Kembang tekak melihat video menunjukkan proses pembuatan bahan mi di kilang sebagaimana dikongsikan seorang individu di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pengguna bernama @ChiragBarjatya memuat naik video memaparkan proses pembuatan bahan itu dari awal dengan pekerja mengendalikannya dengan cara yang paling menjijikkan.
Mi diproses tanpa mematuhi piawaian kebersihan.
Bermula dari mengendali doh dengan tangan tanpa sarung, sehinggalah memasukkan adunan ke dalam bekas kotor dan meletakkannya di atas lantai, klip itu sekali gus membuatkan rata-rata yang menontonnya mual.
"Bila kali terakhir anda makan mi di tepi jalan?" demikian kapsyen yang mengiringi video tersebut.
Video dimuat naik pada Rabu oleh Chirag yang juga pengasas kelab kejurulatihan kecergasan sehingga kini menerima lebih daripada 400,000 tontonan.
Difahamkan, video dirakam di sebuah kilang pemprosesan mi di India, namun tidak dinyatakan lokasi secara tepat, lapor India.com.
"roses membuat mi paling bersih di dunia. Mi datang sekali dengan serbuk masala yang lazat dan cirit-birit.
"Bagaimana anda tahu ia hanya digunakan oleh penjual tepi jalan dan bukan oleh restoran lima bintang?
"Kenapa tepi jalan? Restoran pun mesti menggunakan yang sama, bukan?" demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar |