CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kompleks terbakar: Peniaga dapat bantuan RM88,000

[Copy link]
Post time 21-1-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Kompleks terbakar: Peniaga dapat bantuan RM88,000

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  21 Januari 2023   01:14pm






Laporan Sinar Harian.




GEORGETOWN - Semua 18 peniaga di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada pagi Rabu lalu diberi bantuan wang tunai sebanyak RM88,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya menyumbangkan RM44,000, manakala RM44,000 lagi akan disumbangkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Menurutnya, setiap peniaga yang terlibat perlu membuat laporan polis untuk pengesahan sebelum menuntut wang sumbangan tersebut.

"Kesemua wang tersebut akan diagihkan kepada 18 peniaga yang terlibat yang mana, peniaga yang paling banyak terjejas akan menerima lebih wang sumbangan.

"Saya dan Rayer faham dengan keadaan sekarang, ekonomi baru nak pulih dan mereka ini diuji dengan kejadian ini pula.

"Oleh demikian, dengan sumbangan wang tunai ini, ia diharapkan dapat meringankan beban kesemua peniaga yang terlibat," katanya selepas meninjau Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak yang terjejas akibat kebakaran pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi itu, sebuah kedai tomyam dan tujuh kedai makan di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak di sini musnah selepas terbakar.

Selain kedai tomyam, antara lot gerai yang terlibat adalah kedai nasi campur dan kedai minuman.




Dalam kejadian tersebut, kedai tomyam berkenaan telah musnah 75 peratus, manakala anggaran kemusnahan pada tujuh kedai lain adalah 50 peratus.

Menurut bomba, kebakaran berlaku pada bahagian dapur dan siling premis, namun tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

Siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas.

Jagdeep yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa berkata, beliau sudah mengarahkan agar kerja pembangunan semula kompleks tersebut disiapkan secepat mungkin.

Kata beliau, buat sementara ini, kesemua peniaga tersebut dibenarkan menjalankan perniagaan mereka di hadapan kompleks astaka berkenaan.

"Kerja membaiki semula kompleks ini sudah pun bermula, namun saya minta agar ia disiapkan secepat mungkin untuk membolehkan peniaga berniaga semula seperti biasa.

"Saya berharap semua peniaga yang terlibat bersabar kerana kita akan pulihkan kompleks ini 10 kali ganda lebih baik daripada yang lama," katanya.

Dalam pada itu, Jagdeep telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) supaya memeriksa semua bangunan dan kompleks di negeri ini bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

"Saya dimaklumkan oleh pihak bomba bahawa siasatan awal mendapati punca kebakaran adalah daripada litar pintas.

"Disebabkan itu, saya telah mengarahkan kedua-dua PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk membuat pemeriksaan semua kemudahan termasuk bangunan dan kompleks yang telah berusia bagi memastikan keselamatannya," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.070642 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list