CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1869|Reply: 22

Disangka Maut, Dua Mangsa Tersepit Dalam Kereta Remuk Panjang Nyawa

[Copy link]
Post time 20-1-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku terhadap dua mangsa kemalangan di Lebuhraya Perling berhampiran Sungai Danga di sini pada Jumaat yang terselamat walaupun kereta dinaiki mereka remuk teruk.


Kemalangan kira-kira pada jam 2 pagi itu mengakibatkan mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 20 tahun tersepit dalam kereta Proton Wira berkenaan.




Keadaan kereta dinaiki kedua-dua mangsa yang remuk dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Perling awal pagi Jumaat.





Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazaruddin Ahmad berkata, seramai 12 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.


"roton Wira berkenaan terbabas sendiri dan terdapat dua mangsa tersepit. Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada jam 3.19 pagi.




Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit selepas terbabas di Lebuhraya Perling, Johor Bahru pada Jumaat.




Sebelum ini, foto nahas berkenaan tular di media sosial dan ramai pihak menjangkakan kedua-dua mangsa maut berdasarkan keadaan kereta yang remuk selain diselaputi kain putih, ada pengguna jalan raya menzahirkan ucapan takziah kerana menyangka mangsa maut.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalauntengok dari luar tu mmg cm takde harapan kan
Naseb la check...isk2
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmni lah dulu kaka accident, sebijik condition kereta. Tempat kaka kemalangan tu famous waktu malam ada cik pon bertenggek.

Tapi sebab berlaku siang, kaka terpaksa bayar saman baru blh claim insurans

Kesimpulannya dont ever drive like formula one driver and be patient. Dont make stupid decision and emotional decision on the road.

Nobody can be formula 1 driver or james bond driver on normal road.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-1-2023 05:51 PM
Kalauntengok dari luar tu mmg cm takde harapan kan
Naseb la check...isk2

Boleh je selagi organ dalam masih selamat luka xteruk. Patah2 tulang masih boleh selamat. Jangan organ dalam ada problem.

Kaka dulu ambulans xdatang sambut. Orang awam datang hantar hospital then tukar hospital untuk operate sebab tiada doctor pakar.



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 05:56 PM
Boleh je selagi organ dalam masih selamat luka xteruk. Patah2 tulang masih boleh selamat. Jangan o ...

Astaga
Ko kenapa eksiden?
Naseb boleh reply.forum.ni..
Kalau.tak...tinggal.nama.cili je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 06:21 PM | Show all posts
sedangkan kalau tersepak besi, dah rasa sesak nafas/sakit, ini accident...betullah kata pepatah berpantang ajal sebelum maut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tahun lepas kemalangan... tulang dada patah sbb tersembam kat steering keta...huiii seksa nya tuhan saja yg tau..nk batuk sakit....bawakla kereta dgn berhati2 wehhh...kena sekali mmg rasa azab sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 20-1-2023 07:11 PM
Aku tahun lepas kemalangan... tulang dada patah sbb tersembam kat steering keta...huiii seksa nya tu ...

uihhh dah okay ke?
iols excident dada kene airbag pun teruk lebam paru2.luaran nmpk ok.
masa kejadian ok, malam nak tido sesak nafas igt nak mati dah p hospital x-tray tgk2 sepampang beso lebam paru2. dapat la mc 2mgu. kene pakai pad ape entah kat dada time tu semgu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriaunya baca pengalaman forumers kat sini..semoga kita dijauhkan accident in future..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 05:52 PM
Cmni lah dulu kaka accident, sebijik condition kereta. Tempat kaka kemalangan tu famous waktu malam  ...

Syukur masih selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 20-1-2023 07:11 PM
Aku tahun lepas kemalangan... tulang dada patah sbb tersembam kat steering keta...huiii seksa nya tu ...

Kita harap kesannya sudah semakin berkurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereka ni takde la parah ye.. pray for speedy recovery... syafahullah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:00 PM | Show all posts
Sukran masih terselamat
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:14 PM | Show all posts

alhamdulillah panjang umur. kereta total lost. cuma orang yang tolong tanya mabuk ke? muka kaka cam cina dia orang fikir kaka mabuk siang2banyak bersyukur sebab xlibatkan kemalangan jiwa orang lain . sebelum nak accident dah ada dua hint dah. silap sebab terburu buru. hint pertama kena tahan peronda ( dilepaskan dengan amaran), hint kedua ( tak berapa ingat.. kalau kaka ingat kaka tulis)

bateri hp hilang, handbag semua selamat, dengan kepala tingtong luka berdarah ada kereta mercedes mata petak tolong hantar hospital. sampai sana kena dressing luka , dia org ckp ni macam kena hantar pakar, sini tiada operate. masa tu tak fikir apa dah. just bg no.hp family. dan bebel MA atau nurse yang bawa kereta hantar hospital pakar bawa slow2. masa waktu tu rasa berjalan perlahan sangat sangat. kalau boleh nak je pinjam siren ambulans pasang atas bumbung kereta. sebab takut part2 kena operate ni xbuat cepat ada effect.


trauma betul masa tu gigil. shaky. masa tu dalam hati sumpah takkan bawa laju dan insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:15 PM | Show all posts
shernazz replied at 20-1-2023 05:58 PM
Astaga
Ko kenapa eksiden?
Naseb boleh reply.forum.ni..

biasalah darah muda. meter slow sangat , tekan sampai habis. lagipun laluan lori balak. memang kerja cari ruang nak potong. alhamdulillah bukan accident dengan lori balak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 20-1-2023 07:18 PM
uihhh dah okay ke?
iols excident dada kene airbag pun teruk lebam paru2.luaran nmpk ok.
masa kejad ...

Masih dlm pemulihan u...sbb rangka kat dada tu pasang besi... kemalangan terlanggar pokok sbb nk elak kucing..sepantas kilat benda berlaku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 10:15 PM
biasalah darah muda. meter slow sangat , tekan sampai habis. lagipun laluan lori balak. mema ...

Mujur lah..
Janga  terbulu bulu maaa....
Slow and steady...
Tp.mmg menggigil.juga.kalau eksiden neh...
Kete.mcmana? Insurans.cover tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:22 AM | Show all posts
shernazz replied at 21-1-2023 09:10 AM
Mujur lah..
Janga  terbulu bulu maaa....
Slow and steady...

alhamdulillah cover. cuma kena bayar saman traffik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:23 AM | Show all posts
belacan_gurl replied at 21-1-2023 02:04 AM
Masih dlm pemulihan u...sbb rangka kat dada tu pasang besi... kemalangan terlanggar pokok sbb nk e ...

dahsyat. moga pulih.kuatkan diri sis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 12:43 PM | Show all posts
Asal usul pepatah berpantang maut sebelum ajal. Omputih kata damn lucky. Statistically, it's a random event with extremely low probability.

Ikutlah yang mana nak percaya.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.083170 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list