CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 1

[Kedah] Penyamaran JPJ berjaya kesan kesalahan pemandu

[Copy link]
Post time 22-1-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA JPJ yang melakukan pemeriksaan dalam bas ekspres sempena Op Tahun Baru Cina. FOTO ihsan JPJ

Alor Setar: Penyamaran dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dengan meletakkan anggota di dalam bas ekspres berjaya mengesan kesalahan dilakukan pemandu.

Dalam operasi Op Tahun Baru Cina di negeri ini bermula 18 Januari lalu, empat kes dikesan terhadap pemandu bas, membabitkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu melebihi 300 kilometer (km) dengan seorang pemandu serta tidak mengikut lorong betul ketika menghampiri simpang.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, tindakan saman dikenakan terhadap pemandu bas terbabit.

Beliau berkata, sehingga semalam, 3,731 kenderaan diperiksa di negeri ini dan 1,330 saman dikeluarkan selain 144 notis lain.

"Antara kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

"Malah, setakat ini kesalahan tiada lesen memandu masih penyumbang tertinggi melakukan kesalahan, diikuti LKM dan insurans.

"Daripada jumlah itu, 60 kenderaan disita kerana melakukan pelbagai kesalahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Aman Shah berkata, operasi Op Tahun Baru Cina akan berterusan sehingga hujung bulan ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-kesalahan-pemandu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 11:40 AM | Show all posts
Bagus cara JPJ ni membuat penguatkuasaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.165621 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list