CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 19

[Tempatan] PM digesa campur tangan isu KPKT bawa masuk pakar Singapura

  [Copy link]
Post time 21-1-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 21-1-2023 07:02 PM



SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dan mengkaji semula tindakan serta keputusan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) membawa masuk pakar daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk berkongsi kepakaran dan berkongsi pengalaman berhubung isu perumahan.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, ini kerana soal kedaulatan dan keselamatan negara perlu diambil kira dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

"Kita membantah sekeras-kerasnya tindakan dan keputusan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang akan membawa masuk pakar daripada Singapura HDB bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan perumahan di negara ini.

Sebelum ini media melaporkan Malaysia akan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, HDB untuk menambah baik sektor perumahan di negara ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia.

Mohd Zai mendakwa seperti dimaklumkan bahawa Singapura telah berjaya meminggirkan pemilikan rumah kepada orang Melayu di Singapura dengan menyediakan rumah dengan harga yang tinggi dan berada di luar kemampuan.

"Ramai orang Melayu di Singapura terpaksa membeli rumah di Johor kerana tidak mampu. Apakah ini yang akan dibawa dan dilaksanakan di Malaysia?," soalnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilikan rumah di kawasan bandar besar di negara ini juga gagal dimiliki orang Melayu dan bumiputera kerana harga yang mahal walaupun diwujudkan kuota 30 peratus namun tetap gagal dijual.

Justeru, beliau berkata, KPKT sewajarnya menumpukan usaha dan strategi perumahan negara ke arah harga rumah yang sederhana dan mampu milik.

"Ini berdasarkan kepada pendapatan golongan B40 dan M40 dan juga melibatkan golongan muda serta belia.

"Isu-isu yang terkait dengan projek terbengkalai atau ‘sakit’ harus diuruskan secara profesional berdasarkan merit pihak terlibat seperti perunding bertauliah dan profesional serta pemaju yang mempunyai kemampuan kewangan kukuh bukan berdasarkan kroni," jelas beliau.


https://www.sinarharian.com.my/article/241636/berita/nasional/pm-digesa-campur-tangan-isu-kpkt-bawa-masuk-pakar-singapura

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2023 07:22 PM | Show all posts
buat rumah pun tak tahu ke? pemaju di malaysia hanya macu mencari untung tinggi, walhal rumah yang paling diperlukan oleh rakyat ialah rumah kos rendah dan mampu milik...kerajan harus menekankan pewujudkan rumah jenis ini. susah sangat ke nak buat? tplak tepi pemaju kapatilis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 21-1-2023 08:17 PM

UMMAH ni mabok ketum ka..kat KL ni la melayu plg ramai merempat kaki lima  sbb takde rumah..compare melayu kat singapore takde yg merempat sbb busuk2 pun dorg ada rumah HDB..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Berterusan lagi bagi muka kat pemaju dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 08:27 PM | Show all posts
keje ambik pakar dari Singapore je,
macam..ntah xder ke pkr dlm negara?selama ni ? takkan tak ade pakar lokal?

apa jadi skim rumah mampu milik zmn najib?

masa kempen PRU-15 pun menteri ini ckp ntah ape2 sampai netizen sporean tu marah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ish.. lemah. dah kenapa nk ambik pakar dari sana. kat malaysia ni berlambak pakar2 cuma kerajaan nk dgr atau tak ja. alang2 nak ambik org luar ambik la negara maju yg besaq sikit mcm usa ka boley la ambik idea pakcik elon tu buat rumah kotak ka apa ka bagi murah and mudah nk dirikan. bukan la sebijik maybe boleh ambik inspiration maybe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah terlambat nasik jadi bubur,
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ler sekarang ni rumah murah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2023 09:29 PM | Show all posts
REHDA tersenyum sinis...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:40 PM | Show all posts
Apa nama yang menggesa ni, Gerakan Pembela Ummah?

Abaikan

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:40 PM | Show all posts
Bwk pakar HDB tu dpt komisen tak????haaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:44 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 21-1-2023 10:46 PM

Rkyt msia ni pandai2 yg bwk grab sampaikan kerani pun  ada degree..
Bape byk kajian dah dibuat oleh academician mahupun pee tee dee tapi bila sampai kat menteri yg takat abis sek.men dibakul sampah ke jee..Tua2 pun sebok takmo lepas jawatan .tak energetic lemau

Nak laksana mcmana..
Msian ni middle income paling ramai tapi ampa duk buat rumah kayangan..
Buat apa panggil pakar luar negara kalau ampa tak laksanakan mngikut keperluan semasa.
Bodoh tau tak bodoh.
Teloq ampa serupa kena ramas dgn developer
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus plan nak import lagi ramai PRC dan beli rumah. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut le tu, takut msia buat mcm singapore, gov control harga rumah kan bukan pemaju.. Haritu beria nak jual rumah 500k kt johor ni kpd foreigner
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh bengap nk panggil kepakaran luar pon salah? Pastu nk bodoh sombong buat2 tau semua benda, ujong2 semua benda x jalan mcm menteri PASampah 30 bulan tu? Xpon duta bebal edy bawang tu xreti buat keje? Gi merepot je lah puak2 walauncai ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Umngok pembela mlayu terbesar dlm gomen pun xde kata apa2, sibuk plk mamat nih. Walhal umngok yg 60 tahun perintah la yg buat sistem mcm skrg nih tup2 bila PH perintah sibuk nk suruh ubah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 07:27 AM | Show all posts
HDB... ikut style dia, ko sewa rumah sampai mampoos. cukup masa serah balik pada gov...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut bawak pegawai mesia gi sana...berkursus selama sebulan ...itu baru diorg setuju kot....

Kalau bawak pakar sini...pastu mendengar taklimat kat ofis je..boring laa kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 01:31 PM | Show all posts
ladybugz replied at 21-1-2023 09:02 PM
ish.. lemah. dah kenapa nk ambik pakar dari sana. kat malaysia ni berlambak pakar2 cuma kerajaan nk  ...

Sebab Singapore ni ibarat makmal ujikaji bagi Malaysia sebab dia bermula pun sebagai sebahagian dari Malaysia, banyak persamaan.

Nak tiru US tu jauh bebeno. Putrajaya yang acah2 buat rumah takde pagar tu pun dah menggelupor memasing nak buat gated community takut rumah kena pecah. Sekarang dah nampak?


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp HDB better Dr rumah PPRT/ prima kejadah semua tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.084358 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list