CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tak menang tangan siapkan tempahan colok

[Copy link]
Post time 21-1-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Tak menang tangan siapkan tempahan colok

21 Januari 2023   08:55am






Pemilik kilang colok tradisional, Ong Chye Chin sibuk menyiapkan colok tradisional yang ditempah pelanggannya ketika ditemui di Kubang Semang baru-baru ini.- Foto: Bernama




BUKIT MERTAJAM - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba hujung minggu ini, permintaan terhadap colok tradisional semakin meningkat sehingga membuatkan Ong Chin Chye, tidak menang tangan.

Chin Chye, 63, berkata, dia banyak menerima tempahan menerusi panggilan telefon dan ada juga pelanggan yang datang secara fizikal ke kilang dan setakat ini tempahan diterimanya sudah mencecah lebih 2,000 batang colok.

"Pada musim perayaan ini, setiap hari kita telah menghantar kira-kira tiga lori mengandungi 70 batang colok pelbagai saiz dalam setiap lori,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kilangnya di Kubang Semang dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, dia mula membuat colok tradisional itu seawal jam 8 pagi hingga 6.30 petang bagi menyiapkan tempahan yang diterima dari Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Thailand.

Chin Chye berkata, tempahan untuk produk keluaranya meningkat lebih-lebih lagi dengan kedatangan tahun baharu dengan jualan meningkat kira-kira 10 peratus berbanding bulan lain.



Kelihatan pembuat kayu colok tradisional sibuk menyiapkan tempahan ketika ditemui di sebuah kilang membuat colok tradisional di Kubang Semang baru-baru ini. - Foto: Bernama





"Semuanya bermula apabila datuk saya Ong Ah Kaw, yang membina kilang ini 62 tahun lalu. Saya mengambil alih perniagaan ini ketika berusia 22 tahun. Secara perlahan-lahan saya mula mengembangkan kemahiran membuat colok tradisional dan kini menggaji seramai kira-kira 12 pekerja,” katanya.

Menurut Chin Chye, dia memutuskan untuk mengekalkan kaedah tradisional membuat colok kerana kebanyakan pelanggannya lebih menggemari colok buatan tangan berbanding buatan mesin, sekali gus membolehkan perniagaannya bertahan sehingga kini.




Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka pernah menggunakan habuk kayu untuk membuat colok menggunakan tangan sebelum ia diukir dan dicat.

Chin Chye yang belajar membuat colok daripada neneknya ketika berusia 14 tahun berkata dia menjual kira-kira 50 jenis rekaan colok yang berharga antara RM18 hingga RM600.

"Proses penghasilan colok yang paling mencabar ialah melukis gambar naga pada lapisan luar terutama bentuk tiga dimensi yang kini semakin menjadi pilihan ramai.

"Saya gembira dapat mengekalkan perniagaan tradisional ini," tambahnya. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.152378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list