CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Saya tidak akan berhenti derma darah walaupun sudah berusia 70 tahun'

[Copy link]
Post time 21-1-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode
'Saya tidak akan berhenti derma darah walaupun sudah berusia 70 tahun'


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



DR Phoon ketika menderma darah bagi kali ke-62 di Pusat Tabung Darah Hospital Pulau Pinang (HPP. FOTO Ihsan Derma Darah Penang.




Georgetown: Biarpun sudah melebihi had umur untuk menderma darah, seorang doktor gigi sanggup membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan dia terus menjadi penyumbang bekalan darah kepada yang memerlukan.

Bapa kepada tiga anak, Dr Phoon Kok Keow, 70, juga sanggup menghadiri temujanji bersama doktor pakar jantung bagi mendapatkan pengesahan dirinya benar-benar sihat dan layak menderma darah.

"Sebelum menderma darah, saya berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan pengesahan kesihatan dan saya tidak akan berhenti derma darah selagi mampu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Phoon berkata, sehingga kini dia sudah menderma darah sebanyak 62 kali sejak tahun 1990 kerana kesedaran dan atas dasar prihatin.

Katanya, selain memastikan kesihatan dalam keadaan baik, dia juga amat menjaga pemakanannya.

"Saya jarang makan di luar (di kedai) dan gemar makan masakan isteri. Setiap pagi, saya mengambil sarapan roti bersama telur.

"Saya kerap melakukan senaman malah aktif dalam sukan berbasikal, berenang dan berlari," katanya.

Mengulas lanjut Dr Phoon berkata, amalan itu turut menjadi ikutan isterinya, Toh Ai Choo, 63, serta tiga anak tetapi tidak kerap sepertinya.

"Apabila sudah berusia, kita mula sedar kesihatan amat penting dan saya berharap lebih ramai masyarakat dapat menyumbang dan memenuhi keperluan darah di Pusat Tabung Darah sama ada bagi hospital kerajaan atau swasta.

"Harapan saya sempena Tahun Baharu Cina ini ialah supaya golongan muda khususnya, menjaga pemakanan dan kurangkan makanan atau minuman manis.

"Paling penting tidur dan bangun awal serta jangan hisap rokok," katanya.

Kisah Dr Phoon yang menderma darah di Pusat Tabung Darah HPP Isnin lalu tular di media sosial selepas dimuatnaik di Facebook Derma Darah Penang.

Selain mendapat pelbagai reaksi warga net, kebanyakan mereka juga mahu mencontohi kesungguhan dan tindakannya.

Bagi menderma darah, individu itu perlu berusia antara 18 hingga 65 tahun kepada yang pernah menderma dan sehingga 60 tahun untuk yang belum pernah menderma.




Disiarkan pada: Januari 21, 2023 @ 9:39am
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046627 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list