CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 5

Tercabar Dengan Pelakon Muda, Shah Jaszle Kena Usaha Lebih Untuk Kekal Relevan

[Copy link]
Post time 20-1-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Shahz Jaszle melihat kehadiran bakat baharu sebagai persaingan sihat yang memberi semangat untuk dia terus berusaha meningkatkan mutu kerja dan penampilan.


Jelas pelakon Kami Histeria itu, dia juga perlu seiring peredaran teknologi yang memerlukannya sentiasa berinteraksi dengan peminat di media sosial.


Foto: IG




“Tercabar itu mesti ada. Saya pula semakin berusia. Tetapi, itulah cabaran saya. Kena sentiasa pastikan penampilan terjaga.


“Kualiti kerja dan lakonan juga harus tinggi. Kita bersaing dengan anak muda, apa yang membezakan adalah pengalaman dan disiplin kerja.


“Kita juga kena seiring peredaran masa. Kena aktif di media sosial. Dulu, zaman saya bermula, mana ada semua itu. Sekarang kena struggle sikitlah,” katanya.




  



Shahz ditemui ketika majlis pelancaran Absolute Bazaar: Gaya Raya yang bakal berlangsung Mac depan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).


Bapa kepada dua anak itu juga berpendapat, anak seni harus berani merebut peluang dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai punca rezeki lain.




  



  



“Kita tahu dunia seni tidak menjanjikan kesenangan sehingga ke hari tua, jadi perlu berani ambil risiko. Saya sendiri menjual minyak wangi dan berkolaborasi dengan jenama baju Melayu.


“Saya kena fikir masa depan anak-anak dan keluarga. Saya tak boleh duduk diam dan tunggu rezeki datang bergolek. Kena usaha cari,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama, mira, sufian tu bila nak kuar
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepammm sgt uols ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kertu. Not presentable.  Nampak busuk. Bagi free dkt meols pon meols lari
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow dulu dia gemuk sekarang dah kurus, hebat la dia punya pertukaran hahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 10:23 PM | Show all posts
Kena cari stylist kot. Bagi style ala2 pelakon k-drama sikit. pelakon korea umur dah dekat 40-an pun still nampak macam in their 20s
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.419483 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list