CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 1

[Pulau Pinang] Cuba seleweng diesel bersubsidi, Lelaki ahli sindiket seleweng diesel bersubsidi ditahan

[Copy link]
Post time 22-1-2023 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Cuba seleweng diesel bersubsidi, Lelaki ahli sindiket seleweng diesel bersubsidi ditahan


BERNAMA



FOTO HIASAN



Bukit Mertajam: Seorang lelaki yang disyaki cuba menyeleweng diesel bersubsidi ditahan bersama 4,000 liter bahan api itu, tangki dan sebuah lori yang kesemuanya dianggar bernilai RM56,500 dalam pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Jalan Lebuhraya Butterworth-Kulim, di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang S. Jegan berkata penahanan dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah lori lapan tan yang mencurigakan sedang mengisi diesel pada 4 petang.

"Semasa serbuan, seorang lelaki berusia 50-an yang juga pemandu lori itu sedang mengisi diesel dan pemeriksaan kami menemukan satu unit tangki besi khas berkapasiti 12,000 liter diletak di belakang kenderaan tersebut yang digunakan untuk mengisi serta mengumpul diesel bersubsidi dari stesen minyak.

"Hasil pemeriksaan menemukan 4,000 liter diesel bersubsidi dalam tangki besi berkenaan dan berdasarkan siasatan awal, lelaki yang bekerja dengan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi itu membeli bahan api berkenaan di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini sebelum ia dijual semula kepada pihak lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jegan berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas dan mereka dipercayai menjual kepada pihak lain dengan harga lebih murah berbanding pasaran namun mahal berbanding diesel subsidi yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya merampas lori, diesel, tangki besi, hos pam dan telefon bimbit yang kesemuanya dianggar bernilai RM56,500 untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.




Disiarkan pada: Januari 22, 2023 @ 9:57am


















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 11:45 AM | Show all posts
Semoga denga penangkapan ini dapat menjadikan iktibar dan sempadan kepada sesiapa yang mahu melakukan aktiviti ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.113357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list