CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

Jentera Ferrari musim baharu lebih pantas

[Copy link]
Post time 21-1-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

JENTERA baharu yang dibangunkan Ferrari dipercayai memiliki kelebihan dari aspek kepantasan dan prestasi di selekoh berbanding F1-75. – AFP


ITALI – Perang psikologi membabitkan pasukan-pasukan Formula Satu (F1) kini bermula terutama Ferrari dilaporkan berjaya meningkatkan kelajuan jentera mereka berbanding pada musim lalu.

Menurut satu sumber dalaman pasukan berpangkalan di Maranello, Itali mendedahkan, sekurang-kurangnya jentera 2023 yang dibangunkan mereka mempunyai kelebihan satu saat berbanding jentera F1-75 yang dipacu Charles Leclerc musim lepas.

Keputusan itu dicapai selepas Ferrari melakukan ujian simulasi terhadap jentera 2023, sekali gus bakal menjadi pencabar kejua­raan kepada Mercedes dan Red Bull musim ini.

Antara sasaran utama penambahbaikan Ferrari sepanjang musim sejuk adalah termasuk peningkatan enjin dan prestasi ketika di selekoh.

Ferrari juga dikatakan berjaya meningkatkan prestasi unit kuasa mereka serta perbaiki kelemahan dihadapi sepanjang musim lalu.

Ketika ini, pasukan Itali itu dilihat bekerja keras selepas terdesak untuk menamatkan penantian panjang mereka bagi menjulang trofi kejuaraan F1 pada 2023 selepas gagal dalam misi mereka pada 2022.

Gabungan kesilapan strategi dan pemandu memaksa Leclerc berpuas hati dengan tempat kedua selepas ketinggalan jauh di belakang juara 2022, Max Verstappen, manakala rakan sepasukan, Carlos Sainz menduduki tempat kelima.

Ferrari yang gagal untuk memenangi gelaran dunia pertama mereka sejak 2008 menyebabkan prinsipal pasukan, Mattia Binotto dipecat dan tempat tersebut telah digantikan oleh bekas ketua pasukan Alfa Romeo, Fred Vasseur.

Ferrari dilaporkan bersedia untuk memperkenalkan jentera baharu mereka pada 14 Februa­ri, kira-kira seminggu sebelum ujian pramusim berlangsung di Bahrain menjelang perlumbaan pembukaan musim pada 5 Mac nanti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... aharu-lebih-pantas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059023 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list