CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
COMMUNICABLE DISEASE

Kenyataan Media KPK 30 Januari 2023 – Sambutan Hari Penyakit Tropika Terabai Dunia 2023

BY DG OF HEALTH ON JANUARY 30, 2023
SAMBUTAN HARI PENYAKIT TROPIKA TERABAI DUNIA 2023

Setiap tahun, pada 30 Januari, dunia menyambut Hari Penyakit Tropika Terabai (Neglected Tropical Diseases – NTD). Pada tahun ini, tema sambutan adalah “Bertindak sekarang. Bertindak bersama. Melabur dalam Penyakit Tropika Terabai.”

Tema ini dipilih untuk mendapatkan perhatian global bagi merawat dan mengawal NTD, selepas perkhidmatan kesihatan mengalami cabaran semasa pandemik COVID-19. Perkara ini bagi meneruskan usaha menamatkan NTD serta menyeru semua pihak untuk bertindak mengesan kes NTD melalui survelan, merawat kes dengan memastikan ketersediaan ubat-ubatan serta melindungi populasi yang rentan, sama ada melalui penambahbaikan persekitaran mereka mahupun memberi ubat profilaksis bagi mengelakkan gejala atau komplikasi penyakit.

Terdapat 21 jenis penyakit di bawah kategori NTD. Penyakit ini dibahagikan kepada tujuh (7) kategori iaitu jangkitan bakteria, jangkitan virus, jangkitan kulat (fungus), infestasi ektoparasit, patukan ular, penyakit bawaan vektor dan infestasi cacing (helmint). Salah satu NTD yang penting di Malaysia adalah filariasis limfatik, penyakit di bawah kategori penyakit bawaan vektor.

Malaysia telah melancarkan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (PEFLK) pada tahun 2002. Pelaksanaan program ini melibatkan 127 mukim endemik filariasis di lapan (8) buah negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Objektif pertama program ini adalah agar filariasis limfatik tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia. Sasaran yang ditetapkan adalah menurunkan kadar prevalen individu positif antibodi filariasis kepada kurang daripada 2%, atau kurang daripada dua orang bagi setiap 100 penduduk di kawasan endemik yang disaring. Objektif kedua adalah memastikan pesakit yang mengalami komplikasi limfatik filariasis seperti untut (kaki gajah) didaftar dan diberi rawatan sewajarnya bagi meringankan morbiditi dan disabiliti.

Melalui Program Eliminasi Limfatik Filariasis Kebangsaan ini, pemberian ubat berskala besar atau mass drug administration (MDA) kepada penduduk di kawasan endemik telah dilaksanakan. Mereka diberi makan ubatan anti-filaria seperti ivermectin, diethylcarbamazine (DEC) dan albendazole. Pada masa yang sama, pengesanan kes secara aktif melalui pengesanan kehadiran antibodi filariasis dijalankan di kawasan endemik dan setiap individu yang dikesan positif diberi rawatan anti-filaria. Program juga telah melaksanakan gerakan mengesan dan mendaftar pesakit filariasis yang mengalami komplikasi untut (kaki gajah) dan seterusnya memberi rawatan simptomatik bagi meringankan morbiditi dan disabiliti yang dialami.

Pada awal pelaksanaan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan, Kementerian Kesihatan (KKM) mensasarkan Malaysia akan mencapai status eliminasi filariasis limfatik menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, sasaran tersebut tidak tercapai dan telah dipinda kepada eliminasi menjelang tahun 2025. Sasaran ini selaras dengan penetapan dalam Global Programme to Eliminate Lymphatic Filariasis (GPELF) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada tahun 2022, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran kadar prevalen antibodi filariasis kurang daripada dua peratus (2%) di 125 (98.4%) mukim endemik. Namun masih terdapat tiga (3) mukim di Sarawak dan dua (2) mukim di Sabah belum berjaya mencapai prevalen antibodi filariasis kurang dari 2%. Kes positif antibodi filariasis juga masih dikesan terutamanya di mukim-mukim ini, hasil aktiviti saringan aktif; iaitu 231 kes pada tahun 2020 dan masing-masing 269 kes pada tahun 2021 dan 2022. Bagi pesakit yang mengalami komplikasi untut, sebanyak 76 kes telah didaftarkan, namun tiada kes baharu untut didaftar sejak tahun 2004.

Filariasis limfatik atau penyakit untut masih menjadi masalah kesihatan awam global. Anggaran 120 juta penduduk di 72 buah negara dijangkiti dengan penyakit ini. Dua pertiga (2/3) pengidap penyakit ini berada di India dan Afrika; dengan selebihnya dilaporkan di Asia Tenggara, Asia Pasifik dan Amerika. Penyebab filariasis limfatik adalah cacing filaria yang disebarkan oleh nyamuk Mansonia spp., Culex spp. dan Anopheles spp. yang menggigit individu yang telah dijangkiti dan membawa bersama cacing filaria kepada individu sihat lain. Spesis cacing filaria yang terdapat di Malaysia ialah Brugia malayi. Cacing filaria dewasa hidup antara enam (6) hingga lapan (8) tahun dalam sistem saluran limfatik, menyebabkan kerosakan terutamanya pada bahagian kaki dan tangan, mengakibatkan untut (kaki gajah) dan hydrocele (pembengkakan skrotum). Filaria dewasa menghasilkan berjuta-juta mikrofilaria yang hidup dalam peredaran darah manusia dan ditularkan kepada individu lain melalui gigitan nyamuk.

Bagi memastikan Malaysia mencapai status eliminasi filariasis limfatik menjelang tahun 2025, KKM menyeru ahli masyarakat yang tinggal di kawasan endemik filariasis agar memberi kerjasama dengan menjalani ujian saringan darah sekiranya diarahkan, serta memakan ubat anti-filaria yang diberi oleh petugas kesihatan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Januari 2023
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 07:02 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:04 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:16 AM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 1 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 4 (22-28 Januari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 1, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-4 TAHUN 2023
(22 JANUARI 2023 – 28 JANUARI 2023)
1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
1.1   Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-4 tahun 2023 (ME 4/2023) berbanding ME 3/2023 (Rajah 1);

1.2   Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 adalah seperti berikut;
  • Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 20.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2):
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 1.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 1.0 peratus; dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal sebanyak 0.5 peratus.

2.0   PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
2.1   Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 (Rajah 3):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 49.4 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 37.1 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 84.6 peratus.

3.0   STATUS TERKINI KES COVID-19
3.1   Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Januari 2023 (ME 4/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,035,871;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,989,819 kes;
  • Purata kes aktif : 9,478 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,940 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
3.2   Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 3/2023 dan ME 4/2023 (Rajah 4):
  • Bilangan kes baharu  menurun sebanyak 35.3 peratus (2,088 kes kepada 1,350 kes);
  • Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.5 peratus (2,379 kes kepada 2,177 kes); dan
Bilangan kes kematian menurun sebanyak66.7 peratus (24 kes kepada 8 kes).

4.0 NILAI Rt
Nilai Rt pada ME 4/2023 adalah 0.82 (Rajah 5).

5.0   SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 4/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 19 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.4 peratus pada ME 4/2023 (Rajah 6); dan
  • Tiada sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 4/2023 (Rajah 7).


6.0   NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 Februari 2023 @ 9.30 pagi







Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 01:35 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:41 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 01:01 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2023 11:19 AM | Show all posts
seribulan replied at 24-1-2023 10:05 PM
Take care...dok nonton Chinese movies @ cinema

teman pun dah mula berjinak dgn k drama gara reborn rich.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2023 11:20 AM | Show all posts
seribulan replied at 24-1-2023 10:08 PM
Hanco kome

mobile versiom ada bawah sekali ikon meme tuh semua...browse ...

sekarang tengah baca forum kat laptop. tak perasan yang meme tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2023 11:21 AM | Show all posts
adila39 replied at 29-1-2023 05:34 PM
Eh kenapa? Hope xde yg serious ya

dah 3 bulan sakit. saya saspek osteoarthritis. appointment patutnya selasa baru ni postpone ke selasa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 4-2-2023 10:19 AM
teman pun dah mula berjinak dgn k drama gara reborn rich.

ni nonton lakorn You Touched My Heart...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 4-2-2023 10:20 AM
sekarang tengah baca forum kat laptop. tak perasan yang meme tu

syok nempek2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 4-2-2023 12:38 PM
farhana008 replied at 4-2-2023 10:21 AM
dah 3 bulan sakit. saya saspek osteoarthritis. appointment patutnya selasa baru ni postpone ke sel ...

moga disembuhNya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 06:24 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2023 10:27 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-2-2023 12:56 PM
ni nonton lakorn You Touched My Heart...


Haaaa...jumpa pun memes


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2023 10:28 PM | Show all posts

Kemahen lagi ye

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2023 10:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 4-2-2023 09:27 PM
Haaaa...jumpa pun memes

akhirnyaaaa...siang tadi pi restoran Jamie Oliver @ KLIA...dap pizza & pasta...iced Americano...
.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 4-2-2023 09:28 PM
Kemahen lagi ye

moh nempek2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 4-2-2023 09:32 PM

ameen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.381072 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list