CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 5

Sewa Rumah Di Perkampungan Orang Asli Untuk Sorok Burung Bayan RM20,000 Dalam Tandas

[Copy link]
Post time 20-1-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan menjual dan menyorok pelbagai spesies burung bayan tempatan yang dilindungi bernilai RM20,000 di dalam ruangan tandas terbongkar selepas sebuah rumah di Kuala Rompin, Pahang diserbu pada Isnin lalu.


Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi kira-kira jam 2.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara Skuadron Perisai 9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.




Tujuh ekor burung bayan bernilai RM20,000 dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah di sebuah rumah di Kuala Rompin, Pahang Isnin lalu. - Foto Perhilitan





Menurutnya, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu menemui tujuh ekor burung bayan tempatan dari spesies bayan nuri, bayan serindit dan bayan puling yang disimpan di ruang tandas rumah terbabit.


"Dianggarkan nilai burung terbabit berjumlah RM20,000.


"Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga aktif menjual burung telah ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen penyimpanan hidupan liar terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.


Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menyewa rumah berkenaan yang terletak di perkampungan Orang Asli.


Katanya, burung terbabit juga dipercayai adalah untuk pasaran berdasarkan permintaan daripada pembeli.


"Namun, siasatan masih dijalankan sama ada aktiviti jualan itu dibuat secara dalam talian atau bersemuka.


"Kita juga tidak tolak kemungkinan suspek menyewa rumah di kawasan perkampungan Orang Asli bagi mengaburi dan mengelakkan daripada dikesan oleh penguat kuasa," ujarnya.


Tambahnya, kesemua rampasan dibawa ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Rompin, Pahang untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.


"Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," tegasnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rainbow lorikeet ke? Cumel
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:11 PM | Show all posts
Apa yang special nya burung bayan ni, boleh bagi tazkirah ka?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 08:51 AM | Show all posts
suka sgt main burung.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:28 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-1-2023 02:11 PM
Apa yang special nya burung bayan ni, boleh bagi tazkirah ka?

pandai berkata2 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:45 AM | Show all posts
cantik color..striking
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.152997 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list