sahur air sarang burung...ada pula jual di Petronas...murah RM2 sebotol
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 26-3-2023 08:35 PM
ya maish ada,
ni pesakit2 ni masih ada covidnya
dan darinya ada yg kena blood clots la etc

#Kitajagakita

Mujur kolig kakak dah balik bekerja semula...cam demam denggi dah Covid ni...ramai yg tak pakai mask dah sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 03:50 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2023 04:37 PM | Show all posts
Kenyataan Media KPK 29 Mac 2023 – Isu Mogok Sektor Kesihatan dan Kepentingan Perkhidmatan Kesihatan[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 29, 2023

ISU MOGOK SEKTOR KESIHATAN DAN KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
1. Untuk makluman, buat masa ini Kementerian Kesihatan hanya menerima hebahan mengenai mogok ini melalui saluran media sosial sahaja. Kementerian ini tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut. Penganjuran mogok secara amnya boleh menyebabkan sesuatu perkhidmatan terjejas selama mana ianya dianjurkan. Lazimnya ia dianjurkan untuk menyampai mesej tertentu kepada pihak-pihak berkaitan. Namun perkara ini perlu ditimbang dengan teliti. Ini memandangkan perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan yang kritikal, terutama kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat. Maka saya berpandangan mogok terutama secara tidak terancang, mungkin bukan suatu jalan penyelesaian yang terbaik terhadap apa jua permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.
2. Perkhidmatan Kesihatan di negara ini perlu terus dianggap sebagai sektor yang kritikal dan begitu juga bagi petugas kesihatan. Ini disebabkan oleh kompleksiti sektor ini, serta cabaran, risiko dan jerih perih yang perlu dihadapi oleh anggota kesihatan dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawab mereka. Umum diketahui bahawa sebahagian besarnya adalah di bawah Sektor Awam, dan Perkhidmatan Kesihatan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada kemakmuran serta pertumbuhan ekonomi negara. Tanpa sistem kesihatan yang utuh dan warga kerja perkhidmatan kesihatan yang terus memberikan perkhidmatan, tidak mungkin negara boleh terus maju ke hadapan. Jelas kesihatan adalah salah satu daripada hak asasi manusia, dan Perkhidmatan Kesihatan perlu terus diutamakan.
3. Pandemik COVID-19 telah mengajar kita bahawa tanpa sistem kesihatan yang berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak tersebut dengan baik dan orang ramai tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa. Kemakmuran yang kita kecapi kini sudah tentu banyak disumbangkan oleh pakar dan anggota kesihatan di pelbagai peringkat sama ada di sektor pencegahan atau kesihatan awam mahupun yang bertugas di sektor klinikal dan penyelidikan. Masing-masing mereka mempunyai peranan yang sangat penting. Berkat pengorbanan yang dilakukan oleh anggota kesihatan sebelum ini, rakyat dapat menjalankan pekerjaan mereka semula, kita dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga dan kenalan, Ramadan dapat disambut seperti biasa, kegembiraan perayaan dapat dirasai dan pelbagai lagi. Perkhidmatan Kesihatan seharusnya perlu terus berdaya tahan kerana cabaran akan datang termasuk risiko krisis atau pandemik mungkin lebih hebat dan kompleks daripada apa yang kita lalui sebelum ini. Justeru, petugas kesihatan yang merupakan aset utama Perkhidmatan Kesihatan perlu terus diberi perhatian yang sewajarnya, termasuk imbuhan yang sewajarnya buat perkhidmatan mereka.

4. Kerajaan dari semasa ke semasa telah memberi respon atau bertindak terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan. Antaranya mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya. Skim kesihatan yang lain juga diambil peduli dan ditambah baik. Saya percaya, Kerajaan dari semasa ke semasa akan memastikan bahawa segala permasalahan dan permintaan ini diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

5. Alhamdulillah, Perkhidmatan Kesihatan dilihat terus diberi keutamaan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan sebagaimana yang dapat kita perhatikan melalui Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI. Semoga Perkhidmatan Kesihatan dapat terus diperkukuhkan lagi dalam tahun mendatang.
6. Namun begitu, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa mogok bukan suatu jalan penyelesaian terbaik dan permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara yang lebih berhemah.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 Mac 2023



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 04:38 PM | Show all posts
Kenyataan Media KPK 29 Mac 2023 – Berkenaan Ubat Dabigatran Yang Dipanggil Balik Di Amerika Syarikat[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 29, 2023

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
STATUS PRODUK YANG MENGANDUNGI DABIGATRAN DI MALAYSIA BERHUBUNG ARTIKEL DI DALAM MEDSCAPE.COM “DABIGATRAN RECALLED OVER POTENTIAL CARCINOGEN”
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel di dalam laman sesawang medscape.com bertajuk Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen yang diterbitkan pada 23 Mac 2023. Pengumuman syarikat bertajuk Ascend Laboratories LLC. Issues Voluntary Nationwide Recall of Dabigatran turut dimuat naik di laman sesawang The United States Food and Drug Administration (US FDA) pada 22 Mac 2023.
Artikel tersebut telah melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC yang melaksanakan proses panggil balik produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg secara sukarela sehingga ke tahap pengguna, susulan kepada pengesanan bendasing (impurity) nitrosamine iaitu N-nitroso-dabigatran di dalam produk tersebut yang melebihi tahap Acceptable Daily Intake (ADI) yang diterima di peringkat global. Selain itu, turut dimaklumkan di dalam artikel tersebut bahawa tiada laporan kejadian kesan advers yang diterima oleh pihak syarikat Ascend Laboratories LLC yang berkaitan dengan proses panggil balik ini.

Namun demikian, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan mendapati bahawa Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg and 150 mg tidak berdaftar di Malaysia. Sebagai peringatan, produk yang tidak berdaftar melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia.
Sebagai makluman, produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg ini berfungsi sebagai antikoagulasi (anticoagulant) dan diambil secara oral untuk mengurangkan risiko penyakit strok dan darah beku (blood clots). Bendasing Nitrosamine ini biasanya ditemui dalam air dan makanan, termasuk daging yang diawet dan dipanggang, produk tenusu dan sayur-sayuran. Pendedahan kepada nitrosamine yang melebihi tahap ADI dalam jangka masa panjang berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser kepada pengguna.
KKM melalui NPRA sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Sebarang perkembangan berkenaan produk dabigatran di Malaysia akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 MAC 2023

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 11:23 PM | Show all posts
Data on the development of the Coronavirus (COVID-19) cases in Malaysia each day on April 1, 2023AndraFarm.com - Saturday (2023-4-1), at 10:21:39 pm

The number of positive cases of the coronavirus in Malaysia is increasing.
Based on data from WHO[1], Worldometers[6], Wikipedia-EN[9], AndraFarm.com[7], etc (click Source List), until Saturday (2023-4-1) at 10:21:39 pm, the number of people who were positively infected with the coronavirus in Malaysia had reached 5.05 million.Meanwhile, 36,979 people died, and 10,047 people positive active (still being treated), and 5,002,242 patients were declared cured.

Graph of the development of cumulative cases of COVID-19 in around Malaysia since there have been residents Malaysia who have been infected with the coronavirus until Saturday (2023-4-1), as follows (to display a value or number along with the date, please touch the graph or hover over the graph).
The number of peopleGraph of the development of cumulative​cases of COVID-19 in Around Malaysia​until Saturday (2023-4-1)24 Jan21 Apr18 Jul14 Okc10 Jan8 Apr5 Jul1 Okc28 Dec26 Mar22 Jun18 Sep15 Dec13 Mar02M4M6MTotal Positive Cases (Confirmation)RecoveredPositive Active (Treated, Still Sick)Deaths




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 11:25 PM | Show all posts
Below complete and comprehensive data related coronavirus in around Malaysia and statistical data information and graphs.
After that also presented overall data per date (per day) and statistical data and graphs, since there have been residents Malaysia who have been infected with the coronavirus until today, Saturday (2023-4-1) at 10:21:39 pm.





Sources : WHO[1], Worldometers[6], Wikipedia-EN[9], AndraFarm.com[7], etc (click Source List)
Corona (COVID-19) data is updated every 3 - 15 minutes.


Malaysia
in ASEAN
Date: April 1, 2023

Show 1 day before All Dates  
updated April 1, 22:21 WIB
The "+" sign indicates the data collection on 1 April 2023 at the local authority is ongoing.

Total Cases
:
+ 5,049,268
New Cases (daily)
:
+
Cases per 1M Population
:
156,005
Total Died
:
+ 36,979
New Died (daily)
:
+
Percentage Died : Cases
(Fatality rate)
:
0.73 %
Died per 1M Population
:
1,143

Recovered
:
+ 5,002,242
New Recovered (daily)
:
+
Percentage Recovered : Cases (Recovery rate)
:
99.07 %
Active Cases
:
+ 10,047
Serious, Critical
:
+ 10,047
Population
:
32.4 million

PCR test total (person)
:
+ 13,290,585
PCR test daily (person)
:
+
Percentage Cases : Tests
:
37.99 %
Tests per 1000 Population
:
410.63 ‰
Tests per 1M Population
:
410,634



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.743879 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list