View: 2772|Reply: 28
|
[Tempatan]
Mutalib Uthman Kongsi 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 21-1-2023 12:43 AM
Tidak dapat dinafikan setiap hari pasti ada sahaja rungutan di kalangan orang ramai berhubung penggunan kad Touch ‘n Go (TNG).
Meskipun sudah lama diguna pakai, sistem Touch ‘n Go masih disifatkan tidak cekap hingga ramai mula mempersoalkan tujuan utama penggunaannya yang sepatutnya memudahkan urusan harian rakyat Malaysia.
Terbaharu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kota Buku, Mutalib Uthman tampil menyuarakan menyuarakan ketidapuasan hati terhadap sistem TNG.
Malah bekas calon Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bagi Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dengan lantangnya mencadangkan agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menghapuskan monopoli syarikat terbabit.
Menerusi satu bebenang di Twitter, Mutalib menyenaraikan 10 sebab mengapa kerajaan wajib berbuat sedemikian.
Antaranya adalah isu tambah nilai yang kurang efisien, terdapat caj tambahan sewaktu melakukan tambah nilai selain masalah kad Touch ‘n Go NFC yang sering kehabisan stok.
Di bawah kami kongsikan semua 10 sebab yang senaraikan Mutalib:
Buat lorong RFID untuk melancarkan trafik tapi lorong RFID paling jem. Lorong RFID ini pula sensornya bermasalah dan lambat detect. Kena undur 3-4 kali baru lepas.
Kad Touch n Go versi lama tak boleh top up online.
Highway PLUS tak boleh pakai TnG eWallet.
Highway lain sahaja boleh dan kenapa kat Highway ini boleh pakai TnG sahaja?
Bila top up TnG eWallet, lepas 30 minit baru boleh guna (kes bayar Tol guna Smart Tag)
Kad Touch n Go NFC slelalu tiada stok.
Untuk topup kad TnG (versi lama) perlu pergi kaunter topup, kadang-kala servis offline. Bila ke kiosk layan diri, debit card/qrpay tak boleh guna.
Topup di pam minyak, ada service charge 50sen.
Bayar parking guna kad TnG ada surcharge 10%.
Bila baki kurang, muka jurutol berubah, dan kita cakap “nak topup sini boleh tak?” “Tak boleh” jawabnya sambil menjeling. Jadi apa tujuan buka buka tol bahagian tep? Dah satu hal nak kena undur dan menyusahkan kereta lain di laluan. Kita bukannya tidak mahu top up, tapi sila rujuk pada perkara nombor 6.
Nak topup kad TnG versi lama kat stesen minyak tak boleh pakai kad atau QR Pay, kena pakai cash. Hidup zaman ni siapa yang bawa wang tunai banyak-banyak?
Kalian harus tahu bahawa setiap Kad TnG ada expired date dan nak refund sebab kad expired ini macam minta sedekah.
Perkongsian itu ternyata menarik perhatian pengguna media sosial di mana rata-rata dilihat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan Mutalib.
Ramai yang turut meminta pihak terlibat agar memandang serius isu ini demi kebaikan orang ramai.
Sumber@mutalibuthman
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dlm 2 minggu lepas, kad TnG yg iols guna dlm kereta expired. Sangkut kat LDP tu haaa cuba 2,3 Kali keluar "tamat tempoh". Menggagau cari kad2 lain dlm purse, mujur ada kad TESCO ada duit dlm tu.. kalau takde, haru! Dh lah lane yg tgh2.. kalaulah kena undur, berapa lane pulak kena rentas utk ke tepi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya kalau Nancy Pelosy yang lalu guna TnG komplen baru nak ambik tindakan kot.
ye la kan kita ni kulit hitam gelap dia tak dengar.
cuba supreme white yang komplen.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju dengan semua point..duk release banyak versi kad tng tapi tetapppp takleh topup online
ada certain parking konon cashless, so touch pakai tng dengan harapan dia deduct duit kat ewallet tapi bila keluar dia tolak kat kad jugak..dah la minimum kad kena ada rm10..kalau tolak kad apa guna ewallet tu..nak topup kad dah kena cari segala stesen minyak la 7e la kk mart la..serius menyusahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 nak topup kat toll gate tu kena lepas kul 7.30am.. sekarang ni mcm tu lg ke xtau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
alah nok, kalau dah ada pesaing nanti, dan2 tu jugak la boleh tolak duit daripada ewallet kan
oh baideway, tengokla sapa salah sorang di sebalik tng ni, iaitu menantu ehem2 a.k.a laki ehem2...gittewww |
|
|
|
|
|
|
|
skrg terpikir gak aku tng dkt ic expired ke x |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah tu mut. Ada benarnya.
Sebelum ni entah apa2 jadi calon nak buka mekdi kat masjid tanah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Heols kerja dgn publishing house mana sekarang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kad TNG skrg memang sesuai utk dipakai di public transport. Problem utamanya adalah pembayaran tol kerana TNG duk introduce RFID utk ganti TNG card dengan alasan utk kurangkan kesesakan dan masalah card tu tak boleh reload online. Kad TNG enhanced tu kena pre-order dan sentiasa sold out. Ramai orang hadapi masalah nak reload tu. Bagi pengguna LRT/MRT,ia tak jadi isu kerana boleh reload di kaunter atau mesin. Malah pengguna akan pakai Mykad kerana boleh langgan monthly pass. Kad TNG lain tak boleh.
Benda yang paling common orang akan persoal adalah kenapa tak boleh bayar pakai debit card paywave tu aje. Yang ini pemilik konsesi tol kena jawab. Tapi benda teknikal tak dicerita kepada umum dan ini punca orang kata TNG monopoli. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat paywave je terus plus wei... tak payah nak touch n go bagai dah... rfid la.. smart tag la... cuma nanti kata kacau business melayu pulak la |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 21-1-2023 12:57 AM
Dlm 2 minggu lepas, kad TnG yg iols guna dlm kereta expired. Sangkut kat LDP tu haaa cuba 2,3 Kali k ...
Iols dah terkena...
Dolu guna ic...tibe2 kad tidak sah
Jilaka sungguh...
Tukor kad watson plak...
Topup kat toll tak.boleh..
Iols ckp.jelah baki takde..hahahah....
Acik.toll tolong touch kan |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 21-1-2023 02:09 AM
alah nok, kalau dah ada pesaing nanti, dan2 tu jugak la boleh tolak duit daripada ewallet kan
...
Bocah tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku meluat nak top up kat nfc tng tu. punya la susah & complex berapa byk kali dah nak tapping2 kat belakang phone, pastu asik tak boleh detect je. bodoh nya la hai |
|
|
|
|
|
|
|
menantu tpm a.k.a laki kak long merangkak di akhirat kelak meols baca kat twitter jur sis
|
|
|
|
|
|
|
|
bocah tu sape lak sis? u mean bocah = budak ke? matilah jawa sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 21-1-2023 10:20 AM
bocah tu sape lak sis? u mean bocah = budak ke? matilah jawa sangat
Hssh
Kan budak tu dinamakan bocah zahid tuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 21-1-2023 03:49 PM
Cepat je menteri respons:
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|