CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 8

Haqiem Rusli Tak Izin Isteri Jadi Penyanyi, Fokus Bisnes Je

[Copy link]
Post time 20-1-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini tular sebuah video dimana penyanyi Haqiem Rusli berduet bersama isterinya, Wan Anis Sofea dengan menyanyikan lagu Pink Venom nyanyian kumpulan K-Pop, Blackpink.


Memetik laporan Berita Harian, Haqiem menjelaskan bahawa persembahan tersebut adalah sekadar suka-suka sahaja.


Malah, pelantun lagu Mimpi ini turut menafikan dakwaan untuk mengetengahkan isterinya dalam bidang nyanyian.




Foto: IG




“Isteri tidak boleh menyanyi. Dalam video itu, isteri hanya sekadar menyanyi rap.


“Kami juga berduet sekadar suka-suka. Biarlah saya seorang sahaja bergelar penyanyi, isteri lebih baik fokus kepada perniagaan,” katanya.




  



Mengulas tentang pemakaian isteri yang agak ketat semasa persembahan, Haqiem menerima teguran tersebut dengan baik.


“Saya menerima teguran dengan berlapang dada. Bagi saya, teguran baik kenapa perlu melatah?




  



“Insya-Allah, isteri akan lebih menjaga penampilan selepas selepas ini,” ujarnya.




  



Untuk rekod, Haqiem dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 dan masih belum dikurniakan zuriat. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah heols simpan sajork bini heols ittuew. Sore tak sedap. Pliss dont pollute industri yang memang dah sedia tercemar nieyh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka2 boleh la. Lepasni jangan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama2 larik bini dia ni. Muda2 da mcm2 x bole nk cuba. Kene kurung jek
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 01:22 AM | Show all posts
fealefea replied at 21-1-2023 01:09 AM
Lama2 larik bini dia ni. Muda2 da mcm2 x bole nk cuba. Kene kurung jek

Kalau nyanyi tak sedap pun kena cerca jugak dengan netijen. Baik takyah. Lagipun sheols still modeling kan, bukan Dik QieQie kurung dalam rumah pun

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg fasa percubaan....nanti lama2 bini tu rebel lah...kalau kahwin sbb nakkan limelight celebrity...mmg tak lama lah... especially kalau tgk suami dah hilang popularity.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2023 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
laaaaa dia cuba rap omputeh ke tu? Walau iols berpandukan lirik kat caption tu masih terlalu susah nak dengar sebutan sepiyah. Terok bebenor Englennya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 21-1-2023 01:35 AM
Skrg fasa percubaan....nanti lama2 bini tu rebel lah...kalau kahwin sbb nakkan limelight celebrity.. ...

Munkin la. Kalau tak kuat iman. Muda benor kan macam 19. Habis belajar ke idak eh aku lupa la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Penatlah dik qie qie nak ikut je kata netizen itu x boleh ini tak boleh.
But bagus dah jawapan tu... Iya kan aja cakap netizen hihihi netizen kan suka if kena ikut cakap dia org hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.382643 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list